"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" KATA KATA KERAMAT, NAMUN APAKAH ERTINYA JIKA MELAYU HANYA TINGGAL NAMA DI TANAH AIRNYA SENDIRI..



"PERKASA PEMBELA BANGSA, BENTENG NEGARA, TANAH BERDAULAT"


(MOHON ADD FRIEND DI FACEBOOK: www.facebook/perkasanegerisembilan UNTUK INFO YG LEBIH AKTIF)
ADAT ORANG MANDI DI KOLAM,
TIDAK MANDI MEMBASUH MUKA,
ADAT ORANG BERTIKAM,
TIDAK MATI MERASA LUKA.

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita lupakan buat selama lamanya.Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai.Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah,maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu,amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman,hormat menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.
-Tunku Abdul Rahman,1969-
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TELAH DI LANCARKAN SECARA RASMI PADA 21 JUN 2009 PADA JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI OLEH YB DATUK IBRAHIM BIN ALI, PRESIDEN PERKASA MALAYSIA

Thursday, May 13, 2010

TERBANG TINGGI DI LAUT BIRU. CABARAN DAN KEJAYAAN MASYARAKAT MELAYU SEJAGAT-1

Penghijrahan dan migrasi sudah menjadi suatu yang lumrah dikalangan manusia. Manusia berhijrah dari satu tempat ke satu tempat,baik di dalam negeri mahupun merantau ke luar negara. Berbagai faktor mendorong kepada penghijrahan. Antaranya termasuklah soal ekonomi,politik,agama dan sosial.Nabi Muhammad SAW juga berhijrah dari Makkah ke Madinah dalam mengembangkan agama Islam sehingga berupaya menyinarkan kesucian Islam di mercu yang tertinggi.Begitu juga dengan dengan minoriti Melayu Islam kini tersebar di merata dunia mencari rezeki dan membentuk kerjaya. Seperti kata kata keramat 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia' yang terpancar daripada lagenda Melayu, Dato Laksamana Hang Tuah yang hidup pada zaman Kesultanan Sultan Mansor Shah (TM 1459-1472),kalimat tersirat ini mempunyai makna yang mendalam dengan memperlihatkan keperkasaan bangsa Melayu mampu hidup di mana mana jua.
Pada zahirnya tebaran masyarakat Melayu kini meluas ke seantero dunia,umpama sebiji kelapa yang terdampar di tepi pantai dibawa arus ombak dan kemudiannya hidup subur menjadi sepohon kelapa yang menghasilkan buah yang lebat dengan dedaun menghijau menaungi kawasan sekitarnya. Seperti amalan masyarakat Melayu Minang yang merantau ke luar negeri, ikrarnya tidak akan pulang ke halaman asal selagi tidak beroleh kejayaan.
Sungguhpun kelompok Melayu terbesar begitu sinonim denagan Indonesia, Brunei dan Malaysia,tetapi suatu masa dahulu bangsa Melayu pernah mengemudi pemerintahan di Singapura,Champa,Patani (Selatan Thailand) disamping menegakkan Kesultanan Sulu (Selatan Filipina). Pada abad ke 15 memang tidak dapat dinafikan keagungan dan kemuncak Kesultanan Melayu Melaka telah menarik minat para pedagang asing di seluruh dunia untuk singgah di Pelabuhan Melaka dan selepas itu kota kota Melayu yang dibangunkan oleh kerajaan kerajaan Melayu seperti Riau-Lingga, Kerajaan Aceh dan Patani dan sekaligus menjemput kuasa kuasa Eropah untuk menganggotai kerajaan Melayu di Asia Tenggara.
Bersambung...
(Kertas kerja yang dibentangkan pada Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu ke -2, pada 7-14 Oktober 2002 di Beijing China oleh Dato Dr Haji Hamzah Bin Mohd Kassim,Phd)

No comments: