"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" KATA KATA KERAMAT, NAMUN APAKAH ERTINYA JIKA MELAYU HANYA TINGGAL NAMA DI TANAH AIRNYA SENDIRI..



"PERKASA PEMBELA BANGSA, BENTENG NEGARA, TANAH BERDAULAT"


(MOHON ADD FRIEND DI FACEBOOK: www.facebook/perkasanegerisembilan UNTUK INFO YG LEBIH AKTIF)
ADAT ORANG MANDI DI KOLAM,
TIDAK MANDI MEMBASUH MUKA,
ADAT ORANG BERTIKAM,
TIDAK MATI MERASA LUKA.

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita lupakan buat selama lamanya.Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai.Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah,maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu,amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman,hormat menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.
-Tunku Abdul Rahman,1969-
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TELAH DI LANCARKAN SECARA RASMI PADA 21 JUN 2009 PADA JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI OLEH YB DATUK IBRAHIM BIN ALI, PRESIDEN PERKASA MALAYSIA

Saturday, February 27, 2010

PELANCARAN MAJLIS PERUNDINGAN NGO MELAYU


Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Sahibul Samahah Dato Noh Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Ucapan dari Presiden PERKASA Malaysia Yb Datuk Ibrahim Ali

Kehadiran ahli ahli NGO Melayu yang ramai bukti bahawa titik penyatuan bangsa Melayu semakin berkembang.

Deklarasi MPM dibacakan oleh Presiden GPMS
Presiden PERKASA Yb Datuk Ibrahim Ali mengetuai barisan Presiden NGO NGO Melayu lain untuk menandatangani Mou Majlis Perundingan Ngo Melayu (MPM)

Wednesday, February 17, 2010

KATAK ITU SEBENARNYA...

PERKASA semakin meriah dan indah,bukan sekadar pada nama tetapi berbagai pendapat dan komen pada kewujudan PERKASA, Nampaknya sengat PERKASA bukan sebarangan,sengat PERKASA sudah terasa walaupun sekadar mendengar namanya.
Pemimpin PERKASA digelar 'Pak Katak' .
Tapi rupa rupanya katak ini berbisa kerana bersengat. Banyak pihak sudah gelisah penangan katak ini. Mereka kini teringat kembali cerita dongeng dulu kala, bahawa katak itu sebenarnya PUTERA RAJA, mereka gelisah kerana mungkin cerita dongeng itu bakal menjadi kenyataan.
Itulah dia,jangan mengelar orang mengikut rasa, kelak pasti ada yang binasa. Jadam yang pahit rupanya ubat, orang yang digelar katak itulah rupanya pejuang sejati. Bukan memuji pada tubuh badannya tetapi semangatnya yang membara tiada lawan. kemana pergi harimau,singa selama ini? dah jadi ungka? takut nak bersuara?...
Apa guna digelar harimau ,singa kalau bangsa terusik bangsa tak terbela..
Kita ketandusan pemimpin pembela bangsa, jadi janganlah pemimpin Melayu kita seorang ini terus di gelar sedemikian rupa.
Beliau teguh perjuangannya, jitu hati pada bangsanya, keras suara untuk bangsanya,
YB DATUK PADUKA IBRAHIM ALI... teruslah memimpin kami, menempuh onak dan duri perjuangan sejati.
PERKASA JIWA BANGSA

Wednesday, February 10, 2010

TAHNIAH DR ZAMBRY, BERSABARLAH NIZAR..

TAHNIAH keatas DR ZAMBRY dan rakyat Perak atas keputusan mahkamah rayuan semalam. Kemenangan keatas kerajaan pimpinan Dr Zambry sekarang akan membawa keuntungan kepada rakyat Perak kerana selepas ini kepimpinan Dr Zambry akan mempunyai lebih banyak masa dan fokus untuk memberi yang terbaik kepada rakyat Perak.
Kemenangan ini sebenarnya memang telah ditakdirkan. Kebenaran pastikan terserlah. Kini perbalahan politik yang boleh membantutkan kepentingan rakyat Perak perlu dihentikan,.Tumpukan kepada kehidupan rakyat perlu diberi keutamaan.
Kini Dr Zambry perlu membuktikan pada rakyat Perak bahawa kerajaan beliau adalah yang terbaik dalam membela rakyat Perak. Namun sebenarnya sejak Dr Zamry mengambil alih tampuk Menteri Besar Perak kesungguhan beliau itu memang telah dibuktikan.
Datuk Seri Nizar pula perlu menerima Qada dan Qadar ini dengan hati terbuka dan perlu muhasabah diri. Setiap yang berlaku ada kebaikanya yang selalunya tidak mampu tercapai oleh akal fikiran manusia yang maha lemah ini. Jangan terlalu leka dengan apa yang didepan mata sehingga menafikan kebenaran,hentikanlah konflik ini,bersedialah menghadapi kenyataan.

UMNO DAN PAS

PERKASA NEGERI SEMBILAN menyambut baik cadangan kepimpinan PAS iaitu Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi untuk duduk semeja dengan Umno berbincang tentang orang Melayu dari segi agama, ekonomi dan politik. Ini kali pertama dua suara tertinggi dalam Pas sependapat dan mengeluarkan kenyataan yang sama. Suatu yang positif untuk kepentingan Islam dan bangsa Melayu di negara ini.
Perkara seperti ini harus diberi perhatian berat oleh pihak yang terlibat kerana 'pintu yang sentiasa tertutup lama lama akan berkarat',apabila satu pihak sudah bercadang membuka pintu dan ruang satu pihak lagi perlu memberi isyarat positif untuk kepentingan agama dan bangsa.
Retorik politik perlu dihentikan, kepentingan rakyat dan negara perlu di dahulukan.
Umno dan Pas adalah dua parti utama orang Melayu dan Islam. Pertemuan ini nanti boleh dijadikan isyarat bahawa orang Melayu boleh bersatu dan pihak yang cuba memecah belahkan orang Melayu untuk melemahkan kuasa politik orang Melayu perlu berhati hati. Mereka perlu hentikan perkara perkara yang boleh mengugat kepentingan orang Melayu dan Islam pada hari ini.
Jangan sesekali mencabar dan memperbodohkan orang Melayu dan agama Islam di negara ini. Kerana, kesannya amat buruk kepada mereka.
Setiap orang Melayu dan Islam itu mempunyai satu titik persamaan yang kini mula menunjukkan tanda akan bersatu kembali. Persamaan dari segi akidah dan sejarah perjuangan terdahulu yang amat panjang.
Pertemuan Umno dan Pas perlu dipercepatkan dan segala kekusutan dan salah faham antara dua parti utama orang Melayu ini perlu di perbetulkan dengan segera.
Sentiasalah bersangka baik, Mudah mudahan kita semua diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan demi Agama dan Bangsa.

Saturday, February 6, 2010

Baru setahun jagung duduk di tampuk Ketua Menteri Pulau Pinang berbagai isu telah keluar. Kali ini dari ahli Parlimen Pakatan Rakyat sendiri. Mereka keluarkan kenyataan tidak puas hati dengan DAP. Kalau sebelum ini mereka akan kata ini semua permainan BN namun kali ini apa alasannya.? BN dah beli adun PKR? Walaupun apa alasannya pokok takkan bergoyang kalau tidak ditiup angin.
DAP sejak dulu melaungkan bahawa merekalah parti yang paling demokratik di Malaysia. Ternyata memang benar, mereka memang demokratik kepada ahli parti sendiri sahaja ( itupun kalau pemimpin atasan suka) namun pada parti lain walaupun sudah sign pakatan, DAP tidak pernah demokratik.
Ini yang amat menghairankan bagaimana parti seperti PAS boleh duduk dalam pakatan dengan DAP. Asas parti yang amat berbeza. Adakah kerana kuasa soal asas perjuangan di letak 'ketepi' untuk sementara? Adakah cara begini di gemari oleh ahli peringkat akar umbi?
PAS sebuah parti yang mempunyai kekuatan tersendiri. PAS tidak perlukan parti yang berbeza fahaman seperti DAP. Sejarah pakatan PAS dan Semangat 46 dulu mungkin boleh dijadikan iktibar. Pakatan PAS dan Semangat 46 dulu tidak kekal lama. Tanpa pakatan dengan parti lain PAS dapat menawan Kelantan hingga kini,pernah menawan Terengganu walaupun hanya satu penggal.
Mungkin orang akan berkata Kelantan dan Terengganu negeri majoriti Melayu dan PAS perlukan DAP untuk melebarkan sayapnya untuk menarik pengundi bukan Melayu/ Islam di negeri negeri lain kalau benar,adakah bermakna PAS tidak yakin dengan kekuatan sendiri? Adakah PAS akan diberi lebih kerusi untuk di pertandingkan di negeri negeri bukan majoriti Melayu? atau adakah PAS sekadar berhasrat untuk meramaikan pemimpinnya bergelar Menteri Besar seperti di Perak? Walaupun hakikatnya ada 'tuan director' yang lain?
Soal seperti gabungan parti Umno,MIC, MCA dan lain lain dalam BN tidak boleh diambil kira kerana BN mempunyai formula pembahagian kuasa yang berbeza dengan Pakatan Rakyat.
BN telah wujud lebih lama dan formula BN telah terbukti memajukan negara.
PAS perlu menilai semula gabungan mereka dalam Pakatan Rakyat kerana kelihatan lebih banyak buruk dari baiknya. Imej PAS dan pemimpinnya semakin tercemar dengan gabungan ini dengan isu isu seperti kalimah Allah, penjualan arak di Selangor dan beberapa isu lagi yang kita sendiri telah maklum.
Jangan sampai seperti lembu yang sudah dicucuk hidung, Bila tali ditarik baru tahu sakitnya, ketika itu rumput yang hijau pun sudah hilang lazatnya.

Monday, February 1, 2010

TAHNIAH PERKASA SELANGOR












PERKASA Negeri Sembilan mengucapkan tahniah dan syabas di atas pelancaran PERKASA Negeri Selangor yang penuh gemilang, meriah dan penuh beristiadat.Kehadiran Yang Berbahagia Tun Mahathir sangat bermakna dan ucapan beliau menyuntik semangat perjuangan kepada setiap yang hadir. Kehadiran orang ramai yang memenuhi dalam dan luar dewan mengambarkan bahawa umat Melayu kini memang amat memerlukan pertubuhan NGO seperti PERKASA bagi menyampaikan suara sebenar bangsa Melayu.

Tahniah dan syabas PERKASA Selangor!

Maju PERKASA Maju NEGARA.