"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" KATA KATA KERAMAT, NAMUN APAKAH ERTINYA JIKA MELAYU HANYA TINGGAL NAMA DI TANAH AIRNYA SENDIRI..



"PERKASA PEMBELA BANGSA, BENTENG NEGARA, TANAH BERDAULAT"


(MOHON ADD FRIEND DI FACEBOOK: www.facebook/perkasanegerisembilan UNTUK INFO YG LEBIH AKTIF)
ADAT ORANG MANDI DI KOLAM,
TIDAK MANDI MEMBASUH MUKA,
ADAT ORANG BERTIKAM,
TIDAK MATI MERASA LUKA.

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita lupakan buat selama lamanya.Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai.Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah,maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu,amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman,hormat menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.
-Tunku Abdul Rahman,1969-
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TELAH DI LANCARKAN SECARA RASMI PADA 21 JUN 2009 PADA JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI OLEH YB DATUK IBRAHIM BIN ALI, PRESIDEN PERKASA MALAYSIA

Wednesday, May 5, 2010


YDP Perkasa NS, Datuk Noor Nordin diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan di Majlis Perlantikan Pengurus DPP Partai Golkar Kota Padang Periode 2010-2015.Beliau menyampaikan ucapan penghargaan kepada atas layanan istimewa yang diberikan.Lebih lebih lagi persahabatan beliau dengan Pengurus DPP Partai Golkar yang baru Pak Wahyu dan Wakil Gabenor Sumbar Pak Aristo serta barisan kepimpinan senior Partai Golkar,Kota Padang. Beliau mengenang kembali sejarah persahabatan mereka yang telah terjalin lebih dari 20 tahun dan banyak peristiwa pahit manis telah mereka lalui bersama. Beliau menyeru agar generasi muda kini terus menjalinkan persahabatan atas dasar Melayu serumpun walaupun dari 2 negara yang berbeza. Juga atas ikatan agama Islam yang mengukuhkan lagi persahabatan tersebut. Hubungan Negeri Sembilan dan daerah Sumatera Barat amat unik kerana mempunyai budaya yang sama iaitu Minangkabau.
Di harapkan dengan terjalinnya kerjasama erat ini akan mewujudkan lebih banyak lagi kerjasama Melayu serumpun untuk meningkatkan lagi martabat bangsa Melayu dan agama Islam. Umat Melayu perlu bersatu walau di mana saja berada.
Negeri Sembilan dan Kota Padang seumpama sama ayah cuma berlainan ibu. Cubit paha kiri, paha kanan terasa.
TERIMA KASIH KOTA PADANG!

1 comment:

Irwan said...

Dah mesyuarat-mesyuarat tu, apa plan tindakan kita selepas ni? Kongsilah.

Kami sibuk dengan survival kami setiap hujung bulan dan tak dapat join mesyuarat PERKASA untuk update semua benda ni. Korang pun bukan taktau ragam kitorang. Buatlah sesuatu. Melayu kan kena selalu suap. Dah mak ayah ajar
sejak dari kecik camtu...Hahahaha...
Lagi satu, YDP PERKASA pergi Indon, bagus. Saya cadangkan agar review lawatan itu lebih memfokuskan tentang apa yang kita belajar, kat mana kita sekarang, mana kita nak pergi ni, camana nak sampai ke sana dan apa yang kita nak buat bila dah sampai. Walaupun kita datang atas jemputan, menyelam sambil minum airlah...Setakat cerita Datuk jumpa dia, salam dia, baik hantar budak SPM jer review lawatan. Buang masa. Baik pergi melawat orang sakit kat GH. Dapat gak pahala dan ahli baru.