"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" KATA KATA KERAMAT, NAMUN APAKAH ERTINYA JIKA MELAYU HANYA TINGGAL NAMA DI TANAH AIRNYA SENDIRI..



"PERKASA PEMBELA BANGSA, BENTENG NEGARA, TANAH BERDAULAT"


(MOHON ADD FRIEND DI FACEBOOK: www.facebook/perkasanegerisembilan UNTUK INFO YG LEBIH AKTIF)
ADAT ORANG MANDI DI KOLAM,
TIDAK MANDI MEMBASUH MUKA,
ADAT ORANG BERTIKAM,
TIDAK MATI MERASA LUKA.

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita lupakan buat selama lamanya.Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai.Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah,maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu,amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman,hormat menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.
-Tunku Abdul Rahman,1969-
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TELAH DI LANCARKAN SECARA RASMI PADA 21 JUN 2009 PADA JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI OLEH YB DATUK IBRAHIM BIN ALI, PRESIDEN PERKASA MALAYSIA

Saturday, February 6, 2010

Baru setahun jagung duduk di tampuk Ketua Menteri Pulau Pinang berbagai isu telah keluar. Kali ini dari ahli Parlimen Pakatan Rakyat sendiri. Mereka keluarkan kenyataan tidak puas hati dengan DAP. Kalau sebelum ini mereka akan kata ini semua permainan BN namun kali ini apa alasannya.? BN dah beli adun PKR? Walaupun apa alasannya pokok takkan bergoyang kalau tidak ditiup angin.
DAP sejak dulu melaungkan bahawa merekalah parti yang paling demokratik di Malaysia. Ternyata memang benar, mereka memang demokratik kepada ahli parti sendiri sahaja ( itupun kalau pemimpin atasan suka) namun pada parti lain walaupun sudah sign pakatan, DAP tidak pernah demokratik.
Ini yang amat menghairankan bagaimana parti seperti PAS boleh duduk dalam pakatan dengan DAP. Asas parti yang amat berbeza. Adakah kerana kuasa soal asas perjuangan di letak 'ketepi' untuk sementara? Adakah cara begini di gemari oleh ahli peringkat akar umbi?
PAS sebuah parti yang mempunyai kekuatan tersendiri. PAS tidak perlukan parti yang berbeza fahaman seperti DAP. Sejarah pakatan PAS dan Semangat 46 dulu mungkin boleh dijadikan iktibar. Pakatan PAS dan Semangat 46 dulu tidak kekal lama. Tanpa pakatan dengan parti lain PAS dapat menawan Kelantan hingga kini,pernah menawan Terengganu walaupun hanya satu penggal.
Mungkin orang akan berkata Kelantan dan Terengganu negeri majoriti Melayu dan PAS perlukan DAP untuk melebarkan sayapnya untuk menarik pengundi bukan Melayu/ Islam di negeri negeri lain kalau benar,adakah bermakna PAS tidak yakin dengan kekuatan sendiri? Adakah PAS akan diberi lebih kerusi untuk di pertandingkan di negeri negeri bukan majoriti Melayu? atau adakah PAS sekadar berhasrat untuk meramaikan pemimpinnya bergelar Menteri Besar seperti di Perak? Walaupun hakikatnya ada 'tuan director' yang lain?
Soal seperti gabungan parti Umno,MIC, MCA dan lain lain dalam BN tidak boleh diambil kira kerana BN mempunyai formula pembahagian kuasa yang berbeza dengan Pakatan Rakyat.
BN telah wujud lebih lama dan formula BN telah terbukti memajukan negara.
PAS perlu menilai semula gabungan mereka dalam Pakatan Rakyat kerana kelihatan lebih banyak buruk dari baiknya. Imej PAS dan pemimpinnya semakin tercemar dengan gabungan ini dengan isu isu seperti kalimah Allah, penjualan arak di Selangor dan beberapa isu lagi yang kita sendiri telah maklum.
Jangan sampai seperti lembu yang sudah dicucuk hidung, Bila tali ditarik baru tahu sakitnya, ketika itu rumput yang hijau pun sudah hilang lazatnya.

No comments: