"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" KATA KATA KERAMAT, NAMUN APAKAH ERTINYA JIKA MELAYU HANYA TINGGAL NAMA DI TANAH AIRNYA SENDIRI..



"PERKASA PEMBELA BANGSA, BENTENG NEGARA, TANAH BERDAULAT"


(MOHON ADD FRIEND DI FACEBOOK: www.facebook/perkasanegerisembilan UNTUK INFO YG LEBIH AKTIF)
ADAT ORANG MANDI DI KOLAM,
TIDAK MANDI MEMBASUH MUKA,
ADAT ORANG BERTIKAM,
TIDAK MATI MERASA LUKA.

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita lupakan buat selama lamanya.Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai.Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah,maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu,amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman,hormat menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.
-Tunku Abdul Rahman,1969-
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TELAH DI LANCARKAN SECARA RASMI PADA 21 JUN 2009 PADA JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI OLEH YB DATUK IBRAHIM BIN ALI, PRESIDEN PERKASA MALAYSIA

Thursday, January 14, 2010

ISLAMIK ATAU TIDAK?

Isu kalimah Allah amat sensitif pada umat Islam. Kenapa kalimah Allah ini perlu kita pertahankan dari di gunakan oleh orang bukan Islam ?
Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa adalah diharamkan empat perkataan iaitu Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat digunakan oleh orang bukan Islam. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke 82 pada 5 hingga 7 Mei tahun 2008 telah memutuskan bahwa Kalimah Allah adalah ekslusif dan khusus untuk umat Islam dan Agama Islam sahaja.
Bagi pihak Kristian Katolik mereka sepatutnya tahu bahawa pada mesyuarat kabinet Mei 1986 telah memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah,Kaabah, Baitullah dan solat adalah tidak dibenar digunakan oleh orang bukan Islam.
Warta penggunaan empat kalimah tersebut telah di keluarkan pada 5 Disember 1986 iaitu Warta PU (A) 15/82 dan juga Pekeliling KKDN S.59/3/6/A dimana kandungannya menyatakan bahawa ianya adalah khusus untuk umat Islam sahaja.
Penggunaan nama Allah bagi orang bukan Islam juga akan mengundang kekeliruan dikalangan umat Islam sendiri. Walaupun ada hujah yang mengatakan bahawa ia akan memudahkan dakwah pada bukan Islam tetapi ruang kemungkinan penyalahgunaannya adalah lebih besar lagi. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubatnya?
Pengertian ALLAH pada umat Islam adalah Allah itu Satu, tiada sekutu bagiNya
Umat Islam di Malaysia masih belum reda dengan isu murtad yang amat sensitif, Jika penggunaan nama Allah di benarkan maka akan bertambahlah isu yang menyentuh hati dan perasaan umat Islam di negara ini.
Sememangnya pihak The Herald sendiri sedar namun mungkin mereka sengaja mencuba. Namun kita pula jangan terlalu melenting sehingga melanggar undang undang. Kita perlu ambil pengajaran dan keinsafan bahawa ini semua adalah kerana kelemahan kita umat Islam yang tidak bersatu dan menjadikan kita lemah.
Kita membuat demostrasi untuk menyatakan bantahan kita, suara kita. Kita berdemo bukan kerana kita tidak Islamik tetapi kita mahu menunjukkan bahawa umat Islam di negara ini masih peka dan tunjukkan pada mereka bahawa umat Islam boleh bersatu. Demostrasi sepanjang isu kalimah Allah ini adalah satu rekod sejarah negara. Tiada satu pun insiden kekecohan berlaku. Umat Islam bersuara tetapi berhemah.
Tindakan membakar gereja dan merosakkan rumah ibadat agama lain adalah satu pengkhianatan pada pada undang undang dan agama. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Umar Al-Khattab r.a sendiri pernah mengeluarkan arahan supaya rumah ibadat bukan Islam dipelihara sewaktu menakluk Palestin. Sultan Salehudin Al Ayubi juga memberi masa selama 40 hari untuk orang kristian keluar dari Baitulmaqdis semasa penaklukan dalam perang salib.
Kita mengutuk mereka yang membakar gereja dan rumah ibadat bukan Islam.Jika benar tindakan itu dilakukan oleh orang Islam, maka orang Islam ini lah sebenarnya yang tidak Islamik. Bukannya umat Islam yang berdemostrasi secara aman.
Wallahuaklam.

No comments: