Seperti yang dilaporkan akhbar bank negara kini telah mengeluarkan arahan kepada bank dan syarikat kewangan supaya NPL di pendekkan daripada 6 bulan kepada 3 bulan. Ini sebagai langkah supaya peminjam lebih berdisiplin dalam membayar balik balik pinjaman bank dan syarikat kewangan.
Persoalannya adakah ini akan membantu rakyat atau sekadar menguntungkan bank dan syarikat kewangan sahaja. Rakyat akan semakin sukar untuk meminjam dari institusi kewangan yang sah. Di saat rakyat masih terasa kesan kegawatan ekonomi global ke atas sistem kewangan negara, isu inflasi yang semakin meningkat, isu kenaikan harga barang, isu pinjaman dan keganasan ah long, kini bank negara pula mengeluarkan polisi untuk mengetatkan pinjaman.
Banyak golongan rakyat akan mengalami kesan dari polisi ini. Golongan rakyat bawahan dan usahawan pasti akan merasai kesan utama.
Isu NPL ( non perfoming loan) antara isu besar bagi syarikat kewangan namun kajian dari sudut lain sebab sebab ianya berlaku juga perlu diberi perhatian kerana ia akan memberi kesan kepada masyarakat.
Kemampuan peminjam untuk membayar pinjaman juga berlaku atas faktor semasa seperti suasana peniagaan yang tidak mengembang, beban kos yang bertambah,kadar inflasi yang naik dan juga faktor faktor lain.
Kepada golongan peniaga dan usahawan. Faktor kemelesetan ekonomi negara dan global adalah penyebab utama. Sewajarnya faktor ini diambil kira secara serius oleh pihak bank dan syarikat kewangan Peniaga yang kekurangan modal akan semakin sukar untuk meneruskan pusingan perniagaan.Hasilnya kemampuan membayar balik akan berkurang dan pinjaman semakin sukar di bayar.Golongan ini memang tahu bahawa pihak bank akan merujuk kepada sistem rekod ccriss, Ctos dan Fis sebelum meluluskan pinjaman, kegagalan mereka mengekalkan rekod pinjaman yang baik akan menggangu urusan pinjaman mereka yang akan datang. namun survival perniagaan di masa ini agak perit. Sekiranya pinjaman semakin sukar terutamanya untuk penambahan modal maka sudah pasti peniaga akan gulung tikar dan pinjaman akan menjadi hutang lapuk.

Sektor yang bergantung kepada pinjaman bank seperti automotif dan hartanah pasti akan merasa kesan yang besar.
Golongan pekerja yang diberhentikan, golongan pekerja kontrak swasta dan kerajaan akan terbeban. Dimasa suasana ekonomi yang kurang baik ini belum tentu kontrak mereka akan disambung, jadi bagaimana dengan pinjaman perumahan mereka, pinjaman sewa beli kenderaan mereka.? Pasti amat menyukarkan.
Sememangnya polisi ini mempunyai kebaikan kepada ekonomi negara namun perlaksanaanya perlu di kaji secara mendalam. Mungkin polisi ini boleh dilakukan pada jenis jenis pinjaman seperti kad kredit dan pinjaman peribadi yang lebih merupakan kepada ' faktor kehendak ' berbanding pinjaman seperti kenderaan, perumahan dan pendidikan iaitu yang berupa 'faktor keperluan'.
Apa yang ditakuti nanti 'Ah long' pula akan mengambil alih fungsi bank dan syarikat kewangan kerana adanya 'permintaan yang tinggi'.
Di harap kerajan lebih fokus kepada keperluan semasa rakyat untuk menjamin kesejahteraan hidup.
No comments:
Post a Comment