"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" KATA KATA KERAMAT, NAMUN APAKAH ERTINYA JIKA MELAYU HANYA TINGGAL NAMA DI TANAH AIRNYA SENDIRI..



"PERKASA PEMBELA BANGSA, BENTENG NEGARA, TANAH BERDAULAT"


(MOHON ADD FRIEND DI FACEBOOK: www.facebook/perkasanegerisembilan UNTUK INFO YG LEBIH AKTIF)
ADAT ORANG MANDI DI KOLAM,
TIDAK MANDI MEMBASUH MUKA,
ADAT ORANG BERTIKAM,
TIDAK MATI MERASA LUKA.

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita lupakan buat selama lamanya.Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai.Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah,maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu,amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman,hormat menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.
-Tunku Abdul Rahman,1969-
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TELAH DI LANCARKAN SECARA RASMI PADA 21 JUN 2009 PADA JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI OLEH YB DATUK IBRAHIM BIN ALI, PRESIDEN PERKASA MALAYSIA

Thursday, March 11, 2010

SERANGAN WAKTU SUBUH

Terdapat kecenderungan ramai untuk melihat tindakan tindakan Dr Mahathir dari sudut politik semasa,kepentingan UMNO,Barisan Nasional atau dirinya sendiri tanpa memberikan perhatian kepada latar belakang asalnya sebagai pejuang kemerdekaan negara yang terus didorong oleh sentimen antikolonialisme dan komitmennya untuk menghapuskan sisa sisa penjajah dan pemikiran kolonial.
Komitmen itu menyebabkan beliau sanggup menghadapi risiko dari dalam dan luar negara dan menimbulkan kebimbangan dalam negara terhadap reaksi balas kuasa kuasa besar dan bekas penjajah. Kontroversi dan kekecohan telah berbangkit mengenainya.
Hal ini telah dilihat dalam tindakan beliau mengambil alih korporat korporat besar Inggeris,menuntut kembali Carcosa yang dihadiahkan kepada kerajaan British,mempersoalkan tindak tanduk badan kehakiman negara,mengecam dengan keras dasar perlindungan Barat dan Amerika serta mendekatkan Malaysia dengan Dunia Ketiga.
Hanya kira kira dua bulan setelah menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir telah mengemparkan Britain dengan tindakan mengambil alih Guthrie Corporation menerusi 'Serangan waktu Subuh' di London Stock Exchange (LSE) oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) pada 7 September 1981.
Sebelum itu Guthrie yang memiliki kira kira 200,000 ekar ladang getah,kelapa sawit dan koko dikuasai sepenuhnya oleh British.
Serangan waktu subuh ini mengembalikan kuasa milik ladang itu kepada rakyat Malaysia dan dengan itu menyelamatkan beratus juta ringgit wang Malaysia daripada mengalir ke tangan para pemegang saham luar.
Tindakan itu menyebabkan kerajaan British bertindak serta merta menukarkan peraturan mengambil alih syarikat di London Stock Exchange. Sejak itu syarikat atau orang perseorangan yang bertujuan berbuat demikian dikehendaki memberi notis terlebih dahulu.
-petikan dari 'Mahathir di sebalik tabir'-

No comments: