"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" KATA KATA KERAMAT, NAMUN APAKAH ERTINYA JIKA MELAYU HANYA TINGGAL NAMA DI TANAH AIRNYA SENDIRI..



"PERKASA PEMBELA BANGSA, BENTENG NEGARA, TANAH BERDAULAT"


(MOHON ADD FRIEND DI FACEBOOK: www.facebook/perkasanegerisembilan UNTUK INFO YG LEBIH AKTIF)
ADAT ORANG MANDI DI KOLAM,
TIDAK MANDI MEMBASUH MUKA,
ADAT ORANG BERTIKAM,
TIDAK MATI MERASA LUKA.

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita lupakan buat selama lamanya.Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai.Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah,maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu,amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman,hormat menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.
-Tunku Abdul Rahman,1969-
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TELAH DI LANCARKAN SECARA RASMI PADA 21 JUN 2009 PADA JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI OLEH YB DATUK IBRAHIM BIN ALI, PRESIDEN PERKASA MALAYSIA

Thursday, July 15, 2010

Nazri Aziz kata ahli Umno menolak Perkasa kerana perjuangan Perkasa tidak selari dengan konsep 1Malaysia yang dibawa oleh PM. Nazri juga berkata perjuangan Perkasa tidak disokong oleh keseluruhan orang Melayu. Di bercakap seolah olah bercakap mewakili ahli Umno keseluruhannya. Persoalannya..layak ke Nazri Aziz bercakap begitu?
Adakah dia faham dasar asas perjuangan Perkasa?
Adakah dia sedar kenapa Perkasa wujud?
Adakah kenyataan Nazri dianggap mewakili keseluruhan ahli umno?
Asas perjuangan Perkasa adalah mempertahankan hak dan keistimewaan bumiputra seperti yang telah TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA..
* Nazri Aziz menteri yang bertanggungjawab berkenaan urusan Parlimen-seharusnya dia faham dan jelas apa yang terkandung dalam Perlembagaan negara.



(Mungkin disini dia sebenarnya tidak berapa faham tentang perlembagaan negara sebab itu dia tidak memahami asas perjuangan Perkasa. Tidak mustahillah BN pernah hampir terlingkup apabila sidang dewan tidak cukup korum suatu masa dulu. Kalau dia mahir dengan perlembagaan dan urusan parlimen perkara seperti itu tidak akan berlaku. Jelas dia memang tidak layak memegang jawatan menteri lebih lebih lagi urusan parlimen yang amat penting).



Perkasa wujud kerana ruang kosong yang sepatutnya di perjuangkan oleh parti yang menjaga kepentingan melayu. namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. bukan parti tersebut yang mengkhianati perjuangan tapi beberapa kerat pemimpin didalamnya yang mengkhianati perjuangan parti dan orang Melayu. Adakah Nazri Aziz salah seorang darinya? fikirlah sendiri...
Ahli ahli Perkasa terdiri hampir 50 peratus daripada ahli Umno. Kenapa mereka beralih kepada Perkasa? Perkasa sebuah NGO yang tidak mungkin dapat mengugat mana mana parti politik. Perkasa tidak boleh bertanding dalam PRU. Kalau perkasa dikatakan bukan keseluruhan suara orang Melayu,itu lumrah. Lagipun Perkasa baru berusia setahun jagung..
Adakah layak Nazri berkata bahwa Umno menolak Perkasa? Siapa Nazri untuk bercakap seolah olah mewakili keseluruhan ahli Umno.?
Adakah Nazri menang majoriti 100 peratus dam pilihanraya yang lalu.? Sudah tentu tidak..
Kemenangan Nazri dalam Pru bukan 100 peratus. Jadi layak ke Nazri bercakap seolah olah mewakili keseluruhan suara ahli ahli Umno?
Memang betul kata Datuk Ibrahim Ali. Umno kena tolak orang macam Nazri kalau mahu survival Umno terus hidup. Tak salah untuk buang satu kudis untuk menyelamatkan satu badan.

Nazri hanya satu individu dalam Umno, sedangkan Umno itu untuk perjuangan Melayu.

Kalau Nazri tidak perlukan Perkasa, Perkasa pun tidak perlukan Nazri. Ramai orang Melayu di luar sana yang berharap kepada Perkasa. Perjuangan Perkasa bukan untuk Umno atau mana mana pemimpin Umno, tetapi untuk orang Melayu dan Pribumi.

"Biarkanlah Nazri Aziz terjun bersama labu labunya"

Tuesday, July 13, 2010

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA MBNS

Perkasa Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Dato Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan di atas kesudian beliau menerima kunjungan hormat AJK Perkasa NS pada 7 Julai yang lalu.
Kunjungan itu memberi kesempatan kepada pihak Perkasa NS menyampaikan matlamat dan hala tuju Perkasa NS kepada YAB MBNS.
Semoga dengan kunjungan ini akan memudahkan lagi perjuangan Perkasa NS dalam memperjuangkan agenda Melayu khususnya di Negeri Sembilan.
Terima Kasih.

LAPORAN POLIS OLEH PERKASA NS TERHADAP KENYATAAN PEMIMPIN MCA DALAM MERDEKA REVIEW

Berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin pemimpin Pemuda MCA yang disiarkan dalam Merdeka Review keluaran 1 Julai 2010 yang lalu Perkasa NS telah membuat laporan polis terhadap Pemuda MCA di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Seremban 2 pada 9 Julai pada jam 11.00 pagi.
Perkasa NS merasakan bahawa kenyataan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pemuda MCA itu berniat buruk kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia khususnya kepada kepimpinan Perkasa. Kenyataan tersebut juga berupa suatu ugutan kepada Perkasa dan tuduhan bahawa Perkasa adalah sebuah pertubuhan ekstremis adalah salah dan berniat jahat.
Perkasa NS juga merasakan bahawa kenyataan tersebut juga berunsur hasutan dengan menggunakan bahasa yang melampau.
Sehubungan dengan itu juga Perkasa NS menolak dakwaan bahawa Perkasa cuba mencungkil isu sensitif dan perkauman.
(Rujuk kenyataan oleh pemimpin Pemuda MCA seperti yang di tulis dibawah)

Monday, July 12, 2010

Pemuda MCA selar PERKASA: Ekstremis Celaka Ini patut ditahan ISA!

Jikalau PERKASA mahu Wee Ka Siong dipenjarakan kerana kenyataan Pemuda MCA yang membela keadilan,maka ekstremis yang celaka ini patut dipenjarakan di bawah ISA," kata Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng.
Demikianlah kemarahan daripada Pemuda MCA,berikutan laporan edisi sulung Suara Perkasa yang bertajuk 'Tahan Wee Ka Siong bawah ISA'. Beberapa orang pemimpin Pemuda MCA tampil mempertahankan ketua-nya, masing masing menyasarkan serangan terhadap Presiden PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia), Ibrahim Ali.
Antaranya,Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng menganggap Wee Ka Siong tidak bersalah,malah memberi amaran " jangan hina maruah Pemuda MCA!" kerana Pemuda MCA tidak akan bertolak ansur dengan provokasi biadap ini.
Malah,Pemuda Wilayah Persekutuan MCA mendesak agar kerajaan menyatakan sikapnya untuk mengasingkan diri daripada tindakan Ibrahim Ali yang biadap,mencelarukan sentimen perkauman dan mencungkil saraf sensitif. Untuk Pemuda Wilayah Persekutuan MCA yang sanggup jadi benteng Wee Ka Siong, seanainya kerajaan berdiam diri dalam isu ini,maka ia adalah penghinaan terhadap MCA sebagai parti komponen kedua terbesar dalam BN.
Oleh itu Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA mahu Kementerian Dalam Negeri melucutkan permit penerbitan PERKASA, sebagai amaran kepada kenyataannya yang ekstrem,malah berharap penjual mengambil anisiatif untuk memboikot akbar ini,demi menjaga keamanan negara.
Akta hasutan terhadap PERKASA dan Ibrahim Ali
Selain itu ,Setiausaha Agung Pemuda MCA,Chai Kim Sen turut menggesa agar polis menangkap Ibrahim Ali dan mengambil tindakan terhadap Suara perkasa, dengan menggunakan Akta Hasutan 1948.
"Artikel dalam suara Perkasa yang mengesa untuk menangkap Wee Ka Siong dengan ISA ini telah mencungkil kemarahan Pemuda MCA. Seandainya kerajaan berpeluk tubuh dalam isu ini, Pemuda MCA akan menyerang balik sehabis habisnya. Kami sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan maruah MCA," kata Chai Kim Sen dalam kenyataannya.
Pemimpin pemuda MCA bangkit menyerang
Di samping itu, terdapat beberapa pemimpin pemuda MCA lain yang turut mengeluarkan kenyataan media untuk menyelar Ibrahim Ali, hari ini. Ketua Pasukan Pemuda Kebangsaan MCA, Yap Tian Hoi membidas Suara PERKASA kerana menggunakan propaganda 'kelas rendah' untuk mencungkil sentimen perkauman.
Ketua Biro kajian Strategik dan perancangan Pemuda MCA, Foo Seck Chyn pula membidas bahawa kesabaran kerajaan untuk membenarkan hujah perkauman ini berleluasa telah mencungkil kemarahan rakyat.
Naib Setiausaha Agung Pemuda MCA, Loh Chew June pula mendesak agar kerajaan memisahkan diri dari PERKASA, untuk membuktikan bahawa kerajaan mendukung semangat 1Malaysia, dan tidak bersekutu dengan pertubuhan yang ekstrem dan berkelas rendah ini.
"kenyataan kenyataan di atas dikeluarkan oleh pemimpin pemimpin Pemuda MCA ,diterjemahkan dan disunting oleh MerdekaReview.
Kenyataan Pemuda MCA ini dikeluarkan oleh Merdeka Review ,pada 1 Julai 2010

Thursday, June 24, 2010

WEE KAA SIONG

Kalau pemimpin bukan Melayu buat kenyataan mempertikaikan biasiswa oleh MARA memanglah itu kerja dia. Memang mereka tidak boleh dipercayai tidak kiralah yang duduk dalam kerajaan ataupun tidak.
Kenyataan Wee Kah Siong contoh jelas memang selama ini mereka tidak senang dengan kedudukan orang Melayu walaupun mulut mereka berkata 'tidak ada masalah'. Mereka sering berpura pura bahawa segalanya baik bila berhadapan dan berurusan dengan kita namun hakikat di hati adalah sebaliknya. Sememangnya mereka opurtunis dalam segala hal. Baik dalam perniagaan ataupun dalam berpolitik.
Soal biasiswa pada pelajar amat penting kerana ia akan menentukan kesinambungan dan keupayaan seseorang itu memperolehi pendidikan yang berkualiti terutamanya kepada mereka yang tidak mampu. Kos kos pengajian semakin tinggi seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi. Ditambahkan lagi dengan suasana ekonomi dunia yang menyebabkan inflasi dan kesannya kepada kos sara hidup.
Kesan biasiswa ini amat penting kerana ia telah melahirkan ramai golongan terpelajar yang akhirnya memacu ekonomi bangsa dan negara, jadi sememangnyalah biasiswa MARA kepada pelajar bumiputra tidak peru dipertikaikan oleh mana mana pihak.
Samada kita sedar atau tidak biasiswa bukan sahaja di berikan oleh Mara atau JPA sahaja, namun terdapat banyak biasiswa yang di berikan oleh syarikat swasta gergasi seperti gamuda,sunway dan banyak lagi syarikat syarikat lain. Namun adakah kita selama ini mengkaji berapa peratuskah syarikat syarikat ini memberikan biasiswa ini kepada pelajar pelajar Melayu . Kenapa tidak pernah dikaji dan dipertikaikan oleh pejuang pejuang MCA,MIC, PPP dan parti parti politik serta Ngo Ngo Cina? Peratusannya amat rendah namun itulah hakikatnya.
Apa yang diperlihatkan kepada umum bahawa pembahagian biasiswa adalah tidak seimbang di antara kaum. Hakikatnya sedar atau tidak bahawa syarikat syarikat besar ini berjaya dan berkembang hasil dari bantuan kerajaan dan pemimpin pemimpin Melayu.
Syarikat syarikat ini memperolehi tender dan kontrak yang besar dari kerajaan. Namun adakah mereka sedia memberikankan kouta biasiswa yang besar kepada orang Melayu? Ini menunjukkan bahwa mereka tidak pernah ikhlas.
Konsep BN selama ini memang baik namun parti komponen BN seperti MCA,Gerakan dan lain lainlah yang mensabotaj secara diam. Bajet bajet di salurkan kepada parti komponen, namun mereka membahagikan sesama kroni di dalam parti mereka dan akhirnya orang Cina dan India marah kepada kerajaan dan akhirnya dinyatakan dalam undi mereka. Parti komponen BN lah yang sebenarnya mensabotaj BN. Akhirnya orang Melayu juga yang rugi. BN yang dipengerusikan Umno dikatakan tidak membela rakyat secara total.
Kini apabila biasiswa Mara dipertikaikan oleh ketua pemuda MCA, kita juga perlu mempersoalkan syarikat syarikat besar yang berjaya hasil bantuan kerajaan namun tidak pernah membantu orang Melayu melalui syarikat syarikat mereka. Mereka juga perlu adil dalam soal biasiswa kerana mereka 'hidup' sebab kerajaan Melayu yang memberi peluang mereka 'hidup'.
Wee Kah Siong memang tidak layak duduk dalam kerajaan kalau tidak bersetuju dengan dasar kerajaan.

MESYUARAT AJK KALI 4/10




Saturday, June 19, 2010

WORLD CUP DAN BERJALAN..LESEN JUDI?

Sudah hampir dua minggu World Cup berjalan. Dalam Tv, dalam suratkhabar polis buat operasi benteras judi haram..
Judi halal apa cerita? Lesen judi apa keputusannya? batal atau teruskan?
Diamkan isu, tutup dengan cerita lain. Tak lama lagi world cup pun habis.. senyap lah isu..
Tapi jangan lupa, rakyat menilainya. suatu hari PRU 13 akan bagi jawapannya.
TIADA ISTILAH JUDI HALAL DALAM ISLAM.. YANG HARAM TETAP HARAM..
HUKUM ALLAH TETAP HUKUM..
TIADA MANUSIA YANG LAYAK MENGUBAHNYA...

NAZRI vs PERKASA+MELAYU

Apa masalah si Nazri tu dengan PERKASA. Selalu je ada kenyataan dia yang marah dan anti PERKASA. Mungkin dia ingat Perkasa ni tak sehebat dia yang dah bertahun jadi menteri. Dia ingat Perkasa tak boleh bertahan kalau tak ada Tun Mahathir. Kalau kita perasan, sejak Tun bersara dan kadang kadang bersuara bagi pendapat yang berbeza dengan Pak Lah, si nazri lah yang selalu komen negatif, seperti ada dendam peribadi dia dengan Tun M. Masa Tun jadi Pm dulu pun dia dah jadi menteri. tak ada pulak komen dia yang menentang Tun M waktu tu.
Nampak sangat nazri ni kaki bodek, memang tak layak jadi pemimpin orang Melayu. sejarah pembodek akan jatuhkan bangsa. Seperti sejarah Hang Tuah yang difitnah oleh si pembodek. semata mata kerana dendam dan kuasa.
Apa asas teori yang nazri kata Perkasa tidak boleh hidup tanpa sokongan Tun M? Perkasa ini suara beribu ribu orang Melayu dan pribumi. Lebih ramai dari jumlah pengundi Nazri dalam kawasan parlimen dia ( bukan semua dalam parlimen yang nazri bertanding undi dia).
Perkasa akan tetap hidup selagi ada manusia yang berbangsa Melayu di bumi Malaysia ini. Perkasa bukan berbicara tentang seorang individu tetapi survival bangsa dan agama.
Tun Mahathir salah seorang pemimpin Melayu yang menyokong perjuangan Perkasa (sebab Tun M berjiwa Melayu sejati yang sayangkan bangsa). Walaupun tanpa Tun M,Perkasa tetap akan wujud kerana kerana jiwa seperti Tun M berada dalam diri setiap pemimpin dan ahli Perkasa di seluruh negara.
Semakin banyak Nazri bersuara anti Perkasa, semakin cepat karier politik Nazri akan berkubur....
Takut benar dia pada PERKASA.
APA SEBABNYA :) ????

Monday, June 14, 2010

TAKZIAH BUAT KELUARGA USTAZ HASSAN SHUKRI

PERKASA NS mengucapkan takziah kepada keluarga Ustaz Hassan Shukri, bekas Timbalan Presiden PAS yang telah kembali ke rahmatullah di Hospital Selayang siang tadi. Wajarlah kita menghadiahkan Al Fatihah kepada roh beliau walau apapun fahaman politik kita. Beliau seorang pemimpin Melayu yang berjiwa besar dan sudah pastilah banyak berbakti dan menyumbang kepada dunia politik tanahair.
Semoga roh beliau ditempatkan bersama para auliya dan solihin.
Amin..
AL FATIHAH.

Tuesday, June 8, 2010

DULU THE 'IRON LADY' SEKARANG 'THE IRON KNEE LADY'

Dulu Rafidah terkenal sebab menteri wanita Melayu yang paling lantang,handal dan paling lama dalam kabinet. Orang kata Rafidah bijak,pakar ekonomi. Pegang jawatan Menteri perdagangan antarabangsa dan industri banyak penggal. Rafidah lah orang pertama yang menerpa pada Tun Mahathir semasa Tun umum nak bersara dalam Mesyuarat Agung Umno dulu.
Rafidah memang hebat sebab masa tu dia berfikir guna Otak dia yang duduk kat kepala. Tapi sekarang dia dah tak bijak sebab dia fikir guna' otak dia yang duduk kat lutut'.
Sebab tu dia boleh keluar dari 'otak lutut' dia kata kongres anjuran Majlis Perundingan Melayu baru baru ni bernilai dua sen. Dia rasa 'otak kat lutut ' dia lebih hebat dari otak 126 pemimpin NGO Melayu yang lain.
Sepatutnya dia tidak payahlah komen macam tu sekali. Kalau nak bagi pendapat atau tak menyokong pandangan orang Melayu sekalipun, janganlah samakan dengan nilai 2 sen.
Nilai 2 sen pada orang yang susah ada harga. Tapi pada Rafidah yang dah kaya kaya kaya raya memang tidak bernilai.
Dulu pegang ketua wanita umno banyak penggal. Terlalu syok duduk kat situ sama macam kawan dia Sammy vellu. Bezanya Sammy menang dalam pemilihan parti. Rafidah pulak kalah teruk. Sebab syok sangat. Buntut dah melekat kat kerusi tu. Di cabut orang dengan paksa dalam pemilihan baru panas buntut. Agaknya sekarang dia nak buat come back,. buat statement menyakitkan hati orang Melayu. Patutnya dia dah pencen..jaga cucu..tak payah lah nak menyakitkan hati orang lagi.. hidup pun kalau ikut adat dunia dah tak lama. Kalau tak nak perjuangan nasib sebangsa pun diam diam lah.. tapi jangan rendahkan martabat orang lain yang nak perjuangan bangsa yang sama dengan dia. MPM dan pemimpin dalam PERKASA buat semua ni untuk survival bangsa dan anak cucu cicit. Bukan untuk kepentingan diri.
Mungkin Rafidah ada personal matter dengan Dato Ibrahim Ali. Tapi jangan cakap macam tu sekali. Sekurang kurangnya Dato Ibrahim buat sesuatu untuk bangsanya. Walaupun tak jadi menteri. Umur Dato Ibrahim bukan muda lagi, tapi dia fikir untuk anak bangsanya. kubur kata mari, rumah kata pergi. Tapi jiwa perjuangan dia akan bawa sampai ke mati.
Manusia mati tinggalkan nama, tapi biarlah nama yang baik. Rafidah pernah cemerlang sebagai menteri, jangan sampai suatu hari bila hukum alam dah sampai, nama yang cemerlang itu terpadam dek kenyataan yang keluar dari 'otak yang duduk kat lutut'.

Monday, May 31, 2010

Suatu di bangku sekolah saya merasa amat teruja apabila mendengar nama Anwar Ibrahim. Seorang pemimpin yang amat gah namanya. Keperibadian islamiknya menarik minat untuk mengenali pemimpin ini dengan lebih mendalam. Inilah pemimpin Melayu sejati yang akan membawa sinar gemilang kepada negara dan agama.
tahun 1993 saya berpeluang mengikuti mengikuti kursus BTN di gunung raya, Langkawi. Banyak ditimba, namun perkara yang paling banyak ditonjolkan adalah kepimpinan Anwar Ibrahim yang ketika itu TPM. Antara yang paling di ingati adalah teori Dr Malek Bennabi, bahwa islam itu akan bangkit dari timur. dan apa yang ditonjolkan seolah olah Malaysia lah negara dari timur tersebut DAN pemimpin kebangkitan tersebut itu adalah ANWAR!
Pada krisis mahathir -Anwar dan pemecatan sebagai TPM, saya terikut dengan rasa marah dan semangat berkobar kobar menentang penganiayan terhadap Anwar. Namun sepatah jawapan dari arwah Ayah membuatkan saya terhenti niat seketika. Katanya :"kita orang Melayu kena setia pada ketua dan parti kita. Mahathir itu ketua kita dikala ini. Taatlah kita padanya. pasti ada yang tersirat disebaliknya". Di waktu itu saya merasakan bahawa itu pendapat itu tidak menghairankan saya kerana arwah bapa memang jati semangat Melayu pada dirinya, beliau sangat hormat dan setia pada Raja Melayu.
Namun, kata kata "pasti ada yang tersirat disebaliknya" membuat saya berfikir sangat dalam.
Kini segalanya semakin nyata. Mungkin Anwar salah seorang pemimpin yang bermimpi di alam nyata. Merasakan beliaulah penyelamat umat. Beliaulah dalam teori ulamak terbilang. Tidak mustahil lah beliau kini yang tersepit sanggup menghalalkan apa saja cara untuk mencapai matlamat. Sanggup jual bangsa, jual agama.
Jadi apa beza Anwar dengan pemimpin yang dianggap pengikutnya "akan kembali memimpin dunia"?
Marilah berjejak ke bumi nyata..Dunia ini hanya seketika..

TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA 2010


Tuesday, May 25, 2010

TAKZIAH

Salam takziah buat Encik Nasir Singah (AJK Perkasa daerah Rembau) dan keluarga atas kehilangan anak beliau yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ahad lalu (23/5/10) kerana sakit buah pinggang. semoga Encik Nasir sekeluarga bersabar dalam menghadapi ujian Allah ini. Dan juga semoga allahyarham diletakkan bersama roh orang orang saleh dan para anbiya. InsyaAllah..
ALFATIHAH

Friday, May 21, 2010

SEBUAH CERITA....

Dalam satu majlis perasmian sebuah kilang terbaru milik sebuah syarikat terkemuka dalam negara,pengerusi syarikat tersebut Tan Sri Chong telah ditemuramah oleh seorang wartawan dari sebuah akhbar terkemuka.
Wartawan: tahniah di atas pembukaan kilang terbaru Tan Sri ini. Tan Sri kini merupakan tokoh perniagaan terkenal dan paling berjaya di Malaysia. Apa pendapat Tan Sri dengan keadaan negara kita sekarang?
Tan Sri: Terima kasih, saya amat berbangga dengan kejayaan yang saya kecapi kini. Ini adalah hasil usaha saya dan kakitangan syarikat yang amat berdedikasi dan setia.Namun secara keseluruhan banyak perkara perlu di lakukan oleh kerajaan bagi memastikan keadilan ekonomi dan hak seluruh warganegara. Hak keistimewaan sesetengah kaum perlu di hapuskan supaya kaum kaum lain juga mempunyai peluang samarata. Kerajaan perlu menghapuskan dasar dasar yang membantu kaum bumiputra terutamanya orang orang Melayu. Sudah lebih dari 50 tahun negara merdeka. Kita perlu berubah. Namun kehidupan bukan bumiputra seperti dipinggirkan dan tidak mendapat layanan samarata, Saya percaya hak kesamarataan ini penting untuk menjamin kejayaan sesebuah negara.
Wartawan: Bolehkan Tan Sri perkenalkan nama kakitngan tesebut?
Tan Sri : oh ya.. di sebelah kiri saya ini Mr Kumar yang telah bekerja dengan saya lebih dari 30 tahun dan di kanan saya adalah anak beliau yang kini juga bekerja dengan saya hampir 10 tahun. Mereka banyak membantu kejayaan saya sehingga kini.
Wartawan : Jadi sebagai penghargaan sepatutnya Tan Sri menghadiahkan mereka dengan sesuatu yang berharga. Bagaimana jika Tan Sri bahagikan 50 peratus saham syarikat ini kepada mereka kerana tanpa mereka Tan Sri tidak akan berjaya hingga ke tahap ini..
Tan sri : Mana boleh!. Ini syarikat saya. Saya yang membinanya dan ia adalah hak saya sepenuhnya. Lagipun saya telah membayar mereka dengan gaji yang mahal. Saya tidak sanggup memberi mereka sebahagian dari syarikat ini..
Wartawan: Kalau begitu, samalah juga seperti orang orang Melayu dan Pribumi di negara ini. Negara ini asalnya adalah hak milik orang orang Melayu, namun mereka sanggup tinggal bersama dengan kaum kaum yang mendatang lain seperti Cina dan India. Mereka juga tidak pernah menidakkan hak kaum yang mendatang dalam negara ini. Namun seperti juga Tan Sri, mereka tidak sanggup memberi hak mereka kepada orang lain yang mendatang namun mereka bersedia berkongsi kemakmuran negara ini secara bersama.
Tan Sri : ...................

Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU

PERKASA NEGERI SEMBILAN mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh Warga guru di seluruh negara khususnya di Negeri Sembilan.
Sesungguhnya sumbangan dan jasa guru tidak ternilai dalam membentuk dan mendidik anak bangsa.

Friday, May 14, 2010

TERBANG TINGGI DI LAUT BIRU. CABARAN DAN KEJAYAAN MASYARAKAT MELAYU SEJAGAT-2

PENGEMUDI KERAJAAN SINGAPURA
Kalau kita lihat Singapura atau dulunya dikenali sebagai Temasik, ia telah didiami oleh orang Melayu sejak abd ke-13. Mengikut Sejarah Melayu. Sang Nila Utama menjadi raja pertama (1300-1348). Raja Iskandar Shah (1389-1392) menjadi raja terakhir apabila baginda dikalahkan oleh kerajaan Majapahit sehingga lari berpindah ke Muar (1392-1394).Baginda telah membuka Melaka dan memerintah dari tahun 1394-1414. Raja Iskandar Shah menjadi Sultan Melaka yang pertama (W.Linehan,1969).
Namun,persoalannya bagaimana pula orang Melayu menjadi kaum minoriti? Jawapannya ialah gara gara permainan penjajah Inggeris.
Seawal tahun 1871,kompeni Inggeris telah membawa masuk orang orang asing dengan alasan memenuhi tenaga kerja buruh. Bila dihuraikan kembali alasan ini, ianya tidak munasabah kerana ia lebih memenuhi kehendak politik iaitu untuk mengatasi bilangan pribumi kerana dasar Inggeris seperti yang kita ketahui pecah belah dan perintah (divide and rule). Jika terlalu ramai majoriti sesuatu kaum, susah bagi mereka untuk menguruskan pentadbiran. Menjelang tahun 1901,bancian menunjukkan penduduk Melayu menurun sedangkan Cina meningkat dengan ketara. Masyarakat Melayu menjadi minoriti di negara sendiri akibat percaturan politik Inggeris. bancian yang di buat pada tahun 1980 pula mendapati peratusan orang Melayu berkisar pada 14.6% .Sebagai kaum majoriti,tentunya ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada semangat dan perjuangan orang Melayu untuk mengharungi cabaran dalam berbagai bidang.
Bersambung...

Thursday, May 13, 2010

TERBANG TINGGI DI LAUT BIRU. CABARAN DAN KEJAYAAN MASYARAKAT MELAYU SEJAGAT-1

Penghijrahan dan migrasi sudah menjadi suatu yang lumrah dikalangan manusia. Manusia berhijrah dari satu tempat ke satu tempat,baik di dalam negeri mahupun merantau ke luar negara. Berbagai faktor mendorong kepada penghijrahan. Antaranya termasuklah soal ekonomi,politik,agama dan sosial.Nabi Muhammad SAW juga berhijrah dari Makkah ke Madinah dalam mengembangkan agama Islam sehingga berupaya menyinarkan kesucian Islam di mercu yang tertinggi.Begitu juga dengan dengan minoriti Melayu Islam kini tersebar di merata dunia mencari rezeki dan membentuk kerjaya. Seperti kata kata keramat 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia' yang terpancar daripada lagenda Melayu, Dato Laksamana Hang Tuah yang hidup pada zaman Kesultanan Sultan Mansor Shah (TM 1459-1472),kalimat tersirat ini mempunyai makna yang mendalam dengan memperlihatkan keperkasaan bangsa Melayu mampu hidup di mana mana jua.
Pada zahirnya tebaran masyarakat Melayu kini meluas ke seantero dunia,umpama sebiji kelapa yang terdampar di tepi pantai dibawa arus ombak dan kemudiannya hidup subur menjadi sepohon kelapa yang menghasilkan buah yang lebat dengan dedaun menghijau menaungi kawasan sekitarnya. Seperti amalan masyarakat Melayu Minang yang merantau ke luar negeri, ikrarnya tidak akan pulang ke halaman asal selagi tidak beroleh kejayaan.
Sungguhpun kelompok Melayu terbesar begitu sinonim denagan Indonesia, Brunei dan Malaysia,tetapi suatu masa dahulu bangsa Melayu pernah mengemudi pemerintahan di Singapura,Champa,Patani (Selatan Thailand) disamping menegakkan Kesultanan Sulu (Selatan Filipina). Pada abad ke 15 memang tidak dapat dinafikan keagungan dan kemuncak Kesultanan Melayu Melaka telah menarik minat para pedagang asing di seluruh dunia untuk singgah di Pelabuhan Melaka dan selepas itu kota kota Melayu yang dibangunkan oleh kerajaan kerajaan Melayu seperti Riau-Lingga, Kerajaan Aceh dan Patani dan sekaligus menjemput kuasa kuasa Eropah untuk menganggotai kerajaan Melayu di Asia Tenggara.
Bersambung...
(Kertas kerja yang dibentangkan pada Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu ke -2, pada 7-14 Oktober 2002 di Beijing China oleh Dato Dr Haji Hamzah Bin Mohd Kassim,Phd)

Wednesday, May 5, 2010


YDP Perkasa NS, Datuk Noor Nordin diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan di Majlis Perlantikan Pengurus DPP Partai Golkar Kota Padang Periode 2010-2015.Beliau menyampaikan ucapan penghargaan kepada atas layanan istimewa yang diberikan.Lebih lebih lagi persahabatan beliau dengan Pengurus DPP Partai Golkar yang baru Pak Wahyu dan Wakil Gabenor Sumbar Pak Aristo serta barisan kepimpinan senior Partai Golkar,Kota Padang. Beliau mengenang kembali sejarah persahabatan mereka yang telah terjalin lebih dari 20 tahun dan banyak peristiwa pahit manis telah mereka lalui bersama. Beliau menyeru agar generasi muda kini terus menjalinkan persahabatan atas dasar Melayu serumpun walaupun dari 2 negara yang berbeza. Juga atas ikatan agama Islam yang mengukuhkan lagi persahabatan tersebut. Hubungan Negeri Sembilan dan daerah Sumatera Barat amat unik kerana mempunyai budaya yang sama iaitu Minangkabau.
Di harapkan dengan terjalinnya kerjasama erat ini akan mewujudkan lebih banyak lagi kerjasama Melayu serumpun untuk meningkatkan lagi martabat bangsa Melayu dan agama Islam. Umat Melayu perlu bersatu walau di mana saja berada.
Negeri Sembilan dan Kota Padang seumpama sama ayah cuma berlainan ibu. Cubit paha kiri, paha kanan terasa.
TERIMA KASIH KOTA PADANG!

KUNJUNGAN HORMAT KE KOTA PADANG,SUMATERA BARAT

Dari kiri: Setiausaha Kehormat Partai Golkar Sumbar, YDP Perkasa NS Datuk Noor Nordin, Pak Aristo Wakil Gabenor (timbalan) Sumatera Barat. Di rumah Gabenor Sumbar selepas makan tengahari.
-------------------------------------------------------------------------------
Pada 30 April yang lalu rombongan Perkasa NS yang diketuai oleh Datuk Mohd Noor Nordin (YDP) dan Datuk Yusof Hermain Shah (Timbalan YDP) telah berkunjung ke kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia atas undangan Pak Wahyu Wariaman sempena perlantikan beliau sebagai Pengurus DPD Partai Golkar Kota Padang.Kunjungan hormat ini juga untuk mengukuhkan hubungan antara 2 buah negeri yang berbudaya Minangkabau walaupun dari d2 negara yang berbeza. Walaupun kota Padang baru mengalami gempa yang menyebabkan kemusnahan infrastuktur yang teruk namun masyarakat mereka kini bangkit semula dengan penuh semangat juang yang tinggi untuk memulihkan kembali semangat dan ekonomi mereka. Rombongan telah disambut meriah sejak tiba di Minangkabau Internasional Airport dengan 7 buah MPV di iringi pasukan polis trafik Kota Padang sehingga ke penginapan di Hotel Pangeran Beach dan seterusnya ke majlis makan tengahari di rumah Gabenor Sumatera Barat (Sumbar) dan selepas itu ke majlis perlantikan di dewan RRI Indonesia di Kota Padang.
----------------------------------------------------------------------------------
Datuk Yusof Hermain Shah (Timbalan YDP Perkasa NS) dan Ahli Exco Partai Golkar Sumatera Barat.
------------------------------------------------------------------------------

Majlis makan tengahari rombongan Perkasa NS dan wakil gabenor Sumbar serta barisan kepimpinan tertinggi Partai Golkar Sumbar.
------------------------------------------------------------------------------------
Ucapan tahniah SELAMAT SUKSES dari YDP Perkasa NS kepada Pengurus DPP Partai Golkar Kota Padang yang baru iaitu Pak Wahyu Wariman.

MESYUARAT AJK PERKASA NS (28/4/2010)

PERKASA NS telah mengadakan mesyuarat Ajk Negeri dan daerah pada 28 April yang lalu dengan dihadiri hampir 50 orang dari Ajk negeri dan daerah daerah. Mesyuarat membincangkan keahlian di setiap daerah, pelarasan borang ahli, pelancaran peringkat daerah daerah dan isu isu semasa.
Dalam mesyuarat tersebut YDP Ns mengumumkan bahawa Perkasa Peringkat daerah Seremban akan di terajui oleh Ybhg Dato Ayob, seorang pemimpin belia negeri yang amat berpengalaman luas dan disegani di Negeri Sembilan.
YDP Ns sebagai Pengerusi mesyuarat juga mencadangkan Brigedier General (B) Dato Roslan Kassim sebagai Pengerusi Perkasa daerah Rembau dan cadangan tersebut telah dipersetujui sebulat suara oleh ahli ahli yang hadir.

Friday, April 23, 2010

BERITA ASTRO AWANI 21/4/2010

Astro Awani (501) 21/4/10.
Sidang media oleh Negarawan Terbilang Tun Dr Mahathir bersama Presiden PERKASA Malaysia YB Dato Ibrahim Ali menentang kehadiran 'Si Pembunuh' Tony Blair ke Malaysia pada 24/4 ini.
Dari kiri saudara Mohd Shah (belakang) AJK PERKASA NS, Dato Ibrahim Ali,Tun Mahathir

Tuesday, April 20, 2010

SIDANG MEDIA PERKASA NS




Pada 7 april 2010 PERKASA NS telah mengadakan sidang media menyatakan bantahan kepada Karpal Singh kerana mempertikaikan apa yang telah terkandung dalam Perlembagaan Negara Malaysia tentang hak hak keistimewaan orang orang Melayu dan bumiputra. Karpal Singh mengumpan YAB Perdana Menteri dengan soalan Bilakah lagi semua warganegara akan mendapat hak hak keistimewaan seperti orang Melayu sebagaimana slogan 1Malaysia. Soalan diajukan dalam sesi dewan parlimen
Beliau dilihat cuba memutarbelitkan slogan 1Malaysia yang dipromosikan oleh kerajaan. Beliau seolah olah menidakkan apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan dan juga cuba mengambarkan bahawa warganegara bukan bumiputra di Malaysia selama ini tidak mendapat hak yang sewajarnya.
Lebih 50 tahun kita merdeka, tidak pernah berlaku dalam negara ini rakyat yang mati kelaparan samada Melayu, bumiputra ataupun tidak. Sebagai seorang peguam dan ahli politik berpengalaman tindakan beliau itu dilihat boleh mencetuskan polimik pada rakyat dan mungkin akan menjejaskan perpaduan di negara ini.
Dengan itu, PERKASA NS membantah sekeras kerasnya sebarang kenyataan dan apa saja perbuatan yang boleh menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputra kerana perbuatan tersebut seperti 'diberi betis,hendakkan paha'.