"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" KATA KATA KERAMAT, NAMUN APAKAH ERTINYA JIKA MELAYU HANYA TINGGAL NAMA DI TANAH AIRNYA SENDIRI..



"PERKASA PEMBELA BANGSA, BENTENG NEGARA, TANAH BERDAULAT"


(MOHON ADD FRIEND DI FACEBOOK: www.facebook/perkasanegerisembilan UNTUK INFO YG LEBIH AKTIF)
ADAT ORANG MANDI DI KOLAM,
TIDAK MANDI MEMBASUH MUKA,
ADAT ORANG BERTIKAM,
TIDAK MATI MERASA LUKA.

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita lupakan buat selama lamanya.Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai.Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah,maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu,amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman,hormat menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.
-Tunku Abdul Rahman,1969-
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TELAH DI LANCARKAN SECARA RASMI PADA 21 JUN 2009 PADA JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI OLEH YB DATUK IBRAHIM BIN ALI, PRESIDEN PERKASA MALAYSIA

Wednesday, March 17, 2010

MELAYU! CUKUP LAH...

"Dah 53 tahun merdeka, apa yang di sibukkan dengan ketuanan Melayu. Melayu memang dah jadi tuan pun,bukan ke Agong tu orang Melayu. raja raja Melayu masih ada, kenapa nak sibuk sangat tentang hak? orang lain tak ada hak? India,Cina pun warganegara jugak, India Cina pun bangsa Malaysia jugak.India, Cina pun menyumbang pada pembangunan Malaysia, malah lebih banyak dari orang Melayu. dah 53 tahun tak kisah pun orang Melayu dapat kontrak kerajaan, dapat keistimewaan macam macam, di panggil bumiputra. Ada diskaun 10% kalau beli rumah, ada bumi lot. India Cina bayar lebih kalau beli rumah, kami banyak yang tak dapat biasiswa kerajaan, sekolah kami tak dapat bantuan, orang Melayu memang tamak haloba. patutlah susah maju!"
---------------------------------------
"Memang kami sibuk cakap pasal hak! sebab ada dan wujudnya orang orang yang macam kamu!
Ilmu ada tapi letak kat lutut. buta hati, buta mata buta Sejarah. Malaysia wujud kerana adanya Perlembagaan. Perlembagaan itu bukan buku tepi jalan, Perlembagaan tu menjamin kestabilan negara. Bukan soal 53 tahun dah merdeka tapi soalnya kerana adanya Perlembagaan negara Malaysia negara ini mencapai kemerdekaan. Sebenarnya bukan orang Melayu yang sibuk mempertahankan hak, orang bukan Melayu dan bumiputra yang sibuk gilakan hak orang bumiputra.Bukan orang Melayu yang tamak haloba, tapi sebaliknya.Dalam Perlembagaan Malaysia semua dah ada. Ikut sajalah.habis cerita, aman negara."

No comments: