PERKASA Negeri Sembilan mengucapkan tahniah kepada Tunku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di atas pemasyhuran baginda sebagai Sultan Johor.
Bukan sahaja rakyat Negeri Johor namun seluruh umat Melayu merasa amat berbangga di atas perlantikan Tuanku Sultan Ibrahim. Baginda memang terkenal dengan sikap mesra rakyat terutamanya dengan program Kembara Mahkota Johor. Cara baginda mendekati rakyat begitu terkesan terutamanya apabila satu satu program Kembara Mahkota di siarkan di Tv3 beberapa tahun dahulu.
Teringat semasa baginda jelajah dari pulau ke pulau di negeri Johor di mana seorang tua yang begitu terharu apabila dapat berjumpa dan bersalam dengan baginda sehingga menangis dan di waktu itu baginda memujuk orang tua tersebut dengan panggilan ' wak' dengan penuh mesra.
Sifat seorang raja Melayu yang penyayang benar benar terpancar dari air muka baginda di waktu itu. Ini lah dia seorang raja dan pemimpin Melayu yang perlu kita hormati dan sanjungi.
Sifat baginda perlu diteladani oleh setiap pemimpin Melayu. Jika semua pemimpin Melayu menteladani baginda dalam mendekati rakyat, sesungguhnya kitalah umat Melayu yang benar benar berbahagia di bumi bertuah ini.
DAULAT TUANKU !
No comments:
Post a Comment