"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" KATA KATA KERAMAT, NAMUN APAKAH ERTINYA JIKA MELAYU HANYA TINGGAL NAMA DI TANAH AIRNYA SENDIRI..



"PERKASA PEMBELA BANGSA, BENTENG NEGARA, TANAH BERDAULAT"


(MOHON ADD FRIEND DI FACEBOOK: www.facebook/perkasanegerisembilan UNTUK INFO YG LEBIH AKTIF)
ADAT ORANG MANDI DI KOLAM,
TIDAK MANDI MEMBASUH MUKA,
ADAT ORANG BERTIKAM,
TIDAK MATI MERASA LUKA.

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita lupakan buat selama lamanya.Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai.Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah,maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu,amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman,hormat menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.
-Tunku Abdul Rahman,1969-
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TELAH DI LANCARKAN SECARA RASMI PADA 21 JUN 2009 PADA JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI OLEH YB DATUK IBRAHIM BIN ALI, PRESIDEN PERKASA MALAYSIA

Thursday, November 11, 2010

Bersama mencari persamaan.

Menjelang Aidiladha marilah kita memulakan satu amalan pengorbanan..bukan pengorbanan binatang korban sahaja tetapi korbankan jiwa demi perjuangan kesatuan bangsa.
Survival bangsa di tangan kita. Samada kita tetap teguh dan ego fahaman masing2 atau ketepikan fahaman politik demi mencari titik persamaan yang akan menyatukan bangsa Melayu dari seluruh rumpun..
Setelah lebih 400 tahun dijajah adakah kita ingin kembali dijajah semula dalam bentuk penjajahan baru yang kini melanda seluruh dunia? jawapan terletak pada setiap diri kita. tanyalah diri dan jawablah dengan jujur..
Fenomena politik negara kita menjurus kearah pra penjajahan semula. Semua kita sedar namun setakat mana kesedaran itu mempengaruhi tindakan kita.
Siapa ingin menjajah kita?
banyak pihak..pihak yang melihat sumber kuasa, pihak yang tidak pernah puas dan tidak cukup dengan apa yang ada. Pihak yang inginkan kuasa untuk mengawal kita..
Apa yang ada pada kita yang mereka inginkan?
banyak yang ada pada kita...kita pernah menguasai perdagangan laut,empayar yang luas,peradaban yang tinggi..
Mereka ingin kuasai kita kerana teori 'sejarah itu pasti berulang'. Bermakna kebarangkalian Melayu mengulangi sejarah adalah tinggi. Hanya selepas 30 tahun merdeka, kita mempunyai tokoh hebat iaitu Tun Mahathir, arkitek ekonomi sehebat Tun Dr Ismail. Lihat kembali peristiwa " serangan waktu subuh' kita pada bursa London ( pernah di tulis dalam blog ini).
Kita kini mempunyai syarikat petrolium bertaraf dunia, telah berenang melepasi selat inggeris, menawan puncak tertinggi dunia, mempunyai litar lumba bertaraf antarabangsa, mencipta inovasi dalam bidang sains dan pendidikan.
Semua itu kejayaan bangsa Malaysia namun sebenarnya di pacu oleh pemimpin Melayu.
Itu semua adalah benih benih yang akan mengulangi keperadaban tamadun Melayu di muka bumi ini.
Memanglah bangsa Malaysia itu satu dan ialah yang mewujudkan kemajuan Malaysia dewasa ini, namun apa yang perlu kita perlu kekalkan adalah teraju bangsa Malaysia itu adalah bangsa Melayu.
Untuk mengekalkannya kita perlu berkorban sedikit ego dalam diri terutama perkara yang boleh memecahbelahkan bangsa Melayu.
Bersamalah kita mencari persamaan kerana persamaan adalah benih pertemuan yang akan mewujudkan ketahanan dan kejayaan bangsa Melayu.
semoga ia akan menjadikan harapan kita yang menjadi realiti.
salam hormat

No comments: