Apa masalah si Nazri tu dengan PERKASA. Selalu je ada kenyataan dia yang marah dan anti PERKASA. Mungkin dia ingat Perkasa ni tak sehebat dia yang dah bertahun jadi menteri. Dia ingat Perkasa tak boleh bertahan kalau tak ada Tun Mahathir. Kalau kita perasan, sejak Tun bersara dan kadang kadang bersuara bagi pendapat yang berbeza dengan Pak Lah, si nazri lah yang selalu komen negatif, seperti ada dendam peribadi dia dengan Tun M. Masa Tun jadi Pm dulu pun dia dah jadi menteri. tak ada pulak komen dia yang menentang Tun M waktu tu.
Nampak sangat nazri ni kaki bodek, memang tak layak jadi pemimpin orang Melayu. sejarah pembodek akan jatuhkan bangsa. Seperti sejarah Hang Tuah yang difitnah oleh si pembodek. semata mata kerana dendam dan kuasa.
Apa asas teori yang nazri kata Perkasa tidak boleh hidup tanpa sokongan Tun M? Perkasa ini suara beribu ribu orang Melayu dan pribumi. Lebih ramai dari jumlah pengundi Nazri dalam kawasan parlimen dia ( bukan semua dalam parlimen yang nazri bertanding undi dia).
Perkasa akan tetap hidup selagi ada manusia yang berbangsa Melayu di bumi Malaysia ini. Perkasa bukan berbicara tentang seorang individu tetapi survival bangsa dan agama.
Tun Mahathir salah seorang pemimpin Melayu yang menyokong perjuangan Perkasa (sebab Tun M berjiwa Melayu sejati yang sayangkan bangsa). Walaupun tanpa Tun M,Perkasa tetap akan wujud kerana kerana jiwa seperti Tun M berada dalam diri setiap pemimpin dan ahli Perkasa di seluruh negara.
Semakin banyak Nazri bersuara anti Perkasa, semakin cepat karier politik Nazri akan berkubur....
Takut benar dia pada PERKASA.
APA SEBABNYA :) ????
1 comment:
Mungkin dia takut sebab konsep PERKASA appeal untuk orang Melayu dan ini akan memberi saingan sengit kepada BN jika ahli PERKASA menjadi calon bertanding.
PERKASA kena pandai exploit keadaan semasa dengan mengeluarkan kenyataan yang bernas dan umum untuk semua bangsa. Saya rasa BN dah mula perasan dengan perkara ni. Lagi dia tempelak dan keluar statement, lagi bagus untuk kita.
PERKASA kena perbaharui strategi kita untuk persediaan ini. Wallahu alam
Jangan takut jika pihak media akan edit kenyataan kita masa mereka menyiarkannya sebab orang yang boleh buat impact (pengundi di bandar dan suburbia) dah kurang tengok TV atau baca surat khabar. Kitorang lepak kat WiFi hotspot dan online jer sekarang.
Post a Comment