"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" KATA KATA KERAMAT, NAMUN APAKAH ERTINYA JIKA MELAYU HANYA TINGGAL NAMA DI TANAH AIRNYA SENDIRI..



"PERKASA PEMBELA BANGSA, BENTENG NEGARA, TANAH BERDAULAT"


(MOHON ADD FRIEND DI FACEBOOK: www.facebook/perkasanegerisembilan UNTUK INFO YG LEBIH AKTIF)
ADAT ORANG MANDI DI KOLAM,
TIDAK MANDI MEMBASUH MUKA,
ADAT ORANG BERTIKAM,
TIDAK MATI MERASA LUKA.

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita lupakan buat selama lamanya.Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai.Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah,maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu,amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman,hormat menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.
-Tunku Abdul Rahman,1969-
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TELAH DI LANCARKAN SECARA RASMI PADA 21 JUN 2009 PADA JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI OLEH YB DATUK IBRAHIM BIN ALI, PRESIDEN PERKASA MALAYSIA

Monday, May 31, 2010

Suatu di bangku sekolah saya merasa amat teruja apabila mendengar nama Anwar Ibrahim. Seorang pemimpin yang amat gah namanya. Keperibadian islamiknya menarik minat untuk mengenali pemimpin ini dengan lebih mendalam. Inilah pemimpin Melayu sejati yang akan membawa sinar gemilang kepada negara dan agama.
tahun 1993 saya berpeluang mengikuti mengikuti kursus BTN di gunung raya, Langkawi. Banyak ditimba, namun perkara yang paling banyak ditonjolkan adalah kepimpinan Anwar Ibrahim yang ketika itu TPM. Antara yang paling di ingati adalah teori Dr Malek Bennabi, bahwa islam itu akan bangkit dari timur. dan apa yang ditonjolkan seolah olah Malaysia lah negara dari timur tersebut DAN pemimpin kebangkitan tersebut itu adalah ANWAR!
Pada krisis mahathir -Anwar dan pemecatan sebagai TPM, saya terikut dengan rasa marah dan semangat berkobar kobar menentang penganiayan terhadap Anwar. Namun sepatah jawapan dari arwah Ayah membuatkan saya terhenti niat seketika. Katanya :"kita orang Melayu kena setia pada ketua dan parti kita. Mahathir itu ketua kita dikala ini. Taatlah kita padanya. pasti ada yang tersirat disebaliknya". Di waktu itu saya merasakan bahawa itu pendapat itu tidak menghairankan saya kerana arwah bapa memang jati semangat Melayu pada dirinya, beliau sangat hormat dan setia pada Raja Melayu.
Namun, kata kata "pasti ada yang tersirat disebaliknya" membuat saya berfikir sangat dalam.
Kini segalanya semakin nyata. Mungkin Anwar salah seorang pemimpin yang bermimpi di alam nyata. Merasakan beliaulah penyelamat umat. Beliaulah dalam teori ulamak terbilang. Tidak mustahil lah beliau kini yang tersepit sanggup menghalalkan apa saja cara untuk mencapai matlamat. Sanggup jual bangsa, jual agama.
Jadi apa beza Anwar dengan pemimpin yang dianggap pengikutnya "akan kembali memimpin dunia"?
Marilah berjejak ke bumi nyata..Dunia ini hanya seketika..

1 comment:

Irwan said...

Masa saya kat U dulu pun, Anwar ni macam hero kitorang. Tapi bukan sebab karisma, kebijaksanaan atau anak dia yang satu kolej dengan kitorang. Tapi sebab sindrom "Manchester United". "Kami sokong apa saja yang lawan Manchester". Pada masa tu, trend politik budak-budak IPT ialah anti-Mahathir.Pandai-pandai pulak tu. Bila dah pandai, biase ar, memandai-mandai.


Secara peribadi, saya tak suka perjuangan PKR yang bersekongkol dengan DAP. Saya tahu, Anwar sedar akan fakta bahawa pengundi non-Malay lebih ramai dari pengundi Melayu. Dari segi lojik dan strategi, saya mengerti kenapa gabungan itu perlu (demi survival). Tapi impak perbuatan ini kepada orang Melayu amatlah besar sebab pada masa yang sama, kebangkitan pemahaman Islam juga semakin meningkat. Dan kita tau, orang Melayu akan tetap kembali kepada agama (bila tersepit). Melayu sederhana lah. Melayu kaya dan kenyang tak pedulik sumer benda ni. Dan Melayu sederhana ni semakin bertambah bilangannya sejak kegawatan ekonomi baru-baru ni. Hahaha. Peluang tuuuu...

Perjuangan politik bukanlah macam menguruskan projek atau bisnes di mana kita menganggap manusia sekadar sekelompok plot dalam graf. Manusia ni dinamik. Kena sentiasa pantau apa yang bermain dibenak mereka untuk mengekalkan penguasaan kita terhadap mereka (ketika kita memerlukan). Anwar ada kelebihan. Najib ada kelebihan. Mahathir ada kelebihan. TG Nik Aziz ada kelebihan. Tapi kekurangan kita sebagai manusia biasa telah memerangkapkan kita melalui
pertuturan dan perbuatan kita.
Ingat! Musuh yang nyata bukanlah saudara kita yang berdiri di depan kita ni. Musuh kita ialah setan dalam hati kita sendiri! Wallahu alam