"KETUANAN MELAYU PERLU DIBAKUL SAMPAHKAN"
Siapa ketuanan Melayu itu yang dimaksudkan? Adakah setiap orang Melayu adalah tuan dan setiap yang bukan Melayu itu hamba? Apakah maksud disebalik kata kata presiden PKR tersebut?
Adakah beliau kini merasa menyesal dilahirkan sebagai seorang melayu di negara ini atau beliau merasa orang bukan Melayu di layan sebagai hamba di negara ini.
Semuanya adalah retorik Wan Azizah. Beliau adalah presiden parti yang menjadi boneka kepada penasihat parti. PKR adalah parti 'rebranding' Anwar Ibrahim. Skrip ucapan Wan Azizah juga adalah dari otak Anwar.
Sejarah politik Anwar panjang. Semenjak dari pemimpin pelajar sehingga menjadi Timbalan Perdana Menteri dan hanya menunggu masa untuk menjadi Perdana Menteri. Namun sifat rakus dan tidak sabar Anwar membawa beliau jauh dari "impian" yang hanya menunggu masa untuk menjadi hak miliknya.
Kini sekali lagi Anwar menunjukkan sifat rakusnya. Tidak sabar untuk menakluk Putrajaya. Kali ini mengumpan undi dengan idea 'menghapuskan ketuanan Melayu". Suatu perkara yang gah dilaungkan Anwar semasa menjadi TPM.
PKR bermain api. Untung nasib dapat membakar musuh hingga jadi arang, namun jika gagal pasti akan dipadamkan hingga tinggal dalam sekam.
Hapuskan ketuanan Melayu bermakna hapuskan kedaultan Raja raja Melayu. Tukar pemerintahan Raja berparlimen kepada pemerintahan republik.
Inilah masanya bangsa Melayu yang sayangkan bangsanya bangkit dan sedar bahawa musuh sebenar bangsa Melayu adalah dari kalangan bangsa Melayu sendiri.
Generasi akan datang pasti akan 'meludah' kita sekiranya kita tidak menentang pengkhianat bangsa Melayu ini.
"Ketuanan Melayu adalah ketuanan Islam"
Bukankah raja raja Melayu adalah Ketua Agama Islam di negara ini?
Jadi bermakna menghapuskan ketuanan Melayu adalah menghapuskan ketuanan Islam.
'DAULAT TUANKU'
No comments:
Post a Comment