"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" KATA KATA KERAMAT, NAMUN APAKAH ERTINYA JIKA MELAYU HANYA TINGGAL NAMA DI TANAH AIRNYA SENDIRI..



"PERKASA PEMBELA BANGSA, BENTENG NEGARA, TANAH BERDAULAT"


(MOHON ADD FRIEND DI FACEBOOK: www.facebook/perkasanegerisembilan UNTUK INFO YG LEBIH AKTIF)
ADAT ORANG MANDI DI KOLAM,
TIDAK MANDI MEMBASUH MUKA,
ADAT ORANG BERTIKAM,
TIDAK MATI MERASA LUKA.

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita lupakan buat selama lamanya.Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai.Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah,maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu,amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman,hormat menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.
-Tunku Abdul Rahman,1969-
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TELAH DI LANCARKAN SECARA RASMI PADA 21 JUN 2009 PADA JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI OLEH YB DATUK IBRAHIM BIN ALI, PRESIDEN PERKASA MALAYSIA

Tuesday, March 9, 2010

ORANG MELAYU KAYA...?

"Saya tak mahu orang Melayu terlalu mempersoalkan orang Melayu yang telah menjadi kaya.Kenapa kita tidak mempersoalkan orang bukan Melayu yang telah menjadi kaya?"
Pertama sekali kita harus menerima kenyataan beberapa orang Melayu yang menjadi kaya sekarang berasal daripada orang miskin dan tentulah mereka juga telah menghadapi keadaan yang sama seperti orang yang masih bersusah payah untuk menjadi kaya. Yang susah ialah dalam peringkat miskin untuk menjadi kaya tetapi apabila kaya,mudah untuk mendapat pinjaman wang bank dan sebagainya.
Saya tidak nampak dalam negara kita orang Melayu yang berusaha untuk menjadi kaya benar benar tertekan,malah bukti bukti menunjukkan bahwa beberapa orang yang dahulunya miskin telah menjadi kaya,tapi kalau dibandingkan dengan orang bukan Melayu, sebenarnya kekayaan orang Melayu itu tidaklah seberapa sangat.
Memanglah kita tidak dapat mengkayakan semua orang sekaligus.Pada peringkat awal kita hanya nampak seorang dua sahaja tetapi saya sama sekali tidak bersetuju apabila seorang dua Melayu menjadi kaya maka timbullah macam macam tuduhan dan membuat kesimpulan bahawa setiap orang kaya Melayu mesti menipu dan jahat.
Kita mestilah membuat keputusan sama ada kita mahukan kepada kekayaan ataupu kita mahu pada kemiskinan."
Kalau kita tidak sanggup melihat kekayaan orang Melayu maka kita mestilah sanggup untuk menjadi miskin dan kalau kita mahu melihat orang Melayu kaya, maka kita janganlah mempersoalkan sangat tentang seorang dua orang Melayu yang menjadi kaya.
Kita selalu menyalahkan orang lain. Ini adalah sifat kita yang salah.Kita harus membetulkan kesilapan kita dan kita tak boleh mengharapkan orang lain membetulkan kesilapan kita.
Kita tak boleh mencapai sesuatu dengan cara yang senang dan singkat, masuk dalam perniagaan dan terus mahu menjadi kaya,masuk dalam politik terus mahu jadi menteri atau kedudukan penting dalam parti dan apabila kita tidak dapat terus membusukkan orang itu dan orang ini yang hanya kelulusan sekolah Melayu jadi menteri ,tak layak dan sebagainya.
Tapi mereka lupa bagaimana orang yang berkelulusan rendah ini sejak awal lagi telah bekerja keras dan telah mengorbankan segala kepentingan mereka.
Saya sendiri menjadi menteri sesudah lebih 30 tahun berjuang dalam politik.
-Tun Mahathir-
Utusan Malaysia,11 Jun 1978

No comments: