"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" KATA KATA KERAMAT, NAMUN APAKAH ERTINYA JIKA MELAYU HANYA TINGGAL NAMA DI TANAH AIRNYA SENDIRI..



"PERKASA PEMBELA BANGSA, BENTENG NEGARA, TANAH BERDAULAT"


(MOHON ADD FRIEND DI FACEBOOK: www.facebook/perkasanegerisembilan UNTUK INFO YG LEBIH AKTIF)
ADAT ORANG MANDI DI KOLAM,
TIDAK MANDI MEMBASUH MUKA,
ADAT ORANG BERTIKAM,
TIDAK MATI MERASA LUKA.

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita lupakan buat selama lamanya.Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai.Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah,maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu,amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman,hormat menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.
-Tunku Abdul Rahman,1969-
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TELAH DI LANCARKAN SECARA RASMI PADA 21 JUN 2009 PADA JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI OLEH YB DATUK IBRAHIM BIN ALI, PRESIDEN PERKASA MALAYSIA

Monday, March 1, 2010

KERA DIHUTAN DI SUSUKAN...

Selaras dengan kemajuan yang telah kita capai selama 53 tahun kemerdekaan, ekonomi negara bergerak maju dan taraf sosial rakyat juga meningkat. Namun bersama kemajuan dan perkembangan ini apakah kaum pribumi sudah berpuas hati dengan pencapaian setakat ini. Mereka yang mendatang telah memonopoli kekayaan negara bertuah ini dengan bergerak jauh meninggalkan kita dalam ranking kejayaan ekonomi.
Nama nama tokoh korporat seperti Robert Kwok si raja gula, YTL group, Ananda Krisnan dan lain lain lagi tidak perlu di perkenalkan. Mengapakah mereka begitu jauh meninggalkan kaum Melayu dan bumiputra dalam ranking ekonomi?
Apakah dasar DEB yang diperkenalkan berpuluh tahun dahulu tidak mampu meletakkan bumiputra dalam ranking teratas.? Nama nama di atas lahir di zaman DEB, walaupun mereka bukan bumiputra.
Di akhir akhir ini timbul isu oleh golongan bukan bumiputra supaya DEB dimansuhkan. Segala bantuan atau subsidi kerajaan kepada bumiputra ingin dimansuhkan dan digantikan dengan sistem terbuka kepada semua kaum. Isu ini ditimbulkan oleh orang berjaya kerana bantuan kerajaan walaupun mereka bukan bumiputra. Mereka menjadi kaya dan membina empayar hasil monopoli yag di berikan kerajaan seperti AP gula, Perjanjian membekal tenaga elektrik (IPP) kepada TNB yang berat sebelah dan monopoli rangkaian penyiaran berbayar, Kini selepas mereka berjaya dengan 'tongkat kerajaan Melayu' mereka pula menyalak meminta hak yang kerajaan berikan kepada kaum pribumi yang sememangnya berhak mendapat hak mereka.
Bukan setakat itu yang kerajaan Melayu berikan kepada bukan Bumiputra, sumber kekayaan lain seperti kawasan balak, pasir sungai dan lain lain sumber alam juga diberikan. Apakah dengan pemberian ini mereka akan bersyukur dan setia pada negara ini?
Apakah jaminan mereka tidak akan bongkak pada pribumi yang sepatutnya lebih berhak.
Cukuplah bagi tongkat pada mereka kerana hak pribumi ini semakin terhakis, Hutan belantara akan susut, tanah tanah semakin sempit, pasir pasir semakin hilang. Cukuplah 'susukan kera di hutan kerana anak dirumah dah hampir mati kehausan'.
Apakah pribumi ini tidak mampu menguruskan hasil mahsul tanah air?
Adakah jaminan setelah khazanah bumi ini semakin hilang kerajaan Melayu ini masih dipanggil tuan?
Berilah peluang yang lebih luas pula pada anak pribumi ini menikmati hasil tanah bertuah ini.
Pastikanlah bahawa pribumi bukan sekadar 'sleeping partner' apabila ada syarikat pribumi memohon hasil mahsul untuk dikerjakan.
Namun hakikat sebenarnya masih ramai pribumi yang sanggup menjual maruah diri untuk keuntungan peribadi. Semangat manusia yang tiada jatidiri.
Umpama rangkap lagu;
Nenek moyang kaya raya,
tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesama lah kita,
Bumi dipijak milik orang....

No comments: