"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" KATA KATA KERAMAT, NAMUN APAKAH ERTINYA JIKA MELAYU HANYA TINGGAL NAMA DI TANAH AIRNYA SENDIRI..



"PERKASA PEMBELA BANGSA, BENTENG NEGARA, TANAH BERDAULAT"


(MOHON ADD FRIEND DI FACEBOOK: www.facebook/perkasanegerisembilan UNTUK INFO YG LEBIH AKTIF)
ADAT ORANG MANDI DI KOLAM,
TIDAK MANDI MEMBASUH MUKA,
ADAT ORANG BERTIKAM,
TIDAK MATI MERASA LUKA.

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita lupakan buat selama lamanya.Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai.Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah,maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu,amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman,hormat menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.
-Tunku Abdul Rahman,1969-
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TELAH DI LANCARKAN SECARA RASMI PADA 21 JUN 2009 PADA JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI OLEH YB DATUK IBRAHIM BIN ALI, PRESIDEN PERKASA MALAYSIA

Friday, August 27, 2010

PERBUATAN KHIANAT DAN BIADAP DI SURAU TAMAN SRI PULAI IMPIAN,SIKAMAT, SEREMBAN

















Pada 23 Ogos yang lalu kita dikejutkan dengan perbuatan khianat menyimbah cat dan membaling botol arak di surau Taman Sri Pulai Impian, Sikamat, Seremban. Kejadian disedari oleh jemaah surau sewaktu membuka surau untuk sembahyang subuh.
Pada 24 Ogos Polis mengumumkan telah menahan 4 orang yang disyaki melakukan jenayah tersebut dan telah ditahan reman. Tahniah kepada pihak polis atas kecekapan tersebut, Tindak balas yang cepat, menambahkan keyakinan masyarakat.
Pada 25 Ogos keluarga 4 orang penjenayah yang ditahan memohon maaf melalui satu majlis yang diatur oleh MCA dengan kerjasama pemimpin setempat dan jawatankuasa surau.
Namun walaupun kita sebagai umat Islam menerima permohonan maaf tersebut tetapi perbuatan jenayah telah berlaku dan seharusnya hukuman yang setimpal menurut undang undang dijatuhkan kepada mereka. Perbuatan biadap seperti itu perlu di hukum seberat beratnya kerana implikasi perbuatan tersebut amat merbahaya. Ia boleh mencetuskan perasaan marah dan benci yang melampau kepada umat Islam bukan sahaja di kawasan terbabit namun di seluruh negara. Alasan perbuatan tersebut dilakukan kerana marah ditegur kerana bermain mercun langsung tidak dapat diterima.
Jelas, sebagai seorang manusia yang berakal boleh berfikir bahawa menghormati seseorang yang lain adalah penting dalam masyarakat lebih lebih lagi pada sebuah surau, tempat ibadat orang Islam dan merupakan agama rasmi negara.
Perbuatan bermain mercun sehingga mengganggu orang lain, lebih lebih lagi di kawasan perumahan dan berhampiran surau sudah menunjukkan pelakuan seorang yang bodoh,kurang ajar dan tidak bertamadun.
Kalau dilihat dari sudut pendidikan, ini jelas dari hasil pendidikan yang salah oleh ibu bapa dan sistem persekolahan. Inilah juga akibatnya apabila sesuatu kaum terlalu mempertahankan sistem pendidikan sekolah satu aliran.Akibatnya lahir generasi yang tidak memahami budaya kaum yang lain dan seterusnya tidak menghormati antara satu sama lain.
Perkara perkara sensitif tidak diambil berat kerana tiada pemahaman yang mendalam tentang sejarah pembentukan negara dan budaya kaum kaum majmuk di negara ini.
Sekolah satu aliran yang kononnya melahirkan pelajar bijak pandai tetapi rosak akhlak dan moralnya.
Semoga kejadian ini akan menjadi pengajaran kepada semua agar lebih hormat menghormati. Biarlah undang undang dijalankan dengan seadilnya agar kejadian yang sama tidak akan berulang.
22 September dijangka kes akan disebut dimahkamah, sama samalah kita menunggu keputusannya.
Terima kasih atas keprihatinan masyarakat Islam di atas kejadian ini dan telah menunjukkan budi bahasa yang tinggi dengan bersabar dan tidak bertindak diluar kawalan.
Sesungguhnya kita umat Nabi Muhamad SAW memang mempunyai pekerti mulia namun, kesabaran ada juga batasnya.
RAMADAN MENGUJI KESABARAN.

Tuesday, August 24, 2010

PERKASA BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP CHUA SOI LEK


PERKASA daerah Kuala Pilah telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kuala Pilah berhubung kenyataan oleh Dr Seri Chua Soi Lek pada Kongres Ekonomi Cina tempoh hari dimana kenyataan Soi Lek ialah menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30% dikurangkan.
Laporan Polis tersebut telah dilakukan oleh saudara Kamarulzaman Kamdias iaitu Pengerusi Perkasa daerah Kuala Pilah bersama YDP Perkasa NS Datuk Mohd Noor Nordin dan disertai oleh hampir 20 orang ajk Perkasa Negeri dan daerah.
Kenyataan Soi Lek itu dilihat adalah suatu percubaan mempertikaikan kedaulatan dan keluruhan Perlembagaan Negara kerana perkara yang dibangkitkan oleh Soi Lek itu sudah jelas dan termaktub dalam fasal 153 perlembagaan persekutuan.
Perkasa menuntut perkara itu disiasat dibawah Akta Hasutan Seksyen 3 (1).

Thursday, August 19, 2010

MANA SEMANGAT 1MALAYSIA MCA?

Saya terbaca berita Mingguan Malaysia 15 Ogos dan terkilan dengan apa yang diminta oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek semasa rasmikan Kongres Ekonomi Cina sabtu lalu.

Dimana semangat 1Malaysia dalam MCA? Tiada lagikah sifat kejiranan di dalam MCA?Apa yang disuarakan saya rasa sama seperti parti parti dominan Cina seperti DAP dan Gerakan.

Apakah tuntutan MCA ini disebabkan oleh Melayu tidak bersatu? Benarkan saya kupas sedikit sebahagian cadangan (cabaran) yang dibentangkan oleh Datuk Seri Chua Soi Lek seperti yang ditulis dalam berita tersebut.


LIBERALISASI EKONOMI

Membenarkan lebih ramai pelabur bukan bumiputera menjadi rakan kongsi dan kontraktor dalam kerja kerja didalam sektor minyak dan gas. Saya ketawa dengan apa yang MCA inginkan ini. Adakah tidak beliau ketahui betapa banyak syarikat yang berurusan denagn sektor minyak dan gas dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh kaum Cina?

Adakah MCA mahu syarat syarat ketat yang ditetapkan oleh Petronas untuk mendapatkan lesen lesen perniagaan dengan syarikat syarikat minyak seperti Carigali,Exxon Mobil,Shell dan sebagainya di longgarkan?

Sekarang ini pun kebyakan syarikat syarikat pembekal adalah milik bukan bumiputera. Boleh saya kira dengan jari sahaja syarikat yang betul betul milik bumiputera.

Petronas sekarang mula memantau syarikat syarikat pembekal yang kononnya berstatus bumiputera tapi pada hakikatnya dimiliki oleh bukan bumiputera.Agaknya apa yang ingini oleh MCA adalah semua syarikat syarikat pembekal ini dimiliki oleh bukan bumiputera secara terbuka.


PERANAN SYARIKAT MILIK KERAJAAN (GLC)DALAM MODEL BARU EKONOMI

Kenapa begitu gah MCA meningininya? Kenapa pihak pihak bukan bumiputera dalm syarikat syarikat gergasi Cina tidak memberi peluang kepada bumiputera yang berkelayakan menjadi ahli lembaga pengarah dan menjawat jawatan penting dlam pengurusan?

Sekiranya adapun jawatan jawatan yang dijawat adalah jawatan yang kurang penting syarikat sekadar melepaskan' batuk di tangga'.Lagi menyedihkan sekarang ini sudah ada pula syarat 'boleh berbahasa mandarin' di dalam iklan kerja kosong. Apakah maksud tersirat dalam syarat tersebut?

Adakah perlu atau wajib pekerja berbahasa mandarin?adakah bahasa Melayu bukan bahasa rasmi, bahasa pengantar negara Malaysia? yang paling jelas adalah untuk membenarkan bangsa Cina menjawat jawatan kosong tersebut. Apa pandangan MCA mengenai perkara ini?


PENGGALAKKAN LEBIH BANYAK SEKOLAH VERNAKULAR

Ini saya tidak faham. Masing masing begitu gah mengenai 1Malaysia tapi pada masa sama masih mahukan pengasingan melalui penubuhan lebih banyak sekolah vernakular.

Bila kerajaan menggalakkan penubuhan sekolah wawasan,kenapa mereka dengan gah menentang?

Sekiranya mereka ini kononnya mahukan keadilan ,satu suara,1Malaysia dan sebagainya,kenapa tidak mulakan dari peringkat serendah rendahnya melalui semua kaum pergi ke satu sekolah seperti sekolah wawasan?

Bukan makin banyak lagi sekolah sekolah vernakular yang secara langsung menggalakkan lagi pengasingan kaum. Di mana semangat 1Malaysia MCA?

Dimanakah semangat 1Malaysia MCA yang sepatutnya menggalakkan sifat menang-menang? Saya yakin sekiranya sekolah kebangsaan diubah sedikit saja agar memberi peluang untuk bangsa Cina dan India mempelajari pelajaran bahasa ibunda mereka,tidak perlu lagi ditambah sekolah vernakular di Malaysia ini.

Saya hairan kenapa sekarang bukan bumiputera semakin lantang menyuarakan tuntutan.?

Adakah ini disebabkan bumiputera ,terutamanya Melayu khususnya sentiasa bertelagah sesama sendiri?

Adakah pihak bumiputera merasakan sekarang adalah masa yang sesuai untuk meminta kerana pertelagahan sesama bumiputera/Melayu yang beragama Islam?

Adakah juga kerana mereka merasakan bangsa Melayu didalam kerajaan lemah,mereka boleh minta macam macam?

Ingin saya jelaskan di sini,saya bukan rasis tetapi saya tidak mahu bangsa Melayu akhirnya merempat ditanah air sendiri.


Azmi

Kuala Lumpur.

(Petikan dari ruangan forum pembaca, Utusan Malaysia, 16 ogos 2010)