"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" KATA KATA KERAMAT, NAMUN APAKAH ERTINYA JIKA MELAYU HANYA TINGGAL NAMA DI TANAH AIRNYA SENDIRI..



"PERKASA PEMBELA BANGSA, BENTENG NEGARA, TANAH BERDAULAT"


(MOHON ADD FRIEND DI FACEBOOK: www.facebook/perkasanegerisembilan UNTUK INFO YG LEBIH AKTIF)
ADAT ORANG MANDI DI KOLAM,
TIDAK MANDI MEMBASUH MUKA,
ADAT ORANG BERTIKAM,
TIDAK MATI MERASA LUKA.

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita lupakan buat selama lamanya.Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai.Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah,maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu,amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman,hormat menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.
-Tunku Abdul Rahman,1969-
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TELAH DI LANCARKAN SECARA RASMI PADA 21 JUN 2009 PADA JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI OLEH YB DATUK IBRAHIM BIN ALI, PRESIDEN PERKASA MALAYSIA

Thursday, July 15, 2010

Nazri Aziz kata ahli Umno menolak Perkasa kerana perjuangan Perkasa tidak selari dengan konsep 1Malaysia yang dibawa oleh PM. Nazri juga berkata perjuangan Perkasa tidak disokong oleh keseluruhan orang Melayu. Di bercakap seolah olah bercakap mewakili ahli Umno keseluruhannya. Persoalannya..layak ke Nazri Aziz bercakap begitu?
Adakah dia faham dasar asas perjuangan Perkasa?
Adakah dia sedar kenapa Perkasa wujud?
Adakah kenyataan Nazri dianggap mewakili keseluruhan ahli umno?
Asas perjuangan Perkasa adalah mempertahankan hak dan keistimewaan bumiputra seperti yang telah TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA..
* Nazri Aziz menteri yang bertanggungjawab berkenaan urusan Parlimen-seharusnya dia faham dan jelas apa yang terkandung dalam Perlembagaan negara.



(Mungkin disini dia sebenarnya tidak berapa faham tentang perlembagaan negara sebab itu dia tidak memahami asas perjuangan Perkasa. Tidak mustahillah BN pernah hampir terlingkup apabila sidang dewan tidak cukup korum suatu masa dulu. Kalau dia mahir dengan perlembagaan dan urusan parlimen perkara seperti itu tidak akan berlaku. Jelas dia memang tidak layak memegang jawatan menteri lebih lebih lagi urusan parlimen yang amat penting).



Perkasa wujud kerana ruang kosong yang sepatutnya di perjuangkan oleh parti yang menjaga kepentingan melayu. namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. bukan parti tersebut yang mengkhianati perjuangan tapi beberapa kerat pemimpin didalamnya yang mengkhianati perjuangan parti dan orang Melayu. Adakah Nazri Aziz salah seorang darinya? fikirlah sendiri...
Ahli ahli Perkasa terdiri hampir 50 peratus daripada ahli Umno. Kenapa mereka beralih kepada Perkasa? Perkasa sebuah NGO yang tidak mungkin dapat mengugat mana mana parti politik. Perkasa tidak boleh bertanding dalam PRU. Kalau perkasa dikatakan bukan keseluruhan suara orang Melayu,itu lumrah. Lagipun Perkasa baru berusia setahun jagung..
Adakah layak Nazri berkata bahwa Umno menolak Perkasa? Siapa Nazri untuk bercakap seolah olah mewakili keseluruhan ahli Umno.?
Adakah Nazri menang majoriti 100 peratus dam pilihanraya yang lalu.? Sudah tentu tidak..
Kemenangan Nazri dalam Pru bukan 100 peratus. Jadi layak ke Nazri bercakap seolah olah mewakili keseluruhan suara ahli ahli Umno?
Memang betul kata Datuk Ibrahim Ali. Umno kena tolak orang macam Nazri kalau mahu survival Umno terus hidup. Tak salah untuk buang satu kudis untuk menyelamatkan satu badan.

Nazri hanya satu individu dalam Umno, sedangkan Umno itu untuk perjuangan Melayu.

Kalau Nazri tidak perlukan Perkasa, Perkasa pun tidak perlukan Nazri. Ramai orang Melayu di luar sana yang berharap kepada Perkasa. Perjuangan Perkasa bukan untuk Umno atau mana mana pemimpin Umno, tetapi untuk orang Melayu dan Pribumi.

"Biarkanlah Nazri Aziz terjun bersama labu labunya"

Tuesday, July 13, 2010

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA MBNS

Perkasa Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Dato Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan di atas kesudian beliau menerima kunjungan hormat AJK Perkasa NS pada 7 Julai yang lalu.
Kunjungan itu memberi kesempatan kepada pihak Perkasa NS menyampaikan matlamat dan hala tuju Perkasa NS kepada YAB MBNS.
Semoga dengan kunjungan ini akan memudahkan lagi perjuangan Perkasa NS dalam memperjuangkan agenda Melayu khususnya di Negeri Sembilan.
Terima Kasih.

LAPORAN POLIS OLEH PERKASA NS TERHADAP KENYATAAN PEMIMPIN MCA DALAM MERDEKA REVIEW

Berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin pemimpin Pemuda MCA yang disiarkan dalam Merdeka Review keluaran 1 Julai 2010 yang lalu Perkasa NS telah membuat laporan polis terhadap Pemuda MCA di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Seremban 2 pada 9 Julai pada jam 11.00 pagi.
Perkasa NS merasakan bahawa kenyataan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pemuda MCA itu berniat buruk kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia khususnya kepada kepimpinan Perkasa. Kenyataan tersebut juga berupa suatu ugutan kepada Perkasa dan tuduhan bahawa Perkasa adalah sebuah pertubuhan ekstremis adalah salah dan berniat jahat.
Perkasa NS juga merasakan bahawa kenyataan tersebut juga berunsur hasutan dengan menggunakan bahasa yang melampau.
Sehubungan dengan itu juga Perkasa NS menolak dakwaan bahawa Perkasa cuba mencungkil isu sensitif dan perkauman.
(Rujuk kenyataan oleh pemimpin Pemuda MCA seperti yang di tulis dibawah)

Monday, July 12, 2010

Pemuda MCA selar PERKASA: Ekstremis Celaka Ini patut ditahan ISA!

Jikalau PERKASA mahu Wee Ka Siong dipenjarakan kerana kenyataan Pemuda MCA yang membela keadilan,maka ekstremis yang celaka ini patut dipenjarakan di bawah ISA," kata Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng.
Demikianlah kemarahan daripada Pemuda MCA,berikutan laporan edisi sulung Suara Perkasa yang bertajuk 'Tahan Wee Ka Siong bawah ISA'. Beberapa orang pemimpin Pemuda MCA tampil mempertahankan ketua-nya, masing masing menyasarkan serangan terhadap Presiden PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia), Ibrahim Ali.
Antaranya,Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng menganggap Wee Ka Siong tidak bersalah,malah memberi amaran " jangan hina maruah Pemuda MCA!" kerana Pemuda MCA tidak akan bertolak ansur dengan provokasi biadap ini.
Malah,Pemuda Wilayah Persekutuan MCA mendesak agar kerajaan menyatakan sikapnya untuk mengasingkan diri daripada tindakan Ibrahim Ali yang biadap,mencelarukan sentimen perkauman dan mencungkil saraf sensitif. Untuk Pemuda Wilayah Persekutuan MCA yang sanggup jadi benteng Wee Ka Siong, seanainya kerajaan berdiam diri dalam isu ini,maka ia adalah penghinaan terhadap MCA sebagai parti komponen kedua terbesar dalam BN.
Oleh itu Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA mahu Kementerian Dalam Negeri melucutkan permit penerbitan PERKASA, sebagai amaran kepada kenyataannya yang ekstrem,malah berharap penjual mengambil anisiatif untuk memboikot akbar ini,demi menjaga keamanan negara.
Akta hasutan terhadap PERKASA dan Ibrahim Ali
Selain itu ,Setiausaha Agung Pemuda MCA,Chai Kim Sen turut menggesa agar polis menangkap Ibrahim Ali dan mengambil tindakan terhadap Suara perkasa, dengan menggunakan Akta Hasutan 1948.
"Artikel dalam suara Perkasa yang mengesa untuk menangkap Wee Ka Siong dengan ISA ini telah mencungkil kemarahan Pemuda MCA. Seandainya kerajaan berpeluk tubuh dalam isu ini, Pemuda MCA akan menyerang balik sehabis habisnya. Kami sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan maruah MCA," kata Chai Kim Sen dalam kenyataannya.
Pemimpin pemuda MCA bangkit menyerang
Di samping itu, terdapat beberapa pemimpin pemuda MCA lain yang turut mengeluarkan kenyataan media untuk menyelar Ibrahim Ali, hari ini. Ketua Pasukan Pemuda Kebangsaan MCA, Yap Tian Hoi membidas Suara PERKASA kerana menggunakan propaganda 'kelas rendah' untuk mencungkil sentimen perkauman.
Ketua Biro kajian Strategik dan perancangan Pemuda MCA, Foo Seck Chyn pula membidas bahawa kesabaran kerajaan untuk membenarkan hujah perkauman ini berleluasa telah mencungkil kemarahan rakyat.
Naib Setiausaha Agung Pemuda MCA, Loh Chew June pula mendesak agar kerajaan memisahkan diri dari PERKASA, untuk membuktikan bahawa kerajaan mendukung semangat 1Malaysia, dan tidak bersekutu dengan pertubuhan yang ekstrem dan berkelas rendah ini.
"kenyataan kenyataan di atas dikeluarkan oleh pemimpin pemimpin Pemuda MCA ,diterjemahkan dan disunting oleh MerdekaReview.
Kenyataan Pemuda MCA ini dikeluarkan oleh Merdeka Review ,pada 1 Julai 2010