"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" KATA KATA KERAMAT, NAMUN APAKAH ERTINYA JIKA MELAYU HANYA TINGGAL NAMA DI TANAH AIRNYA SENDIRI..



"PERKASA PEMBELA BANGSA, BENTENG NEGARA, TANAH BERDAULAT"


(MOHON ADD FRIEND DI FACEBOOK: www.facebook/perkasanegerisembilan UNTUK INFO YG LEBIH AKTIF)
ADAT ORANG MANDI DI KOLAM,
TIDAK MANDI MEMBASUH MUKA,
ADAT ORANG BERTIKAM,
TIDAK MATI MERASA LUKA.

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita lupakan buat selama lamanya.Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai.Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah,maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu,amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman,hormat menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.
-Tunku Abdul Rahman,1969-
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TELAH DI LANCARKAN SECARA RASMI PADA 21 JUN 2009 PADA JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI OLEH YB DATUK IBRAHIM BIN ALI, PRESIDEN PERKASA MALAYSIA

Monday, March 22, 2010

SETAHUN JAGUNG.....KESIAN KAT 'DIA'

Kalau bayi umur setahun lebih memang seronok di ajak bermain.Baru pandai senyum apabila di agah, kalau kepenatan pulang dari kerja tengok keletah mereka hilang rasa penat.
Itu kalau bayi, namun PERKASA pun umpama bayi yang baru lahir. Masih banyak kekurangan diri, banyak lagi yang perlu dibaiki. Iyalah, baru setahun jagung., 27 Mac ini baru AGM pertama akan diadakan.
Marah,seronok,kelakar dan bangga pun ada sejak kebelakangan ini apabila mengenangkan PERKASA. Apabila baca harakahdaily,baca malaysiakini banyak isu tentang PERKASA timbul. Termasuklah akbar macam The Sun dan saya percaya banyak juga blog blog lain yang ulas tentang PERKASA.
Macam macam ada. Ada yang suka, ada yang marah. Nampaknya walaupun baru setahun jagung PERKASA telah mewarnai dunia politik negara dengan berbagai warna.
Pihak yang takut pada perpaduan orang Melayu hentam PERKASA. Macam macam tuduhan dilemparkan. Lim kit Siang kata perkasa syaitan. Pedulikanlah dengan Lim Kit Siang sebab 'syaitan memang tengok semua orang macam dia'.
Tapi ada juga mahkluk yang dakwa dia ni 'I Am Malay Too' yang marah PERKASA. Katanya fakta dan perjuangan PERKASA menakutkan orang Melayu.
Iyalah, macamana dia tak marah sebab Presiden PERKASA tak ikut jejak langkah dia. Masa pilihanraya hilang entah kemana, habis pilihanraya dapat jadi menteri. Lagipun diakan peguam berkaliber, pembela institusi kehakiman. dapat claim untuk bekas bekas hakim berjuta juta. Sebab fakta dan perjuangan dia yang 'original'.
Siapalah 'dia' nak dibandingkan dengan Presiden PERKASA. Bertanding Pilihanraya pun atas tiket tumpang
Dakwanya penuh bergaya, 'bukan jawatan yang dicari'. Sebab itu walaupun menteri dia sanggup letak jawatan, ramai orang nak 'dia'. Biasalah, orang hipokrit ni senang diterima, sebab berpura pura memang kerja dia.
Kesian dengan 'dia'. belajar tinggi tapi pendirian entah kemana...

No comments: