Pada 7 april 2010 PERKASA NS telah mengadakan sidang media menyatakan bantahan kepada Karpal Singh kerana mempertikaikan apa yang telah terkandung dalam Perlembagaan Negara Malaysia tentang hak hak keistimewaan orang orang Melayu dan bumiputra. Karpal Singh mengumpan YAB Perdana Menteri dengan soalan Bilakah lagi semua warganegara akan mendapat hak hak keistimewaan seperti orang Melayu sebagaimana slogan 1Malaysia. Soalan diajukan dalam sesi dewan parlimen
Beliau dilihat cuba memutarbelitkan slogan 1Malaysia yang dipromosikan oleh kerajaan. Beliau seolah olah menidakkan apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan dan juga cuba mengambarkan bahawa warganegara bukan bumiputra di Malaysia selama ini tidak mendapat hak yang sewajarnya.
Lebih 50 tahun kita merdeka, tidak pernah berlaku dalam negara ini rakyat yang mati kelaparan samada Melayu, bumiputra ataupun tidak. Sebagai seorang peguam dan ahli politik berpengalaman tindakan beliau itu dilihat boleh mencetuskan polimik pada rakyat dan mungkin akan menjejaskan perpaduan di negara ini.
Dengan itu, PERKASA NS membantah sekeras kerasnya sebarang kenyataan dan apa saja perbuatan yang boleh menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputra kerana perbuatan tersebut seperti 'diberi betis,hendakkan paha'.
1 comment:
Bukan tak tau dia ni think-tank pembangkang. Bukan taktau dia ni bijak. Dapat lak dia minum arak yang sudah semestinya meningkatkan lagi tahap paranoid (kebangangan) seseorang semasa berpikir. Dia hanya buat kerja dia. Dan saya respek kita buat sidang media nak tunjukkan pada ahli kita, kita buat kerja kita. Tapi ini semua facade. Luaran. Kita kena ada strategi yang lebih menjurus kepada hasil. Iaitu
meneutralizekan Karpal. Camana? Korang pikirkan lah. Sebagai Melayu tipikal, daripada aku pikir pasal mamat ni, baik aku pikir camana nak bunuh budaya berzina ni..
Apa yang korang kena buat dalam dewan ialah provok dia. Tanya apa sumbangan
dia kat kawasan dia. Apa dia buat dalam memastikan budak-budak dia menyumbang
kepada kestabilan ekonomi dan sosial negara. Buatkan supaya kredibiliti dan posisinya dipersoalkan oleh budak-budak dia sendiri. Tak pun provok anak dia supaya diorang keluarkan statement bangang. Mesti media suka punya. Mesti rakyat tengok TV punya. Baru syok borak kat kedai kopi. Hahaha. Amenda la korang (wakil rakyat). Benda senang pun takboleh nak buat. Tulah, sibuk nak jadi pemimpin lagi. Serupa macam kapal yang hantar bantuan kemanusiaan ke
Gaza tu. Idea dah cantik. Tapi apa plan kalau kena ambush? Last-last, Yahudi kenyang, budak-budak kita jugak yang kena racun.
Wallahu alam
Post a Comment