"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" KATA KATA KERAMAT, NAMUN APAKAH ERTINYA JIKA MELAYU HANYA TINGGAL NAMA DI TANAH AIRNYA SENDIRI..



"PERKASA PEMBELA BANGSA, BENTENG NEGARA, TANAH BERDAULAT"


(MOHON ADD FRIEND DI FACEBOOK: www.facebook/perkasanegerisembilan UNTUK INFO YG LEBIH AKTIF)
ADAT ORANG MANDI DI KOLAM,
TIDAK MANDI MEMBASUH MUKA,
ADAT ORANG BERTIKAM,
TIDAK MATI MERASA LUKA.

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita lupakan buat selama lamanya.Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai.Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah,maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu,amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman,hormat menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.
-Tunku Abdul Rahman,1969-
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TELAH DI LANCARKAN SECARA RASMI PADA 21 JUN 2009 PADA JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI OLEH YB DATUK IBRAHIM BIN ALI, PRESIDEN PERKASA MALAYSIA

Saturday, March 6, 2010

PERLEMBAGAAN DAN HAK ASASI MELAYU

Tiada siapa pun yang dapat menafikan bahawa pada asalnya negara ini adalah sebuah negara orang Melayu dan merekalah yang menjadi bumiputeranya.Oleh sebab itulah Perlembagaan mesti mengadakan syarat syarat khas mengenai adat istiadat dan hak hak orang Melayu.
Syarat syarat ini yang terkandung dalam Perlembagaan Negara kita.Mestilah diingatkan bahawa Perlembagan negara kita ini telah digubal setelah mendapat kata sepakat daripada semua kaum kerana mereka memahami dan menyedari kedudukan istimewa orang Melayu. Oleh kerana orang Melayu cenderung kepada pemerintahan beraja, maka perlembagaan telah menentukan bahawa negara ini mestilah diperintah oleh seorang raja dan salah seorang sultan yang memerintah dipilih menjadi Yang Dipertuan Agong.
Bahkan perlembagaan juga telah menentukan perkara perkara yang lain bagi orang Melayu.Ia mengakui bahawa semasa Perlembagaan itu digubal dengan persetujuan semua pihak, setiap yang telah sedar dan menerima hakikat bahawa kedudukan ekonomi orang Melayu telah tertinggal kebelakang daripada kaum lain yang duduk dinegara ini. Hakikat ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Oleh itu, satu syarat khas telah dimasukkan untuk mengatasi kemunduran ekonomi orang Melayu.
Sesungguhnya, laporan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menyatakan "bahawa sebagai hasil daripada perjanjian perjanjian asal dengan negeri negeri Melayu yang ditegaskan dari semasa ke semasa, maka kedudukan istimewa orang Melayu ini SENTIASALAH DIAKUI dan pengakuan ini telah dinyatakan sekali lagi dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 (Sila ambil perhatian perkatan perkataan 'SENTIASALAH DIAKUI').
Selanjutnya,suruhanjaya itu menyatakan bahawa ketika itu terdapat empat perkara mengenai kedudukan istimewa orang Melayu yang diakui dan diberi perlindungan. Perkara perkara itu ialah:
1-Tanah simpanan orang Melayu dalam negara;
2-Peruntukan khas (kouta) untuk kemasukan ke dalam jawatan kerajaan;
3-Peruntukan khas (kouta)mengenai pengeluaran permit dan lesen untuk menjalankan sesetengah perniagaan seperti lesen lori dan kereta sewa;
4-Biasiswa ,samada yang merupakan bantuan sepenuhnya atau sebahagian serta berbagai lagi rupa bantuan yang lain untuk tujuan pelajaran.
Suruhanjaya itu menyatakan bahawa "orang Melayu akan menghadapi kedudukan yang sangat lemah berbanding dengan kaum lain sekiranya syarat syarat istimewa ini ditarik dengan tiba tiba". Mereka membuat perakuan supaya kedudukan yang terdapat pada waktu itu patutlah diteruskan untuk jangka masa yang panjang.
Dengan lain perkataan,ahli ahli suruhanjaya itu telah menyatakan bahawa keutamaan ekonomi bagi orang Melayu sangatlah perlu. Kesemua pendapat ini telah dimasukkan dalam Perlembagaan.

No comments: