"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" KATA KATA KERAMAT, NAMUN APAKAH ERTINYA JIKA MELAYU HANYA TINGGAL NAMA DI TANAH AIRNYA SENDIRI..



"PERKASA PEMBELA BANGSA, BENTENG NEGARA, TANAH BERDAULAT"


(MOHON ADD FRIEND DI FACEBOOK: www.facebook/perkasanegerisembilan UNTUK INFO YG LEBIH AKTIF)
ADAT ORANG MANDI DI KOLAM,
TIDAK MANDI MEMBASUH MUKA,
ADAT ORANG BERTIKAM,
TIDAK MATI MERASA LUKA.

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita lupakan buat selama lamanya.Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai.Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah,maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu,amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman,hormat menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.
-Tunku Abdul Rahman,1969-
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TELAH DI LANCARKAN SECARA RASMI PADA 21 JUN 2009 PADA JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI OLEH YB DATUK IBRAHIM BIN ALI, PRESIDEN PERKASA MALAYSIA

Thursday, June 24, 2010

WEE KAA SIONG

Kalau pemimpin bukan Melayu buat kenyataan mempertikaikan biasiswa oleh MARA memanglah itu kerja dia. Memang mereka tidak boleh dipercayai tidak kiralah yang duduk dalam kerajaan ataupun tidak.
Kenyataan Wee Kah Siong contoh jelas memang selama ini mereka tidak senang dengan kedudukan orang Melayu walaupun mulut mereka berkata 'tidak ada masalah'. Mereka sering berpura pura bahawa segalanya baik bila berhadapan dan berurusan dengan kita namun hakikat di hati adalah sebaliknya. Sememangnya mereka opurtunis dalam segala hal. Baik dalam perniagaan ataupun dalam berpolitik.
Soal biasiswa pada pelajar amat penting kerana ia akan menentukan kesinambungan dan keupayaan seseorang itu memperolehi pendidikan yang berkualiti terutamanya kepada mereka yang tidak mampu. Kos kos pengajian semakin tinggi seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi. Ditambahkan lagi dengan suasana ekonomi dunia yang menyebabkan inflasi dan kesannya kepada kos sara hidup.
Kesan biasiswa ini amat penting kerana ia telah melahirkan ramai golongan terpelajar yang akhirnya memacu ekonomi bangsa dan negara, jadi sememangnyalah biasiswa MARA kepada pelajar bumiputra tidak peru dipertikaikan oleh mana mana pihak.
Samada kita sedar atau tidak biasiswa bukan sahaja di berikan oleh Mara atau JPA sahaja, namun terdapat banyak biasiswa yang di berikan oleh syarikat swasta gergasi seperti gamuda,sunway dan banyak lagi syarikat syarikat lain. Namun adakah kita selama ini mengkaji berapa peratuskah syarikat syarikat ini memberikan biasiswa ini kepada pelajar pelajar Melayu . Kenapa tidak pernah dikaji dan dipertikaikan oleh pejuang pejuang MCA,MIC, PPP dan parti parti politik serta Ngo Ngo Cina? Peratusannya amat rendah namun itulah hakikatnya.
Apa yang diperlihatkan kepada umum bahawa pembahagian biasiswa adalah tidak seimbang di antara kaum. Hakikatnya sedar atau tidak bahawa syarikat syarikat besar ini berjaya dan berkembang hasil dari bantuan kerajaan dan pemimpin pemimpin Melayu.
Syarikat syarikat ini memperolehi tender dan kontrak yang besar dari kerajaan. Namun adakah mereka sedia memberikankan kouta biasiswa yang besar kepada orang Melayu? Ini menunjukkan bahwa mereka tidak pernah ikhlas.
Konsep BN selama ini memang baik namun parti komponen BN seperti MCA,Gerakan dan lain lainlah yang mensabotaj secara diam. Bajet bajet di salurkan kepada parti komponen, namun mereka membahagikan sesama kroni di dalam parti mereka dan akhirnya orang Cina dan India marah kepada kerajaan dan akhirnya dinyatakan dalam undi mereka. Parti komponen BN lah yang sebenarnya mensabotaj BN. Akhirnya orang Melayu juga yang rugi. BN yang dipengerusikan Umno dikatakan tidak membela rakyat secara total.
Kini apabila biasiswa Mara dipertikaikan oleh ketua pemuda MCA, kita juga perlu mempersoalkan syarikat syarikat besar yang berjaya hasil bantuan kerajaan namun tidak pernah membantu orang Melayu melalui syarikat syarikat mereka. Mereka juga perlu adil dalam soal biasiswa kerana mereka 'hidup' sebab kerajaan Melayu yang memberi peluang mereka 'hidup'.
Wee Kah Siong memang tidak layak duduk dalam kerajaan kalau tidak bersetuju dengan dasar kerajaan.

2 comments:

Irwan said...

wee ka siong ni pembangkang ke kerajaan? kenapa soalan dia macam dia ni mempersoalkan keputusan kerajaan? Dia paham tak konsep pencadang dan
pembangkang dalam dewan tu? Kalau budak-budak dalam team kita sendiri mempersoalkan tindakan team kita (yang kita dah susun dan strategize dengan teliti), kita nak simpan ke orang camni dalam team kita? Eh? Dia pembangkang ke? Bebas? Who cares. Tapi dia semakin lantang sekarang ni. Nak tarik perhatian sapa ntah.

Atau dia ni tak paham, sebab tu dia bertanya? Kalau camtu, apsal tanya dalam dewan? Benda yang diperjuangkan oleh team, kalau tak paham, tanyalah sebelum mesyuarat, bukannya semasa. Kalau semasa mesyuarat, macam nak jadi batu api
(nak memulakan perbincangan baru) atau sedang mengalihkan perhatian terhadap topik yg sedang dibincangkan. Betul-betul menampakkan pada rakyat bukan Melayu bahawa parti komponen BN sendiri mempersoalkan komponen perjuangan parti lain yang bersekutu dengannya.Halus

Lagi satu, orang yang menjawab soalan dia ni, kena pandai. Umpama menarik jarum dalam tepung. Yang bertanya tak terasa dan orang yang sedang melihat pun respek dengan kita. Kena tunjukkan superiority kita dalam mengawal amarah, keadaan dan berkata-kata. Obama naik sebab dia pandai ayat. Barulah rakyat akan komfiden dgn kerajaan. Tak kisahlah sapa kerajaan tu.

Teruskan update blog ni dengan info tentang politik, agama dan ekonomi orang Melayu! Saya sarankan, kita wujudkan komuniti kita di alam maya. Tapi keahlian kena free. RM10 tu belanja saya sehari tu! Takpun cari sponsor yang akan sponsor ahli-ahli baru yang kami dapat nantik.Hahaha. Cukup sampai di sini dulu.

Perkasa Negeri Sembilan said...

memang kojo non bumi bonci dan jeles pada kito. dia orang ni lombab atau sengaja melombabkan diri.buat buat tak faham apa yg dah terkandung dalam perlembagaan. tapi yg lobih sodih org melayu mcm kj tu pulak poie sokong.nak cari milleage pun biar lah bertempat.