PERKASA NEGERI SEMBILAN menyambut baik cadangan kepimpinan PAS iaitu Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi untuk duduk semeja dengan Umno berbincang tentang orang Melayu dari segi agama, ekonomi dan politik. Ini kali pertama dua suara tertinggi dalam Pas sependapat dan mengeluarkan kenyataan yang sama. Suatu yang positif untuk kepentingan Islam dan bangsa Melayu di negara ini.
Perkara seperti ini harus diberi perhatian berat oleh pihak yang terlibat kerana 'pintu yang sentiasa tertutup lama lama akan berkarat',apabila satu pihak sudah bercadang membuka pintu dan ruang satu pihak lagi perlu memberi isyarat positif untuk kepentingan agama dan bangsa.
Perkara seperti ini harus diberi perhatian berat oleh pihak yang terlibat kerana 'pintu yang sentiasa tertutup lama lama akan berkarat',apabila satu pihak sudah bercadang membuka pintu dan ruang satu pihak lagi perlu memberi isyarat positif untuk kepentingan agama dan bangsa.
Retorik politik perlu dihentikan, kepentingan rakyat dan negara perlu di dahulukan.
Umno dan Pas adalah dua parti utama orang Melayu dan Islam. Pertemuan ini nanti boleh dijadikan isyarat bahawa orang Melayu boleh bersatu dan pihak yang cuba memecah belahkan orang Melayu untuk melemahkan kuasa politik orang Melayu perlu berhati hati. Mereka perlu hentikan perkara perkara yang boleh mengugat kepentingan orang Melayu dan Islam pada hari ini.
Jangan sesekali mencabar dan memperbodohkan orang Melayu dan agama Islam di negara ini. Kerana, kesannya amat buruk kepada mereka.
Setiap orang Melayu dan Islam itu mempunyai satu titik persamaan yang kini mula menunjukkan tanda akan bersatu kembali. Persamaan dari segi akidah dan sejarah perjuangan terdahulu yang amat panjang.
Pertemuan Umno dan Pas perlu dipercepatkan dan segala kekusutan dan salah faham antara dua parti utama orang Melayu ini perlu di perbetulkan dengan segera.
Sentiasalah bersangka baik, Mudah mudahan kita semua diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan demi Agama dan Bangsa.
No comments:
Post a Comment