PERKASA telah berjaya menjalankan Mesyuarat Agung Yang Pertama kali pada 27 Mac yang lalu dengan penuh gemilang dihadiri oleh 10,000 orang di Dewan Tun Razak 1, PWTC. Perhimpunan kali ini menandakan kebangkitan umat Melayu dan Pribumi dalam mempertahankan agenda Melayu dan bumiputra seiring dengan institusi dan pertubuhan Melayu yang lain.
Usul usul berkenaan pendidikan, ekonomi,keselamatan dan agama telah berjaya dibahas dan diluluskan oleh perwakilan dengan sebulat suara.
Berapa biro telah diwujudkan termasuk biro undang undang yang akan di anggotai oleh jawatankuasa seramai 10 orang dari kalangan profesional khususnya pengamal undang undang dan pakar dalam bidang undang undang seperti pertubuhan, keluarga,perdagangan termasuk islamic banking dan hartanah yang kesemuanya bertujuan memberi pandangan untuk memperkasakan orang Melayu dan pribumi dalam berbagai bidang terutamanya perdagangan tempatan dan antarabangsa. Penubuhan jawantankuasa undang undang juga adalah untuk memperkasakan penerapan nilai nilai perundangan Islam.
Di kesempatan ini kami menjemput mana mana pengamal undang undang atau mana mana akademi undang undang untuk meanggotai jawatankuasa tersebut.
Selain dari fungsi jawantankuasa untuk mempertahankan PERKASA dalam apa jua isu yg melibatkan perundangan, Jawatankuasa juga berfungsi untuk mengkaji mana mana undang undang yang sedia ada dan perlu di buat pindaan yang sewajarnya bagi manfaat umat Melayu dan pribumi sejajar dengan peruntukan Perlembagaan negara. Jawatankuasa ini juga akan bergerak seiring dengan apa jua persatuan perundangan lain seperti Persatuan Peguam Muslim, Persatuan Peguam Syarie,Kumpulan Pembela Peguam Syarie atau pun mana mana jawatankuasa undang undang pertubuhan lain yang sealiran dengan matlamat utama PERKASA iaitu memartabatkan perjuangan dan mempertahankan hak orang Melayu dan bumiputra.
Kepada sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan sekretariat PERKASA pusat atau pun boleh emailkan kepada dauddaros@yahoo.com ( Untuk Perhatian : Dato Haji Hamzah - Pengerusi Biro Undang undang PERKASA).
Sila nyatakan bersama biodata tuan/puan secara ringkas.
No comments:
Post a Comment