"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" KATA KATA KERAMAT, NAMUN APAKAH ERTINYA JIKA MELAYU HANYA TINGGAL NAMA DI TANAH AIRNYA SENDIRI..



"PERKASA PEMBELA BANGSA, BENTENG NEGARA, TANAH BERDAULAT"


(MOHON ADD FRIEND DI FACEBOOK: www.facebook/perkasanegerisembilan UNTUK INFO YG LEBIH AKTIF)
ADAT ORANG MANDI DI KOLAM,
TIDAK MANDI MEMBASUH MUKA,
ADAT ORANG BERTIKAM,
TIDAK MATI MERASA LUKA.

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita lupakan buat selama lamanya.Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai.Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah,maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu,amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman,hormat menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.
-Tunku Abdul Rahman,1969-
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TELAH DI LANCARKAN SECARA RASMI PADA 21 JUN 2009 PADA JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI OLEH YB DATUK IBRAHIM BIN ALI, PRESIDEN PERKASA MALAYSIA

Tuesday, June 8, 2010

DULU THE 'IRON LADY' SEKARANG 'THE IRON KNEE LADY'

Dulu Rafidah terkenal sebab menteri wanita Melayu yang paling lantang,handal dan paling lama dalam kabinet. Orang kata Rafidah bijak,pakar ekonomi. Pegang jawatan Menteri perdagangan antarabangsa dan industri banyak penggal. Rafidah lah orang pertama yang menerpa pada Tun Mahathir semasa Tun umum nak bersara dalam Mesyuarat Agung Umno dulu.
Rafidah memang hebat sebab masa tu dia berfikir guna Otak dia yang duduk kat kepala. Tapi sekarang dia dah tak bijak sebab dia fikir guna' otak dia yang duduk kat lutut'.
Sebab tu dia boleh keluar dari 'otak lutut' dia kata kongres anjuran Majlis Perundingan Melayu baru baru ni bernilai dua sen. Dia rasa 'otak kat lutut ' dia lebih hebat dari otak 126 pemimpin NGO Melayu yang lain.
Sepatutnya dia tidak payahlah komen macam tu sekali. Kalau nak bagi pendapat atau tak menyokong pandangan orang Melayu sekalipun, janganlah samakan dengan nilai 2 sen.
Nilai 2 sen pada orang yang susah ada harga. Tapi pada Rafidah yang dah kaya kaya kaya raya memang tidak bernilai.
Dulu pegang ketua wanita umno banyak penggal. Terlalu syok duduk kat situ sama macam kawan dia Sammy vellu. Bezanya Sammy menang dalam pemilihan parti. Rafidah pulak kalah teruk. Sebab syok sangat. Buntut dah melekat kat kerusi tu. Di cabut orang dengan paksa dalam pemilihan baru panas buntut. Agaknya sekarang dia nak buat come back,. buat statement menyakitkan hati orang Melayu. Patutnya dia dah pencen..jaga cucu..tak payah lah nak menyakitkan hati orang lagi.. hidup pun kalau ikut adat dunia dah tak lama. Kalau tak nak perjuangan nasib sebangsa pun diam diam lah.. tapi jangan rendahkan martabat orang lain yang nak perjuangan bangsa yang sama dengan dia. MPM dan pemimpin dalam PERKASA buat semua ni untuk survival bangsa dan anak cucu cicit. Bukan untuk kepentingan diri.
Mungkin Rafidah ada personal matter dengan Dato Ibrahim Ali. Tapi jangan cakap macam tu sekali. Sekurang kurangnya Dato Ibrahim buat sesuatu untuk bangsanya. Walaupun tak jadi menteri. Umur Dato Ibrahim bukan muda lagi, tapi dia fikir untuk anak bangsanya. kubur kata mari, rumah kata pergi. Tapi jiwa perjuangan dia akan bawa sampai ke mati.
Manusia mati tinggalkan nama, tapi biarlah nama yang baik. Rafidah pernah cemerlang sebagai menteri, jangan sampai suatu hari bila hukum alam dah sampai, nama yang cemerlang itu terpadam dek kenyataan yang keluar dari 'otak yang duduk kat lutut'.

1 comment:

Irwan said...

Bila Rafidah buat remark sebegitu, kita patut dengan rendah diri mengatakan terima kasih kerana ada juga nilainya walaupun 2 sen, sebab kita ni sapa?

Kita takde kelayakan akademik dalam bisnes atau perniagaan (macam dia). Dan seperti saham, sesuatu idea atau usul baharu (yang datang dari orang taktau itu) hanya akan evolve bertambah baik, maka nilainya akan semakin bertambah. Melalui Nabi Muhammad S.A.W, kita perhatikan bahawa bila nak berubah, ilmu tu membantu dalam memperkemaskan perjuangan dan perjalanan, tetapi yang utama ialah semangat. Sebab itulah orang rajin (walau tak berilmu) akan berjaya. Sebab dia cuba, silap, belajar dan cuba lagi. Bukan macam orang bijak pandai macam saya yang banyak berpikir sebelum buat sesuatu sampai last-last tak buat apa-apa atau lost tentang apa yang sedang saya usahakan sebab dok asyik berpikir camana nak senangkan kerja.

Dan kita perlu tanya Rafidah lagi, bagaimana kita nak naikkan value 2 sen tadi supaya sama nilai macam idea-idea yang datang dari dia.
Ingat! Matlamat kita ialah persatuan Melayu dan ia takkan berhasil jika Melayu-Melayu yang dah kaya-raya tu, kita tentang. Salah kita kerana tak buat kerja kita dengan baik dan terlalai dek dipermainkan oleh setan dalam hati kita ni.

Tapi untuk penulis blog, ayat-ayat panas ni perlu untuk provok pembaca memberikan komen mereka supaya kita tau apa yang bermain di pikiran mereka, supaya kita dapat perkemaskan lagi kerja kita. Wallahualam