"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" KATA KATA KERAMAT, NAMUN APAKAH ERTINYA JIKA MELAYU HANYA TINGGAL NAMA DI TANAH AIRNYA SENDIRI..



"PERKASA PEMBELA BANGSA, BENTENG NEGARA, TANAH BERDAULAT"


(MOHON ADD FRIEND DI FACEBOOK: www.facebook/perkasanegerisembilan UNTUK INFO YG LEBIH AKTIF)
ADAT ORANG MANDI DI KOLAM,
TIDAK MANDI MEMBASUH MUKA,
ADAT ORANG BERTIKAM,
TIDAK MATI MERASA LUKA.

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita lupakan buat selama lamanya.Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai.Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah,maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu,amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman,hormat menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.
-Tunku Abdul Rahman,1969-
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TELAH DI LANCARKAN SECARA RASMI PADA 21 JUN 2009 PADA JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI OLEH YB DATUK IBRAHIM BIN ALI, PRESIDEN PERKASA MALAYSIA

Friday, January 29, 2010

NGO MELAYU MAKIN DAPAT KEPERCAYAAN


NGO Melayu makin dapat kepercayaan – Dr. M
Kemunculan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berteraskan kepentingan Melayu dan Islam kebelakangan ini membuktikan kaum itu kurang yakin dengan perjuangan parti-parti politik yang mewakili mereka.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, situasi itu juga menyebabkan sesetengah NGO tersebut dilihat semakin aktif dari semasa ke semasa.
Dengan mengambil contoh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), beliau berkata, NGO itu dilihat sebagai antara yang paling berpengaruh di kalangan masyarakat Melayu kerana prinsip perjuangannya.
”Ada di kalangan masyarakat Melayu merasakan UMNO tidak lagi berupaya mempertahankan (kepentingan) mereka, jadi kita lihat kemunculan NGO seperti Perkasa.
”Walaupun mereka (Perkasa) aktif, namun (sebenarnya) UMNO masih lebih berpengaruh daripada NGO-NGO ini,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ceramah pada program Bicara Perdana anjuran Perpustakaan Negara di sini hari ini.
Dr. Mahathir menjelaskan, perjuangan dan kepentingan bangsa Melayu perlu diutamakan kerana kaum itu merupakan kelompok majoriti di negara ini.
Sekiranya kepentingan Melayu tidak dijayakan, tegasnya, ia akan memberi kesan buruk kepada semua pihak di tanah air.
”Sekiranya perjuangan Melayu tidak dijayakan, maka perjuangan bangsa Malaysia juga tidak akan terlaksana,” ujarnya.
Terdahulu dalam ucapannya bertajuk ‘Sejarah Sebagai Gedung Pengalaman dan Khazanah Yang Bernilai’, Dr. Mahathir berkata, masyarakat serta pemimpin negara ini perlu sentiasa mengingati insiden-insiden yang telah dilalui.
Sebagai contoh, dalam sesuatu perjanjian dengan pihak luar, tegasnya, para pemimpin negara harus memastikan ia tidak merugikan tanah air.
”Janganlah dalam sesuatu perjanjian itu kita kerugian dan kerugian itu pula kekal sehingga akhirat,” tegasnya.

Wednesday, January 27, 2010

MASJID DI LEMPAR KEPALA BABI

Hari ini kita dikejutkan dengan satu lagi perbuatan biadap.2 buah masjid dilempar kepala babi(Rujuk utusan online-1.37p.m).Perbuatan biadap tersebut memberi mesej jelas bahawa memang ada pihak yang ingin mengeruhkan keadaan dan sudah pasti pihak tersebut mempunyai agenda.
Agenda paling jelas adalah mereka inginkan huru hara berlaku dan yang pasti mereka mahukan umat Melayu Islam melatah dan memulakan kekacauan. Apabila keadaan huru hara berlaku pasti ada pihak yang untung. Persoalannya siapakah dalangnya? kenapa mereka begitu berani melakukan provokasi? apakah keuntungan yang mereka dapat?
Sejarah membuktikan bahawa umat islam gemilang suatu masa dahulu melalui penaklukan dan peperangan. Sehingga musuh islam melabelkan ' Islam di tegakkan dengan mata pedang'. Namun sejarah juga telah membuktikan bahawa Islam berkembang dan cemerlang kerana umatnya yang teguh akidah.. Islam tidak pernah memulakan peperangan. Islam hanya berperang apabila umatnya di serang. Sejarah perang badar, perang khandak dan lain lain peperangan adalah siri perjuangan umat Islam mempertahankan hak dan akidah.
Islam adalah agama kedamaian seperti sehingga pengarah filem barat Ridley Scott memaparkan dalam filemnya Kingdom of Heaven. Sejarah membuktikan bahawa umat Islam adalah umat yang gemilang dan pasti akan memenangi peperangan apabila dipaksa musuhnya.
Harus diingatkan bahawa kita sebagai umat Melayu Islam adalah warisan dari umat terbilang dan pasti akan mempertahankan kepercayaan dan maruah kita. Namun kita juga adalah umat yang dikurniakan iman dan akal yang tinggi. Kita umat beradap dan berilmu. Kita tidak akan terperangkap dengan taktik dan umpan musuh kita. Kita perlu sentiasa bertenang dan bertawakal kepada Yang Maha Kuasa. Sentiasa berdoa di teguhkan iman .
Sebenarnya musuh kita yang sentiasa terlupa bahawa apabila umat Melayu Islam bangkit, KINGDOM OF HEAVEN adalah milik kita.
BERSATU,BERIMAN,BERTAWAKAL.

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PERKASA NEGERI SELANGOR PADA 30 JANUARI 2010

DI JEMPUT SEMUA UMAT MELAYU DAN PRIBUMI MALAYSIA KE MAJLIS PELANCARAN RASMI PERKASA PERINGKAT NEGERI SELANGOR;
TARIKH : 30HB JANUARI 2010
TEMPAT : DEWAN MPAJ,JALAN AU5 KERAMAT,HULU KELANG,SELANGOR
MASA : JAM 3.00 PETANG

MAJLIS PERASMIAN OLEH : TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

ISU ISU TERKINI UMAT MELAYU/PRIBUMI ISLAM

BERSAMA MEMPERKASAKAN AGENDA PRIBUMI !

TAKZIAH BUAT KELUARGA TUN GHAZALI SHAFIE

Monday, January 25, 2010

MAJLIS PELANCARAN PERKASA DI NEGERI PAHANG



Majlis pelancaran PERKASA peringkat Negeri Pahang hari ini telah selamat dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob di Dewan Tun Razak, Temerloh, Pahang. Maka pada hari ini PERKASA secara rasminya telah melebarkan sayap ke Negeri Pahang Darul Makmur bagi meneruskan agenda perjuangan.

TERIMA KASIH PAHANG

BIADAP!

Di saat umat Melayu masih bersedih diatas kehilangan Almarhum Tuanku Iskandar kita dikejutkan dengan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dalam laman Facebook dan blogs.
Langung tiada perasaan hormat kepada raja raja Melayu dan pemimpin Melayu. lebih lagi dalam keadaan yang amat baru dan masih berkabung. Perbuatan yang amat melukakan hati bukan sahaja kerabat DiRaja Johor tapi seluruh umat Melayu di negara ini.
Seharusnya perkara seperti ini di ambil tindakan tegas kerana ia boleh menggugat keselamatan negara apabila timbul perasaan benci pada sesuatu bangsa.
Sudah terlalu banyak perkara yang mengugat perasaan orang Melayu. Isu kalimah Allah masih belum reda. Lupakah kita pada pada seorang yang menghina negara kita melalui lagu Negarakuku? Nawawee.. kononnya atas nama kebebasan, mengkritik pihak keselamatan negara, menghina Agama Islam dengan menyamakan azan subuh seperti ayam berkokok, menghina wanita Islam yang bertudung. Apa tindakan kita kita? Memaafkan..? dan kemudian si namawee membuat video pula mengutuk TNB. apakah budaya ini? dari mana datangnya? Sesuka hati mengutuk, menghina tanpa mengira sensitiviti bangsa Melayu kita.
Budaya ini sama seperti yang diperkenalkan oleh seorang yang mendakwa pejuang rakyat, berdemostrasi di jalanraya. Namun hakikatnya memperjuangkan peribadi. Membakar perasaan rakyat untuk membenci kerajaan. Memecah belahkan umat Melayu, mengadaikan maruah bangsa asalkan matlamat peribadi tercapai.
Kenapakah semudah itu kita diperlakukan? Kita dihina di tanahair sendiri. Raja kita tidak dihormati. Agama kita dicabar kedaulatannya. siapakah mereka yang sungguh berani ini..?
Mereka ini adalah orang yang telah banyak kita beri kemudahan, yang telah banyak kita bertolak ansur, Kerana sifat lemah lembut dan sopan santun yang tidak bertempatlah kita jadi begini. Kita jadi begini kerana kita sendiri orang Melayu yang lebih suka berpecah sesama sendiri, Kita tidak bersatu dalam memperjuang dan mempertahan kan hak kita. Hak yang kita warisi dari nenek moyang kita, hak yang kita tidak pernah rampas dari sesiapa. Hak kita adalah hak sejati.
Sejarah telah membuktikan bahawa Empayar Melaka tumbang kerana dendam dan tamak haloba. Empayar Melaka juga tumbang kerana rakyatnya ' merasa selesa',. akhirnya musuh dalam selimut mengambil kesempatan di atas kelemahan itu. 400 tahun akhirnya bangsa Melayu dijajah. 400 tahun masa diambil untuk menebus kembali maruah, dan kini hanya baru 50 tahun kita merdeka, seolah kembali melupakan sejarah.
Kesatuan Melayu kembali rapuh dan pudar. Bukan setakat kesedaran kita perlukan tetapi kesedaran yang benar benar kita hayati dan fahami.
Kita leka kerana kita merasa selesa dan tidak peka. Usah disalahkan bangsa lain jika mereka berani meminta hak kita. Kerana mereka asalnya mendatang dan bersifat survival. Mereka kreatif untuk kelansungan hidup.Mereka kreatif untuk mengubah nasib bangsa mereka.
Namun apakah yang kita telah lakukan untuk survival dan kelangsungan hidup bangsa kita.?
Tepuk dada tanyalah hati...
PERLEMBAGAAN MENJAMIN KEHARMONIAN

TAHNIAH

PERKASA Negeri Sembilan mengucapkan tahniah kepada Tunku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di atas pemasyhuran baginda sebagai Sultan Johor.
Bukan sahaja rakyat Negeri Johor namun seluruh umat Melayu merasa amat berbangga di atas perlantikan Tuanku Sultan Ibrahim. Baginda memang terkenal dengan sikap mesra rakyat terutamanya dengan program Kembara Mahkota Johor. Cara baginda mendekati rakyat begitu terkesan terutamanya apabila satu satu program Kembara Mahkota di siarkan di Tv3 beberapa tahun dahulu.
Teringat semasa baginda jelajah dari pulau ke pulau di negeri Johor di mana seorang tua yang begitu terharu apabila dapat berjumpa dan bersalam dengan baginda sehingga menangis dan di waktu itu baginda memujuk orang tua tersebut dengan panggilan ' wak' dengan penuh mesra.
Sifat seorang raja Melayu yang penyayang benar benar terpancar dari air muka baginda di waktu itu. Ini lah dia seorang raja dan pemimpin Melayu yang perlu kita hormati dan sanjungi.
Sifat baginda perlu diteladani oleh setiap pemimpin Melayu. Jika semua pemimpin Melayu menteladani baginda dalam mendekati rakyat, sesungguhnya kitalah umat Melayu yang benar benar berbahagia di bumi bertuah ini.
DAULAT TUANKU !

Sunday, January 24, 2010

TAKZIAH

PERKASA Negeri Sembilan mengucapkan takziah kepada seluruh kerabat DiRaja Johor dan rakyat Negeri Johor atas kemangkatan Tuanku Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Sesungguhnya Umat Melayu kehilangan seorang lagi Raja yang berjiwa rakyat. Almarhum Tuanku adalah lambang sebenar raja raja melayu, seorang Raja yang tegas tapi penyanyang. Bukan sekadar rakyat Negeri Johor namun seluruh negara terasa kehilangan Almarhum Tuanku Sultan Iskandar.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.
ALFATIHAH.

Wednesday, January 20, 2010

NPL

Seperti yang dilaporkan akhbar bank negara kini telah mengeluarkan arahan kepada bank dan syarikat kewangan supaya NPL di pendekkan daripada 6 bulan kepada 3 bulan. Ini sebagai langkah supaya peminjam lebih berdisiplin dalam membayar balik balik pinjaman bank dan syarikat kewangan.
Persoalannya adakah ini akan membantu rakyat atau sekadar menguntungkan bank dan syarikat kewangan sahaja. Rakyat akan semakin sukar untuk meminjam dari institusi kewangan yang sah. Di saat rakyat masih terasa kesan kegawatan ekonomi global ke atas sistem kewangan negara, isu inflasi yang semakin meningkat, isu kenaikan harga barang, isu pinjaman dan keganasan ah long, kini bank negara pula mengeluarkan polisi untuk mengetatkan pinjaman.
Banyak golongan rakyat akan mengalami kesan dari polisi ini. Golongan rakyat bawahan dan usahawan pasti akan merasai kesan utama.
Isu NPL ( non perfoming loan) antara isu besar bagi syarikat kewangan namun kajian dari sudut lain sebab sebab ianya berlaku juga perlu diberi perhatian kerana ia akan memberi kesan kepada masyarakat.
Kemampuan peminjam untuk membayar pinjaman juga berlaku atas faktor semasa seperti suasana peniagaan yang tidak mengembang, beban kos yang bertambah,kadar inflasi yang naik dan juga faktor faktor lain.
Kepada golongan peniaga dan usahawan. Faktor kemelesetan ekonomi negara dan global adalah penyebab utama. Sewajarnya faktor ini diambil kira secara serius oleh pihak bank dan syarikat kewangan Peniaga yang kekurangan modal akan semakin sukar untuk meneruskan pusingan perniagaan.Hasilnya kemampuan membayar balik akan berkurang dan pinjaman semakin sukar di bayar.Golongan ini memang tahu bahawa pihak bank akan merujuk kepada sistem rekod ccriss, Ctos dan Fis sebelum meluluskan pinjaman, kegagalan mereka mengekalkan rekod pinjaman yang baik akan menggangu urusan pinjaman mereka yang akan datang. namun survival perniagaan di masa ini agak perit. Sekiranya pinjaman semakin sukar terutamanya untuk penambahan modal maka sudah pasti peniaga akan gulung tikar dan pinjaman akan menjadi hutang lapuk.
Sektor yang bergantung kepada pinjaman bank seperti automotif dan hartanah pasti akan merasa kesan yang besar.
Golongan pekerja yang diberhentikan, golongan pekerja kontrak swasta dan kerajaan akan terbeban. Dimasa suasana ekonomi yang kurang baik ini belum tentu kontrak mereka akan disambung, jadi bagaimana dengan pinjaman perumahan mereka, pinjaman sewa beli kenderaan mereka.? Pasti amat menyukarkan.
Sememangnya polisi ini mempunyai kebaikan kepada ekonomi negara namun perlaksanaanya perlu di kaji secara mendalam. Mungkin polisi ini boleh dilakukan pada jenis jenis pinjaman seperti kad kredit dan pinjaman peribadi yang lebih merupakan kepada ' faktor kehendak ' berbanding pinjaman seperti kenderaan, perumahan dan pendidikan iaitu yang berupa 'faktor keperluan'.
Apa yang ditakuti nanti 'Ah long' pula akan mengambil alih fungsi bank dan syarikat kewangan kerana adanya 'permintaan yang tinggi'.
Di harap kerajan lebih fokus kepada keperluan semasa rakyat untuk menjamin kesejahteraan hidup.



Thursday, January 14, 2010

ISLAMIK ATAU TIDAK?

Isu kalimah Allah amat sensitif pada umat Islam. Kenapa kalimah Allah ini perlu kita pertahankan dari di gunakan oleh orang bukan Islam ?
Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa adalah diharamkan empat perkataan iaitu Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat digunakan oleh orang bukan Islam. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke 82 pada 5 hingga 7 Mei tahun 2008 telah memutuskan bahwa Kalimah Allah adalah ekslusif dan khusus untuk umat Islam dan Agama Islam sahaja.
Bagi pihak Kristian Katolik mereka sepatutnya tahu bahawa pada mesyuarat kabinet Mei 1986 telah memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah,Kaabah, Baitullah dan solat adalah tidak dibenar digunakan oleh orang bukan Islam.
Warta penggunaan empat kalimah tersebut telah di keluarkan pada 5 Disember 1986 iaitu Warta PU (A) 15/82 dan juga Pekeliling KKDN S.59/3/6/A dimana kandungannya menyatakan bahawa ianya adalah khusus untuk umat Islam sahaja.
Penggunaan nama Allah bagi orang bukan Islam juga akan mengundang kekeliruan dikalangan umat Islam sendiri. Walaupun ada hujah yang mengatakan bahawa ia akan memudahkan dakwah pada bukan Islam tetapi ruang kemungkinan penyalahgunaannya adalah lebih besar lagi. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubatnya?
Pengertian ALLAH pada umat Islam adalah Allah itu Satu, tiada sekutu bagiNya
Umat Islam di Malaysia masih belum reda dengan isu murtad yang amat sensitif, Jika penggunaan nama Allah di benarkan maka akan bertambahlah isu yang menyentuh hati dan perasaan umat Islam di negara ini.
Sememangnya pihak The Herald sendiri sedar namun mungkin mereka sengaja mencuba. Namun kita pula jangan terlalu melenting sehingga melanggar undang undang. Kita perlu ambil pengajaran dan keinsafan bahawa ini semua adalah kerana kelemahan kita umat Islam yang tidak bersatu dan menjadikan kita lemah.
Kita membuat demostrasi untuk menyatakan bantahan kita, suara kita. Kita berdemo bukan kerana kita tidak Islamik tetapi kita mahu menunjukkan bahawa umat Islam di negara ini masih peka dan tunjukkan pada mereka bahawa umat Islam boleh bersatu. Demostrasi sepanjang isu kalimah Allah ini adalah satu rekod sejarah negara. Tiada satu pun insiden kekecohan berlaku. Umat Islam bersuara tetapi berhemah.
Tindakan membakar gereja dan merosakkan rumah ibadat agama lain adalah satu pengkhianatan pada pada undang undang dan agama. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Umar Al-Khattab r.a sendiri pernah mengeluarkan arahan supaya rumah ibadat bukan Islam dipelihara sewaktu menakluk Palestin. Sultan Salehudin Al Ayubi juga memberi masa selama 40 hari untuk orang kristian keluar dari Baitulmaqdis semasa penaklukan dalam perang salib.
Kita mengutuk mereka yang membakar gereja dan rumah ibadat bukan Islam.Jika benar tindakan itu dilakukan oleh orang Islam, maka orang Islam ini lah sebenarnya yang tidak Islamik. Bukannya umat Islam yang berdemostrasi secara aman.
Wallahuaklam.

Tuesday, January 12, 2010

WASIAT RAJA RAJA MELAYU

Pertama:
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).
Kedua:
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
Ketiga:
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
Keempat:
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
Kelima:
Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan.
Keenam:
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
Ketujuh:
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM- KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Monday, January 11, 2010

DEMOSTRASI PERKASA DI MASJID NEGERI PADA 8 JANUARI 2010

video

Yang Di Pertua Perkasa Negeri Sembilan Datuk Haji Mohd Nor Nordin menyampaikan ucapan penuh semangat pada demostrasi bantahan penggunaan nama Allah oleh Herald catholic Weekly. Demostrasi di sertai hampir 1000 jemaah yang turut memberi sokongan bagi menjaga kesucian Agama Islam.

AKHBAR SINAR HARIAN ( SABTU 9 JANUARI 2010)

Laporan dalam akhbar Sinar Harian Perkasa Ns bersama sama NGO Islam yang lain membantah penggunaan kalimah Allah Oleh Herald Catholic Weekly.

Saturday, January 9, 2010

MEMO BANTAHAN TENTANG PENGGUNAAN NAMA ALLAH TURUT DIHANTAR KEPADA PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN.











Memo bantahan tentang penggunaan nama Allah oleh Herald Catholic Weekly juga disampaikan oleh YDP Perkasa Negeri kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang juga selaku YAB Menteri Besar. Memorandum diterima oleh wakil YAB Menteri Besar di Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan.

PERKASA NS HANTAR MEMORANDUM BANTAHAN BERKENAAN ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH KEPADA TUANKU YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN.





Ahli ahli perkasa Negeri Sembilan di ketuai oleh YDP Perkasa Negeri Datuk Haji Mohd Nor Nordin dan Gabungan Pertubuhan NGO Islam Negeri Sembilan berkumpul di hadapan pintu masuk Istana Hinggap sebelum menyerahkan memorandum bantahan tentang isu penggunaan nama Allah oleh Herald Catholic Weekly.

Wednesday, January 6, 2010

DEMO BANTAHAN PADA 8 JANUARI 2010

Perkasa NSDK akan mengadakan demostrasi bantahan terhadap penggunaan nama Allah oleh Herald-The Catholic Weekly pada hari Jumaat ini bersamaan 8 Januari 2010 selepas solat jumaat bertempat di Perkarangan Masjid Negeri.

Selepas itu satu memorandum akan dihantar kepada YAB YDP Majlis Agama Islam Negeri Sembilan merangkap YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan juga kepada DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.
Demostrasi akan dijalan selepas solat jumaat dan disusuli dengan perarakan ke Istana Hinggap dan Pejabat Menteri Besar bagi menyampaikan memo bantahan tersebut.
Di jemput semua ahli ahli datang memberi sokongan dan disampaikan kepada sahabat sahabat Islam kita yang lain.
Mudah-mudahan ia akan menjadi saksi perjuangan kita dalam membela Agama Islam yang suci di muka bumi ini.
ISLAM PERLU BERSATU

PERIBUMI PERKASA NEGARA, NEGERI SEMBILAN

ASSALAMUALAIKUM..

Bermula pada hari ini Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara cawangan ( PERKASA)Negeri Sembilan akan memulakan blog sendiri sebagai satu cara untuk ahli ahli di Negeri Sembilan mendapat berita berita terkini dan bertukar tukar pandangan.

Blog ini diwujudkan hasil Mesyuarat Perkasa Negeri Sembilan malam tadi yang di pengerusikan oleh YDP Perkasa Negeri Sembilan iaitu Datuk Mohd Noor Nordin.

Sebarang cadangan atau pandangan boleh di emailkan pada : perkasa.ns@gmail.com



Salam Hormat.