"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" KATA KATA KERAMAT, NAMUN APAKAH ERTINYA JIKA MELAYU HANYA TINGGAL NAMA DI TANAH AIRNYA SENDIRI..



"PERKASA PEMBELA BANGSA, BENTENG NEGARA, TANAH BERDAULAT"


(MOHON ADD FRIEND DI FACEBOOK: www.facebook/perkasanegerisembilan UNTUK INFO YG LEBIH AKTIF)
ADAT ORANG MANDI DI KOLAM,
TIDAK MANDI MEMBASUH MUKA,
ADAT ORANG BERTIKAM,
TIDAK MATI MERASA LUKA.

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita lupakan buat selama lamanya.Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai.Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah,maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu,amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman,hormat menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.
-Tunku Abdul Rahman,1969-
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TELAH DI LANCARKAN SECARA RASMI PADA 21 JUN 2009 PADA JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI OLEH YB DATUK IBRAHIM BIN ALI, PRESIDEN PERKASA MALAYSIA

Friday, May 14, 2010

TERBANG TINGGI DI LAUT BIRU. CABARAN DAN KEJAYAAN MASYARAKAT MELAYU SEJAGAT-2

PENGEMUDI KERAJAAN SINGAPURA
Kalau kita lihat Singapura atau dulunya dikenali sebagai Temasik, ia telah didiami oleh orang Melayu sejak abd ke-13. Mengikut Sejarah Melayu. Sang Nila Utama menjadi raja pertama (1300-1348). Raja Iskandar Shah (1389-1392) menjadi raja terakhir apabila baginda dikalahkan oleh kerajaan Majapahit sehingga lari berpindah ke Muar (1392-1394).Baginda telah membuka Melaka dan memerintah dari tahun 1394-1414. Raja Iskandar Shah menjadi Sultan Melaka yang pertama (W.Linehan,1969).
Namun,persoalannya bagaimana pula orang Melayu menjadi kaum minoriti? Jawapannya ialah gara gara permainan penjajah Inggeris.
Seawal tahun 1871,kompeni Inggeris telah membawa masuk orang orang asing dengan alasan memenuhi tenaga kerja buruh. Bila dihuraikan kembali alasan ini, ianya tidak munasabah kerana ia lebih memenuhi kehendak politik iaitu untuk mengatasi bilangan pribumi kerana dasar Inggeris seperti yang kita ketahui pecah belah dan perintah (divide and rule). Jika terlalu ramai majoriti sesuatu kaum, susah bagi mereka untuk menguruskan pentadbiran. Menjelang tahun 1901,bancian menunjukkan penduduk Melayu menurun sedangkan Cina meningkat dengan ketara. Masyarakat Melayu menjadi minoriti di negara sendiri akibat percaturan politik Inggeris. bancian yang di buat pada tahun 1980 pula mendapati peratusan orang Melayu berkisar pada 14.6% .Sebagai kaum majoriti,tentunya ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada semangat dan perjuangan orang Melayu untuk mengharungi cabaran dalam berbagai bidang.
Bersambung...

1 comment:

Irwan said...

Hah! Tau pun camana nak buat. Jadi sekarang kita kena kenalpasti kat mana tempat diorang berkumpul dan pecahkan mereka.
PERKASA kena cari sukarelawan yang sanggup di relocate ke tempat-tempat yang banyak golongan anti-bumiputera (tak kisah la non ke tak non) ni dan neutralize kan balik jumlah pengundi di kawasan diorang. Jangan asyik harap BN je yang kena buat kerja!
Nickname semasing pendekarlah, pahlawanlah, ultramanlah, tapi bila suruh berpisah dengan anak bini (demi bangsa sendiri-bukannya lama pun, bukannya jauh punn) pun kena pikir dulu lah, nantik lah, "aku tak boleh, tapi aku boleh cari orang yang boleh" lah...Macam-macam alasan.
Sebagai permulaan, belajar-belajarlah tinggalkan anak bini dengan join
tabligh (dapat gak pahala). Untung-untung Allah beri taufik dan kekalkan hidayah pada kita semua untuk bersatu demi anak cucu kita. Walaupun kita tau kesatuan antara Islam takkan berlaku selagi dajjal tak keluar. Kita hanya
mampu berharap, tadah tangan dan teruskan bekerja...Wallahu alam