"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" KATA KATA KERAMAT, NAMUN APAKAH ERTINYA JIKA MELAYU HANYA TINGGAL NAMA DI TANAH AIRNYA SENDIRI..



"PERKASA PEMBELA BANGSA, BENTENG NEGARA, TANAH BERDAULAT"


(MOHON ADD FRIEND DI FACEBOOK: www.facebook/perkasanegerisembilan UNTUK INFO YG LEBIH AKTIF)
ADAT ORANG MANDI DI KOLAM,
TIDAK MANDI MEMBASUH MUKA,
ADAT ORANG BERTIKAM,
TIDAK MATI MERASA LUKA.

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita lupakan buat selama lamanya.Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai.Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah,maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu,amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman,hormat menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.
-Tunku Abdul Rahman,1969-
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TELAH DI LANCARKAN SECARA RASMI PADA 21 JUN 2009 PADA JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI OLEH YB DATUK IBRAHIM BIN ALI, PRESIDEN PERKASA MALAYSIA

Monday, November 15, 2010

PERKASA NS MINTA MENTERI PERTAHANAN TEGAS

Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi membentangkan jawapan di Parlimen berkenaan jumlah orang bukan Melayu yang menganggotai ATM, serta jawapan beliau bahawa golongan bukan Melayu kurang menyertai ATM adalah kerana 'kurang patriotik'.

Semenjak itu lah DS Zahid dihentam oleh MCA dan Gerakan dan juga ahli parlimen pembangkang dan menuduh beliau mempertikaikan kesetiaan orang bukan Melayu kepada negara.

Kenyataan Menteri tersebut terasa amat pedih dan pahit untuk diterima oleh mereka. Seolah olah Menteri memperkecilkan sumbangan orang Cina dan India kepada negara.

Kenapa MCA dan gerakan tiba tiba emosional ?

Adakah mereka terasa seperti mereka tidak dihargai oleh kerajaan? Namun itulah hakikatnya walaupun pahit untuk di telan. Perkara ini bukan perkara baru namun telah berlaku sejak merdeka lagi. Kenyataan Menteri tersebut adalah fakta berdasarkan statistik kementerian Pertahanan.

Apakah usaha yang dijalankan oleh MCA dan gerakan selama ini untuk menambahkan bilangan orang bukan Melayu dalam ATM.? Sebenarnya mereka sedar perkara tersebut namun apabila menteri memberi kenyataan mereka melenting tiba tiba. Ataupun mereka terkejut bila sebab itu menunjukkan mereka tak buat kerja.
Dari segi patriotisme, kenapa bila kerajaan cadangkan sekolah satu aliran mereka menentang dan mempertahankan sekolah berbagai aliran kononnya sekolah satu aliran akan menghapuskan nilai budaya mereka. Mereka sedar sebenarnya hasrat kerajaan adalah untuk memupuk perpaduan sejak kanak kanak di bangku sekolah dan seterusnya boleh mewujudkan semangat cintakan negara. Tidakkah itu menunnjukkan mereka sebenarnya 'kurang patriotik?'
Seharusnya MCA dan Gerakan tidak melenting dan menuduh Menteri Pertahanan mempertikaikan semangat patriotik bukan melayu, tetapi mereka seharusnya kena muhasabah diri, atas semangat Barisan Nasional perlu sama sama mencari penyelesaian, atau mungkin ada sesuatu mereka nak demand? Wallahuaklam..

No comments: