"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" KATA KATA KERAMAT, NAMUN APAKAH ERTINYA JIKA MELAYU HANYA TINGGAL NAMA DI TANAH AIRNYA SENDIRI..



"PERKASA PEMBELA BANGSA, BENTENG NEGARA, TANAH BERDAULAT"


(MOHON ADD FRIEND DI FACEBOOK: www.facebook/perkasanegerisembilan UNTUK INFO YG LEBIH AKTIF)
ADAT ORANG MANDI DI KOLAM,
TIDAK MANDI MEMBASUH MUKA,
ADAT ORANG BERTIKAM,
TIDAK MATI MERASA LUKA.

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita lupakan buat selama lamanya.Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai.Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah,maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu,amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman,hormat menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.
-Tunku Abdul Rahman,1969-
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TELAH DI LANCARKAN SECARA RASMI PADA 21 JUN 2009 PADA JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI OLEH YB DATUK IBRAHIM BIN ALI, PRESIDEN PERKASA MALAYSIA

Monday, May 31, 2010

Suatu di bangku sekolah saya merasa amat teruja apabila mendengar nama Anwar Ibrahim. Seorang pemimpin yang amat gah namanya. Keperibadian islamiknya menarik minat untuk mengenali pemimpin ini dengan lebih mendalam. Inilah pemimpin Melayu sejati yang akan membawa sinar gemilang kepada negara dan agama.
tahun 1993 saya berpeluang mengikuti mengikuti kursus BTN di gunung raya, Langkawi. Banyak ditimba, namun perkara yang paling banyak ditonjolkan adalah kepimpinan Anwar Ibrahim yang ketika itu TPM. Antara yang paling di ingati adalah teori Dr Malek Bennabi, bahwa islam itu akan bangkit dari timur. dan apa yang ditonjolkan seolah olah Malaysia lah negara dari timur tersebut DAN pemimpin kebangkitan tersebut itu adalah ANWAR!
Pada krisis mahathir -Anwar dan pemecatan sebagai TPM, saya terikut dengan rasa marah dan semangat berkobar kobar menentang penganiayan terhadap Anwar. Namun sepatah jawapan dari arwah Ayah membuatkan saya terhenti niat seketika. Katanya :"kita orang Melayu kena setia pada ketua dan parti kita. Mahathir itu ketua kita dikala ini. Taatlah kita padanya. pasti ada yang tersirat disebaliknya". Di waktu itu saya merasakan bahawa itu pendapat itu tidak menghairankan saya kerana arwah bapa memang jati semangat Melayu pada dirinya, beliau sangat hormat dan setia pada Raja Melayu.
Namun, kata kata "pasti ada yang tersirat disebaliknya" membuat saya berfikir sangat dalam.
Kini segalanya semakin nyata. Mungkin Anwar salah seorang pemimpin yang bermimpi di alam nyata. Merasakan beliaulah penyelamat umat. Beliaulah dalam teori ulamak terbilang. Tidak mustahil lah beliau kini yang tersepit sanggup menghalalkan apa saja cara untuk mencapai matlamat. Sanggup jual bangsa, jual agama.
Jadi apa beza Anwar dengan pemimpin yang dianggap pengikutnya "akan kembali memimpin dunia"?
Marilah berjejak ke bumi nyata..Dunia ini hanya seketika..

TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA 2010


Tuesday, May 25, 2010

TAKZIAH

Salam takziah buat Encik Nasir Singah (AJK Perkasa daerah Rembau) dan keluarga atas kehilangan anak beliau yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ahad lalu (23/5/10) kerana sakit buah pinggang. semoga Encik Nasir sekeluarga bersabar dalam menghadapi ujian Allah ini. Dan juga semoga allahyarham diletakkan bersama roh orang orang saleh dan para anbiya. InsyaAllah..
ALFATIHAH

Friday, May 21, 2010

SEBUAH CERITA....

Dalam satu majlis perasmian sebuah kilang terbaru milik sebuah syarikat terkemuka dalam negara,pengerusi syarikat tersebut Tan Sri Chong telah ditemuramah oleh seorang wartawan dari sebuah akhbar terkemuka.
Wartawan: tahniah di atas pembukaan kilang terbaru Tan Sri ini. Tan Sri kini merupakan tokoh perniagaan terkenal dan paling berjaya di Malaysia. Apa pendapat Tan Sri dengan keadaan negara kita sekarang?
Tan Sri: Terima kasih, saya amat berbangga dengan kejayaan yang saya kecapi kini. Ini adalah hasil usaha saya dan kakitangan syarikat yang amat berdedikasi dan setia.Namun secara keseluruhan banyak perkara perlu di lakukan oleh kerajaan bagi memastikan keadilan ekonomi dan hak seluruh warganegara. Hak keistimewaan sesetengah kaum perlu di hapuskan supaya kaum kaum lain juga mempunyai peluang samarata. Kerajaan perlu menghapuskan dasar dasar yang membantu kaum bumiputra terutamanya orang orang Melayu. Sudah lebih dari 50 tahun negara merdeka. Kita perlu berubah. Namun kehidupan bukan bumiputra seperti dipinggirkan dan tidak mendapat layanan samarata, Saya percaya hak kesamarataan ini penting untuk menjamin kejayaan sesebuah negara.
Wartawan: Bolehkan Tan Sri perkenalkan nama kakitngan tesebut?
Tan Sri : oh ya.. di sebelah kiri saya ini Mr Kumar yang telah bekerja dengan saya lebih dari 30 tahun dan di kanan saya adalah anak beliau yang kini juga bekerja dengan saya hampir 10 tahun. Mereka banyak membantu kejayaan saya sehingga kini.
Wartawan : Jadi sebagai penghargaan sepatutnya Tan Sri menghadiahkan mereka dengan sesuatu yang berharga. Bagaimana jika Tan Sri bahagikan 50 peratus saham syarikat ini kepada mereka kerana tanpa mereka Tan Sri tidak akan berjaya hingga ke tahap ini..
Tan sri : Mana boleh!. Ini syarikat saya. Saya yang membinanya dan ia adalah hak saya sepenuhnya. Lagipun saya telah membayar mereka dengan gaji yang mahal. Saya tidak sanggup memberi mereka sebahagian dari syarikat ini..
Wartawan: Kalau begitu, samalah juga seperti orang orang Melayu dan Pribumi di negara ini. Negara ini asalnya adalah hak milik orang orang Melayu, namun mereka sanggup tinggal bersama dengan kaum kaum yang mendatang lain seperti Cina dan India. Mereka juga tidak pernah menidakkan hak kaum yang mendatang dalam negara ini. Namun seperti juga Tan Sri, mereka tidak sanggup memberi hak mereka kepada orang lain yang mendatang namun mereka bersedia berkongsi kemakmuran negara ini secara bersama.
Tan Sri : ...................

Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU

PERKASA NEGERI SEMBILAN mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh Warga guru di seluruh negara khususnya di Negeri Sembilan.
Sesungguhnya sumbangan dan jasa guru tidak ternilai dalam membentuk dan mendidik anak bangsa.

Friday, May 14, 2010

TERBANG TINGGI DI LAUT BIRU. CABARAN DAN KEJAYAAN MASYARAKAT MELAYU SEJAGAT-2

PENGEMUDI KERAJAAN SINGAPURA
Kalau kita lihat Singapura atau dulunya dikenali sebagai Temasik, ia telah didiami oleh orang Melayu sejak abd ke-13. Mengikut Sejarah Melayu. Sang Nila Utama menjadi raja pertama (1300-1348). Raja Iskandar Shah (1389-1392) menjadi raja terakhir apabila baginda dikalahkan oleh kerajaan Majapahit sehingga lari berpindah ke Muar (1392-1394).Baginda telah membuka Melaka dan memerintah dari tahun 1394-1414. Raja Iskandar Shah menjadi Sultan Melaka yang pertama (W.Linehan,1969).
Namun,persoalannya bagaimana pula orang Melayu menjadi kaum minoriti? Jawapannya ialah gara gara permainan penjajah Inggeris.
Seawal tahun 1871,kompeni Inggeris telah membawa masuk orang orang asing dengan alasan memenuhi tenaga kerja buruh. Bila dihuraikan kembali alasan ini, ianya tidak munasabah kerana ia lebih memenuhi kehendak politik iaitu untuk mengatasi bilangan pribumi kerana dasar Inggeris seperti yang kita ketahui pecah belah dan perintah (divide and rule). Jika terlalu ramai majoriti sesuatu kaum, susah bagi mereka untuk menguruskan pentadbiran. Menjelang tahun 1901,bancian menunjukkan penduduk Melayu menurun sedangkan Cina meningkat dengan ketara. Masyarakat Melayu menjadi minoriti di negara sendiri akibat percaturan politik Inggeris. bancian yang di buat pada tahun 1980 pula mendapati peratusan orang Melayu berkisar pada 14.6% .Sebagai kaum majoriti,tentunya ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada semangat dan perjuangan orang Melayu untuk mengharungi cabaran dalam berbagai bidang.
Bersambung...

Thursday, May 13, 2010

TERBANG TINGGI DI LAUT BIRU. CABARAN DAN KEJAYAAN MASYARAKAT MELAYU SEJAGAT-1

Penghijrahan dan migrasi sudah menjadi suatu yang lumrah dikalangan manusia. Manusia berhijrah dari satu tempat ke satu tempat,baik di dalam negeri mahupun merantau ke luar negara. Berbagai faktor mendorong kepada penghijrahan. Antaranya termasuklah soal ekonomi,politik,agama dan sosial.Nabi Muhammad SAW juga berhijrah dari Makkah ke Madinah dalam mengembangkan agama Islam sehingga berupaya menyinarkan kesucian Islam di mercu yang tertinggi.Begitu juga dengan dengan minoriti Melayu Islam kini tersebar di merata dunia mencari rezeki dan membentuk kerjaya. Seperti kata kata keramat 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia' yang terpancar daripada lagenda Melayu, Dato Laksamana Hang Tuah yang hidup pada zaman Kesultanan Sultan Mansor Shah (TM 1459-1472),kalimat tersirat ini mempunyai makna yang mendalam dengan memperlihatkan keperkasaan bangsa Melayu mampu hidup di mana mana jua.
Pada zahirnya tebaran masyarakat Melayu kini meluas ke seantero dunia,umpama sebiji kelapa yang terdampar di tepi pantai dibawa arus ombak dan kemudiannya hidup subur menjadi sepohon kelapa yang menghasilkan buah yang lebat dengan dedaun menghijau menaungi kawasan sekitarnya. Seperti amalan masyarakat Melayu Minang yang merantau ke luar negeri, ikrarnya tidak akan pulang ke halaman asal selagi tidak beroleh kejayaan.
Sungguhpun kelompok Melayu terbesar begitu sinonim denagan Indonesia, Brunei dan Malaysia,tetapi suatu masa dahulu bangsa Melayu pernah mengemudi pemerintahan di Singapura,Champa,Patani (Selatan Thailand) disamping menegakkan Kesultanan Sulu (Selatan Filipina). Pada abad ke 15 memang tidak dapat dinafikan keagungan dan kemuncak Kesultanan Melayu Melaka telah menarik minat para pedagang asing di seluruh dunia untuk singgah di Pelabuhan Melaka dan selepas itu kota kota Melayu yang dibangunkan oleh kerajaan kerajaan Melayu seperti Riau-Lingga, Kerajaan Aceh dan Patani dan sekaligus menjemput kuasa kuasa Eropah untuk menganggotai kerajaan Melayu di Asia Tenggara.
Bersambung...
(Kertas kerja yang dibentangkan pada Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu ke -2, pada 7-14 Oktober 2002 di Beijing China oleh Dato Dr Haji Hamzah Bin Mohd Kassim,Phd)

Wednesday, May 5, 2010


YDP Perkasa NS, Datuk Noor Nordin diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan di Majlis Perlantikan Pengurus DPP Partai Golkar Kota Padang Periode 2010-2015.Beliau menyampaikan ucapan penghargaan kepada atas layanan istimewa yang diberikan.Lebih lebih lagi persahabatan beliau dengan Pengurus DPP Partai Golkar yang baru Pak Wahyu dan Wakil Gabenor Sumbar Pak Aristo serta barisan kepimpinan senior Partai Golkar,Kota Padang. Beliau mengenang kembali sejarah persahabatan mereka yang telah terjalin lebih dari 20 tahun dan banyak peristiwa pahit manis telah mereka lalui bersama. Beliau menyeru agar generasi muda kini terus menjalinkan persahabatan atas dasar Melayu serumpun walaupun dari 2 negara yang berbeza. Juga atas ikatan agama Islam yang mengukuhkan lagi persahabatan tersebut. Hubungan Negeri Sembilan dan daerah Sumatera Barat amat unik kerana mempunyai budaya yang sama iaitu Minangkabau.
Di harapkan dengan terjalinnya kerjasama erat ini akan mewujudkan lebih banyak lagi kerjasama Melayu serumpun untuk meningkatkan lagi martabat bangsa Melayu dan agama Islam. Umat Melayu perlu bersatu walau di mana saja berada.
Negeri Sembilan dan Kota Padang seumpama sama ayah cuma berlainan ibu. Cubit paha kiri, paha kanan terasa.
TERIMA KASIH KOTA PADANG!

KUNJUNGAN HORMAT KE KOTA PADANG,SUMATERA BARAT

Dari kiri: Setiausaha Kehormat Partai Golkar Sumbar, YDP Perkasa NS Datuk Noor Nordin, Pak Aristo Wakil Gabenor (timbalan) Sumatera Barat. Di rumah Gabenor Sumbar selepas makan tengahari.
-------------------------------------------------------------------------------
Pada 30 April yang lalu rombongan Perkasa NS yang diketuai oleh Datuk Mohd Noor Nordin (YDP) dan Datuk Yusof Hermain Shah (Timbalan YDP) telah berkunjung ke kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia atas undangan Pak Wahyu Wariaman sempena perlantikan beliau sebagai Pengurus DPD Partai Golkar Kota Padang.Kunjungan hormat ini juga untuk mengukuhkan hubungan antara 2 buah negeri yang berbudaya Minangkabau walaupun dari d2 negara yang berbeza. Walaupun kota Padang baru mengalami gempa yang menyebabkan kemusnahan infrastuktur yang teruk namun masyarakat mereka kini bangkit semula dengan penuh semangat juang yang tinggi untuk memulihkan kembali semangat dan ekonomi mereka. Rombongan telah disambut meriah sejak tiba di Minangkabau Internasional Airport dengan 7 buah MPV di iringi pasukan polis trafik Kota Padang sehingga ke penginapan di Hotel Pangeran Beach dan seterusnya ke majlis makan tengahari di rumah Gabenor Sumatera Barat (Sumbar) dan selepas itu ke majlis perlantikan di dewan RRI Indonesia di Kota Padang.
----------------------------------------------------------------------------------
Datuk Yusof Hermain Shah (Timbalan YDP Perkasa NS) dan Ahli Exco Partai Golkar Sumatera Barat.
------------------------------------------------------------------------------

Majlis makan tengahari rombongan Perkasa NS dan wakil gabenor Sumbar serta barisan kepimpinan tertinggi Partai Golkar Sumbar.
------------------------------------------------------------------------------------
Ucapan tahniah SELAMAT SUKSES dari YDP Perkasa NS kepada Pengurus DPP Partai Golkar Kota Padang yang baru iaitu Pak Wahyu Wariman.

MESYUARAT AJK PERKASA NS (28/4/2010)

PERKASA NS telah mengadakan mesyuarat Ajk Negeri dan daerah pada 28 April yang lalu dengan dihadiri hampir 50 orang dari Ajk negeri dan daerah daerah. Mesyuarat membincangkan keahlian di setiap daerah, pelarasan borang ahli, pelancaran peringkat daerah daerah dan isu isu semasa.
Dalam mesyuarat tersebut YDP Ns mengumumkan bahawa Perkasa Peringkat daerah Seremban akan di terajui oleh Ybhg Dato Ayob, seorang pemimpin belia negeri yang amat berpengalaman luas dan disegani di Negeri Sembilan.
YDP Ns sebagai Pengerusi mesyuarat juga mencadangkan Brigedier General (B) Dato Roslan Kassim sebagai Pengerusi Perkasa daerah Rembau dan cadangan tersebut telah dipersetujui sebulat suara oleh ahli ahli yang hadir.

Friday, April 23, 2010

BERITA ASTRO AWANI 21/4/2010

Astro Awani (501) 21/4/10.
Sidang media oleh Negarawan Terbilang Tun Dr Mahathir bersama Presiden PERKASA Malaysia YB Dato Ibrahim Ali menentang kehadiran 'Si Pembunuh' Tony Blair ke Malaysia pada 24/4 ini.
Dari kiri saudara Mohd Shah (belakang) AJK PERKASA NS, Dato Ibrahim Ali,Tun Mahathir

Tuesday, April 20, 2010

SIDANG MEDIA PERKASA NS




Pada 7 april 2010 PERKASA NS telah mengadakan sidang media menyatakan bantahan kepada Karpal Singh kerana mempertikaikan apa yang telah terkandung dalam Perlembagaan Negara Malaysia tentang hak hak keistimewaan orang orang Melayu dan bumiputra. Karpal Singh mengumpan YAB Perdana Menteri dengan soalan Bilakah lagi semua warganegara akan mendapat hak hak keistimewaan seperti orang Melayu sebagaimana slogan 1Malaysia. Soalan diajukan dalam sesi dewan parlimen
Beliau dilihat cuba memutarbelitkan slogan 1Malaysia yang dipromosikan oleh kerajaan. Beliau seolah olah menidakkan apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan dan juga cuba mengambarkan bahawa warganegara bukan bumiputra di Malaysia selama ini tidak mendapat hak yang sewajarnya.
Lebih 50 tahun kita merdeka, tidak pernah berlaku dalam negara ini rakyat yang mati kelaparan samada Melayu, bumiputra ataupun tidak. Sebagai seorang peguam dan ahli politik berpengalaman tindakan beliau itu dilihat boleh mencetuskan polimik pada rakyat dan mungkin akan menjejaskan perpaduan di negara ini.
Dengan itu, PERKASA NS membantah sekeras kerasnya sebarang kenyataan dan apa saja perbuatan yang boleh menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputra kerana perbuatan tersebut seperti 'diberi betis,hendakkan paha'.