"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA" KATA KATA KERAMAT, NAMUN APAKAH ERTINYA JIKA MELAYU HANYA TINGGAL NAMA DI TANAH AIRNYA SENDIRI..



"PERKASA PEMBELA BANGSA, BENTENG NEGARA, TANAH BERDAULAT"


(MOHON ADD FRIEND DI FACEBOOK: www.facebook/perkasanegerisembilan UNTUK INFO YG LEBIH AKTIF)
ADAT ORANG MANDI DI KOLAM,
TIDAK MANDI MEMBASUH MUKA,
ADAT ORANG BERTIKAM,
TIDAK MATI MERASA LUKA.

13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita lupakan buat selama lamanya.Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.
Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai.Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah,maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.
Oleh itu,amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman,hormat menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.
-Tunku Abdul Rahman,1969-
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TELAH DI LANCARKAN SECARA RASMI PADA 21 JUN 2009 PADA JAM 8.30 MALAM BERTEMPAT DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI OLEH YB DATUK IBRAHIM BIN ALI, PRESIDEN PERKASA MALAYSIA

Wednesday, December 8, 2010

KETUANAN MELAYU

"KETUANAN MELAYU PERLU DIBAKUL SAMPAHKAN"
Siapa ketuanan Melayu itu yang dimaksudkan? Adakah setiap orang Melayu adalah tuan dan setiap yang bukan Melayu itu hamba? Apakah maksud disebalik kata kata presiden PKR tersebut?
Adakah beliau kini merasa menyesal dilahirkan sebagai seorang melayu di negara ini atau beliau merasa orang bukan Melayu di layan sebagai hamba di negara ini.
Semuanya adalah retorik Wan Azizah. Beliau adalah presiden parti yang menjadi boneka kepada penasihat parti. PKR adalah parti 'rebranding' Anwar Ibrahim. Skrip ucapan Wan Azizah juga adalah dari otak Anwar.
Sejarah politik Anwar panjang. Semenjak dari pemimpin pelajar sehingga menjadi Timbalan Perdana Menteri dan hanya menunggu masa untuk menjadi Perdana Menteri. Namun sifat rakus dan tidak sabar Anwar membawa beliau jauh dari "impian" yang hanya menunggu masa untuk menjadi hak miliknya.
Kini sekali lagi Anwar menunjukkan sifat rakusnya. Tidak sabar untuk menakluk Putrajaya. Kali ini mengumpan undi dengan idea 'menghapuskan ketuanan Melayu". Suatu perkara yang gah dilaungkan Anwar semasa menjadi TPM.
PKR bermain api. Untung nasib dapat membakar musuh hingga jadi arang, namun jika gagal pasti akan dipadamkan hingga tinggal dalam sekam.
Hapuskan ketuanan Melayu bermakna hapuskan kedaultan Raja raja Melayu. Tukar pemerintahan Raja berparlimen kepada pemerintahan republik.
Inilah masanya bangsa Melayu yang sayangkan bangsanya bangkit dan sedar bahawa musuh sebenar bangsa Melayu adalah dari kalangan bangsa Melayu sendiri.
Generasi akan datang pasti akan 'meludah' kita sekiranya kita tidak menentang pengkhianat bangsa Melayu ini.
"Ketuanan Melayu adalah ketuanan Islam"
Bukankah raja raja Melayu adalah Ketua Agama Islam di negara ini?
Jadi bermakna menghapuskan ketuanan Melayu adalah menghapuskan ketuanan Islam.
'DAULAT TUANKU'

MAJLIS PELANCARAN BERKELOMPOK PERKASA PERINGKAT DAERAH DAERAH

DI JEMPUT KE MAJLIS PELANCARAN PERKASA PERINGKAT DAERAH DAERAH DI NEGERI SEMBILAN (REMBAU,KUALA PILAH,TAMPIN,JELEBU,JEMPOL)

TARIKH : 13 DISEMBER 2010 (ISNIN)

TEMPAT : DEWAN MPN,TAMAN TUANKU JAAFAR (BELAKANG BSN)

MASA : 8.00 MALAM



MAJLIS AKAN DILANCARKAN OLEH YBHG TAN SRI ISA SAMAD,ADUN BAGAN PINANG

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDILADHA 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA KHUSUSNYA KEPADA AHLI AHLI PERKASA NS DAN KELUARGA.
SEMOGA AIDILADHA KALI INI MEMBERIKAN KITA SERIBU ERTI TENTANG PENGHAYATAN IBADAH KORBAN DAN DENGAN ITU MOGA KITA AKAN MENJADI LEBIH BAIK DARI SEMALAM.
JUGA KITA MENDOAKAN SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KESELAMATAN KEPADA JEMAAH JEMAAH HAJI KITA YANG MENUNAIKAN IBADAH HAJI PADA TAHUN INI , AGAR MEREKA MEMBAWA KEBERKATAN TANAH SUCI MEKAH PULANG BERSAMA MEREKA KE TANAHAIR. HENDAKNYA DENGAN KEBERKATAN ITU NEGARA KITA AKAN TERUS DILIMPAHI RAHMAT,KEAMANAN SERTA KEMAKMURAN YANG BERKEKALAN.
AMIN ...
SALAM HORMAT DARI PERKASA NS..

Monday, November 15, 2010

PERKASA NS MINTA MENTERI PERTAHANAN TEGAS

Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi membentangkan jawapan di Parlimen berkenaan jumlah orang bukan Melayu yang menganggotai ATM, serta jawapan beliau bahawa golongan bukan Melayu kurang menyertai ATM adalah kerana 'kurang patriotik'.

Semenjak itu lah DS Zahid dihentam oleh MCA dan Gerakan dan juga ahli parlimen pembangkang dan menuduh beliau mempertikaikan kesetiaan orang bukan Melayu kepada negara.

Kenyataan Menteri tersebut terasa amat pedih dan pahit untuk diterima oleh mereka. Seolah olah Menteri memperkecilkan sumbangan orang Cina dan India kepada negara.

Kenapa MCA dan gerakan tiba tiba emosional ?

Adakah mereka terasa seperti mereka tidak dihargai oleh kerajaan? Namun itulah hakikatnya walaupun pahit untuk di telan. Perkara ini bukan perkara baru namun telah berlaku sejak merdeka lagi. Kenyataan Menteri tersebut adalah fakta berdasarkan statistik kementerian Pertahanan.

Apakah usaha yang dijalankan oleh MCA dan gerakan selama ini untuk menambahkan bilangan orang bukan Melayu dalam ATM.? Sebenarnya mereka sedar perkara tersebut namun apabila menteri memberi kenyataan mereka melenting tiba tiba. Ataupun mereka terkejut bila sebab itu menunjukkan mereka tak buat kerja.
Dari segi patriotisme, kenapa bila kerajaan cadangkan sekolah satu aliran mereka menentang dan mempertahankan sekolah berbagai aliran kononnya sekolah satu aliran akan menghapuskan nilai budaya mereka. Mereka sedar sebenarnya hasrat kerajaan adalah untuk memupuk perpaduan sejak kanak kanak di bangku sekolah dan seterusnya boleh mewujudkan semangat cintakan negara. Tidakkah itu menunnjukkan mereka sebenarnya 'kurang patriotik?'
Seharusnya MCA dan Gerakan tidak melenting dan menuduh Menteri Pertahanan mempertikaikan semangat patriotik bukan melayu, tetapi mereka seharusnya kena muhasabah diri, atas semangat Barisan Nasional perlu sama sama mencari penyelesaian, atau mungkin ada sesuatu mereka nak demand? Wallahuaklam..

Thursday, November 11, 2010

Bersama mencari persamaan.

Menjelang Aidiladha marilah kita memulakan satu amalan pengorbanan..bukan pengorbanan binatang korban sahaja tetapi korbankan jiwa demi perjuangan kesatuan bangsa.
Survival bangsa di tangan kita. Samada kita tetap teguh dan ego fahaman masing2 atau ketepikan fahaman politik demi mencari titik persamaan yang akan menyatukan bangsa Melayu dari seluruh rumpun..
Setelah lebih 400 tahun dijajah adakah kita ingin kembali dijajah semula dalam bentuk penjajahan baru yang kini melanda seluruh dunia? jawapan terletak pada setiap diri kita. tanyalah diri dan jawablah dengan jujur..
Fenomena politik negara kita menjurus kearah pra penjajahan semula. Semua kita sedar namun setakat mana kesedaran itu mempengaruhi tindakan kita.
Siapa ingin menjajah kita?
banyak pihak..pihak yang melihat sumber kuasa, pihak yang tidak pernah puas dan tidak cukup dengan apa yang ada. Pihak yang inginkan kuasa untuk mengawal kita..
Apa yang ada pada kita yang mereka inginkan?
banyak yang ada pada kita...kita pernah menguasai perdagangan laut,empayar yang luas,peradaban yang tinggi..
Mereka ingin kuasai kita kerana teori 'sejarah itu pasti berulang'. Bermakna kebarangkalian Melayu mengulangi sejarah adalah tinggi. Hanya selepas 30 tahun merdeka, kita mempunyai tokoh hebat iaitu Tun Mahathir, arkitek ekonomi sehebat Tun Dr Ismail. Lihat kembali peristiwa " serangan waktu subuh' kita pada bursa London ( pernah di tulis dalam blog ini).
Kita kini mempunyai syarikat petrolium bertaraf dunia, telah berenang melepasi selat inggeris, menawan puncak tertinggi dunia, mempunyai litar lumba bertaraf antarabangsa, mencipta inovasi dalam bidang sains dan pendidikan.
Semua itu kejayaan bangsa Malaysia namun sebenarnya di pacu oleh pemimpin Melayu.
Itu semua adalah benih benih yang akan mengulangi keperadaban tamadun Melayu di muka bumi ini.
Memanglah bangsa Malaysia itu satu dan ialah yang mewujudkan kemajuan Malaysia dewasa ini, namun apa yang perlu kita perlu kekalkan adalah teraju bangsa Malaysia itu adalah bangsa Melayu.
Untuk mengekalkannya kita perlu berkorban sedikit ego dalam diri terutama perkara yang boleh memecahbelahkan bangsa Melayu.
Bersamalah kita mencari persamaan kerana persamaan adalah benih pertemuan yang akan mewujudkan ketahanan dan kejayaan bangsa Melayu.
semoga ia akan menjadikan harapan kita yang menjadi realiti.
salam hormat

Monday, October 4, 2010

JEMPUTAN KE MAJLIS HARI RAYA PERKASA NS

DIJEMPUT SELURUH AHLI DAN BAKAL AHLI PERKASA NEGERI SEMBILAN KE;
MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI PERKASA NS
TARIKH: 8 OKTOBER 2010 ( JUMAAT)
JAM : 3.00 HINGGA 6.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN PAMERAN MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN
SEMUA DIJEMPUT HADIR
MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI ;
012-3671443
012-2121149
019-3821939

Thursday, September 23, 2010

MESYUARAT PERKASA NS KALI KE 5/2010




Mesyuarat Perkasa NS pada 21 September 2010 bertempat di restoran nelayan jam 8.30 malam.
Antara agenda utama adalah majlis hari raya dan pelancaran berkelompok Perkasa daerah Kuala Pilah,Jempol, Tampin, Jelebu dan Rembau yang dijangka akan diadakan pada bulan Oktober.
Mesyuarat juga mencadangkan untuk menjemput Tun Mahathir sebagai tetamu kehormat.

SEBUTAN KES VANDALISME DI SURAU TAMAN PULAI IMPIAN

Sesi makan makan di warung ajk perkasa NS, abang Ghadzali selepas habis sesi di mahkamah.
Antara wakil Perkasa Pusat yang hadir. Armad (ketua wira perkasa pusat), Zul ( pegawai khas Presiden Perkasa), Zanudin ( Ajk Perkasa Pusat@webmaster) dan Shahrul.

Peguambela tertuduh. Datuk Lee Kong Fee



Inilah wajah wajah si penjenayah bangsat yang baling botol arak dan cat di surau Taman Pulai Impian. Inilah hasil dari perjuangan sesetengah kaum yang kononnya memperjuangkan sekolah satu aliran. Alasan untuk menjaga budaya dan adat resam. Inilah sebenarnya yang mereka 'hasilkan'. Tidak menghormati agama orang lain. Adakah ini pelajar bijak pandai hasil sekolah cina yang dibangga banggakan? Mereka dakwa pelajar sekolah cina mempunyai status gred peperiksaan yang lebih tinggi dari sijil SPM sekolah kebangsaan. Memang tinggi satus pelajar mereka; Tinggi gred kerosakan akhlak yang kronik (semua bangsat ni bekas pelajar sekolah Chung Hwa).

Mahkamah menangguhkan sebutan ke 19 Oktober bagi menunggu laporan 'akhlak' dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Marilah kita beramai ramai memenuhkan mahkamah seremban pada tarikh tersebut. Tanda bantahan terhadap perbuatan biadap yang melampau tersebut.

(Kita kena desak supaya kes ini tidak dibicarakan dibawah akta juvana kerana ia melibatkan agama dan sentiviti antara kaum. Penjenayah perlu dipastikan mendapat hukuman berat kerana telah menghina orang Melayu dan agama Islam-agama rasmi Persekutuan. Mungkin sekolah cina tak ajar bab ni agaknya?).

Friday, September 17, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 2010

Salam hormat sempena Syawal yang masih diraikan dan sempena sambutan hari Malaysia 2010.
16 September merupakan tarikh bersejarah pembentukan negara kita dimana gabungan persekutuan Tanah Melayu dengan penyertaan Sabah dan Sarawak membentuk sebuah negara yang bernama Malaysia.
Sejarah yang panjang sehingga terbentuknya sebuah negara Malaysia yang terdiri dari gabungan Tanah Melayu, sabah, sarawak dan singapura perlu terus dihayati dan difahami oleh setiap warganegara yang merasakan diri mereka menyayangi negara ini.

Wednesday, September 8, 2010

SALAM AIDILFITRI 2010

KEPADA SEMUA SAUDARA SAUDARAKU AHLI PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA) DI SELURUH TANAHAIR, KHUSUSNYA AHLI AHLI PERKASA NS, SAYA BAGI PIHAK SELURUH KEPIMPINAN PERKASA NEGERI SEMBILAN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN.
TERUSKAN PERJUANGAN MEMBELA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR. JIKA PERLU DENGAN JIWA DAN RAGA. BIAR PUTIH TULANG,JANGAN PUTIH MATA.
TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA. HIDUP MELAYU!!!
SALAM KEMAAFAN...
DATUK MOHD NOOR NORDIN BIN ABDULLAH,JP
YANG DIPERTUA PERKASA NS

Friday, August 27, 2010

PERBUATAN KHIANAT DAN BIADAP DI SURAU TAMAN SRI PULAI IMPIAN,SIKAMAT, SEREMBAN

















Pada 23 Ogos yang lalu kita dikejutkan dengan perbuatan khianat menyimbah cat dan membaling botol arak di surau Taman Sri Pulai Impian, Sikamat, Seremban. Kejadian disedari oleh jemaah surau sewaktu membuka surau untuk sembahyang subuh.
Pada 24 Ogos Polis mengumumkan telah menahan 4 orang yang disyaki melakukan jenayah tersebut dan telah ditahan reman. Tahniah kepada pihak polis atas kecekapan tersebut, Tindak balas yang cepat, menambahkan keyakinan masyarakat.
Pada 25 Ogos keluarga 4 orang penjenayah yang ditahan memohon maaf melalui satu majlis yang diatur oleh MCA dengan kerjasama pemimpin setempat dan jawatankuasa surau.
Namun walaupun kita sebagai umat Islam menerima permohonan maaf tersebut tetapi perbuatan jenayah telah berlaku dan seharusnya hukuman yang setimpal menurut undang undang dijatuhkan kepada mereka. Perbuatan biadap seperti itu perlu di hukum seberat beratnya kerana implikasi perbuatan tersebut amat merbahaya. Ia boleh mencetuskan perasaan marah dan benci yang melampau kepada umat Islam bukan sahaja di kawasan terbabit namun di seluruh negara. Alasan perbuatan tersebut dilakukan kerana marah ditegur kerana bermain mercun langsung tidak dapat diterima.
Jelas, sebagai seorang manusia yang berakal boleh berfikir bahawa menghormati seseorang yang lain adalah penting dalam masyarakat lebih lebih lagi pada sebuah surau, tempat ibadat orang Islam dan merupakan agama rasmi negara.
Perbuatan bermain mercun sehingga mengganggu orang lain, lebih lebih lagi di kawasan perumahan dan berhampiran surau sudah menunjukkan pelakuan seorang yang bodoh,kurang ajar dan tidak bertamadun.
Kalau dilihat dari sudut pendidikan, ini jelas dari hasil pendidikan yang salah oleh ibu bapa dan sistem persekolahan. Inilah juga akibatnya apabila sesuatu kaum terlalu mempertahankan sistem pendidikan sekolah satu aliran.Akibatnya lahir generasi yang tidak memahami budaya kaum yang lain dan seterusnya tidak menghormati antara satu sama lain.
Perkara perkara sensitif tidak diambil berat kerana tiada pemahaman yang mendalam tentang sejarah pembentukan negara dan budaya kaum kaum majmuk di negara ini.
Sekolah satu aliran yang kononnya melahirkan pelajar bijak pandai tetapi rosak akhlak dan moralnya.
Semoga kejadian ini akan menjadi pengajaran kepada semua agar lebih hormat menghormati. Biarlah undang undang dijalankan dengan seadilnya agar kejadian yang sama tidak akan berulang.
22 September dijangka kes akan disebut dimahkamah, sama samalah kita menunggu keputusannya.
Terima kasih atas keprihatinan masyarakat Islam di atas kejadian ini dan telah menunjukkan budi bahasa yang tinggi dengan bersabar dan tidak bertindak diluar kawalan.
Sesungguhnya kita umat Nabi Muhamad SAW memang mempunyai pekerti mulia namun, kesabaran ada juga batasnya.
RAMADAN MENGUJI KESABARAN.

Tuesday, August 24, 2010

PERKASA BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP CHUA SOI LEK


PERKASA daerah Kuala Pilah telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kuala Pilah berhubung kenyataan oleh Dr Seri Chua Soi Lek pada Kongres Ekonomi Cina tempoh hari dimana kenyataan Soi Lek ialah menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30% dikurangkan.
Laporan Polis tersebut telah dilakukan oleh saudara Kamarulzaman Kamdias iaitu Pengerusi Perkasa daerah Kuala Pilah bersama YDP Perkasa NS Datuk Mohd Noor Nordin dan disertai oleh hampir 20 orang ajk Perkasa Negeri dan daerah.
Kenyataan Soi Lek itu dilihat adalah suatu percubaan mempertikaikan kedaulatan dan keluruhan Perlembagaan Negara kerana perkara yang dibangkitkan oleh Soi Lek itu sudah jelas dan termaktub dalam fasal 153 perlembagaan persekutuan.
Perkasa menuntut perkara itu disiasat dibawah Akta Hasutan Seksyen 3 (1).

Thursday, August 19, 2010

MANA SEMANGAT 1MALAYSIA MCA?

Saya terbaca berita Mingguan Malaysia 15 Ogos dan terkilan dengan apa yang diminta oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek semasa rasmikan Kongres Ekonomi Cina sabtu lalu.

Dimana semangat 1Malaysia dalam MCA? Tiada lagikah sifat kejiranan di dalam MCA?Apa yang disuarakan saya rasa sama seperti parti parti dominan Cina seperti DAP dan Gerakan.

Apakah tuntutan MCA ini disebabkan oleh Melayu tidak bersatu? Benarkan saya kupas sedikit sebahagian cadangan (cabaran) yang dibentangkan oleh Datuk Seri Chua Soi Lek seperti yang ditulis dalam berita tersebut.


LIBERALISASI EKONOMI

Membenarkan lebih ramai pelabur bukan bumiputera menjadi rakan kongsi dan kontraktor dalam kerja kerja didalam sektor minyak dan gas. Saya ketawa dengan apa yang MCA inginkan ini. Adakah tidak beliau ketahui betapa banyak syarikat yang berurusan denagn sektor minyak dan gas dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh kaum Cina?

Adakah MCA mahu syarat syarat ketat yang ditetapkan oleh Petronas untuk mendapatkan lesen lesen perniagaan dengan syarikat syarikat minyak seperti Carigali,Exxon Mobil,Shell dan sebagainya di longgarkan?

Sekarang ini pun kebyakan syarikat syarikat pembekal adalah milik bukan bumiputera. Boleh saya kira dengan jari sahaja syarikat yang betul betul milik bumiputera.

Petronas sekarang mula memantau syarikat syarikat pembekal yang kononnya berstatus bumiputera tapi pada hakikatnya dimiliki oleh bukan bumiputera.Agaknya apa yang ingini oleh MCA adalah semua syarikat syarikat pembekal ini dimiliki oleh bukan bumiputera secara terbuka.


PERANAN SYARIKAT MILIK KERAJAAN (GLC)DALAM MODEL BARU EKONOMI

Kenapa begitu gah MCA meningininya? Kenapa pihak pihak bukan bumiputera dalm syarikat syarikat gergasi Cina tidak memberi peluang kepada bumiputera yang berkelayakan menjadi ahli lembaga pengarah dan menjawat jawatan penting dlam pengurusan?

Sekiranya adapun jawatan jawatan yang dijawat adalah jawatan yang kurang penting syarikat sekadar melepaskan' batuk di tangga'.Lagi menyedihkan sekarang ini sudah ada pula syarat 'boleh berbahasa mandarin' di dalam iklan kerja kosong. Apakah maksud tersirat dalam syarat tersebut?

Adakah perlu atau wajib pekerja berbahasa mandarin?adakah bahasa Melayu bukan bahasa rasmi, bahasa pengantar negara Malaysia? yang paling jelas adalah untuk membenarkan bangsa Cina menjawat jawatan kosong tersebut. Apa pandangan MCA mengenai perkara ini?


PENGGALAKKAN LEBIH BANYAK SEKOLAH VERNAKULAR

Ini saya tidak faham. Masing masing begitu gah mengenai 1Malaysia tapi pada masa sama masih mahukan pengasingan melalui penubuhan lebih banyak sekolah vernakular.

Bila kerajaan menggalakkan penubuhan sekolah wawasan,kenapa mereka dengan gah menentang?

Sekiranya mereka ini kononnya mahukan keadilan ,satu suara,1Malaysia dan sebagainya,kenapa tidak mulakan dari peringkat serendah rendahnya melalui semua kaum pergi ke satu sekolah seperti sekolah wawasan?

Bukan makin banyak lagi sekolah sekolah vernakular yang secara langsung menggalakkan lagi pengasingan kaum. Di mana semangat 1Malaysia MCA?

Dimanakah semangat 1Malaysia MCA yang sepatutnya menggalakkan sifat menang-menang? Saya yakin sekiranya sekolah kebangsaan diubah sedikit saja agar memberi peluang untuk bangsa Cina dan India mempelajari pelajaran bahasa ibunda mereka,tidak perlu lagi ditambah sekolah vernakular di Malaysia ini.

Saya hairan kenapa sekarang bukan bumiputera semakin lantang menyuarakan tuntutan.?

Adakah ini disebabkan bumiputera ,terutamanya Melayu khususnya sentiasa bertelagah sesama sendiri?

Adakah pihak bumiputera merasakan sekarang adalah masa yang sesuai untuk meminta kerana pertelagahan sesama bumiputera/Melayu yang beragama Islam?

Adakah juga kerana mereka merasakan bangsa Melayu didalam kerajaan lemah,mereka boleh minta macam macam?

Ingin saya jelaskan di sini,saya bukan rasis tetapi saya tidak mahu bangsa Melayu akhirnya merempat ditanah air sendiri.


Azmi

Kuala Lumpur.

(Petikan dari ruangan forum pembaca, Utusan Malaysia, 16 ogos 2010)

Thursday, July 15, 2010

Nazri Aziz kata ahli Umno menolak Perkasa kerana perjuangan Perkasa tidak selari dengan konsep 1Malaysia yang dibawa oleh PM. Nazri juga berkata perjuangan Perkasa tidak disokong oleh keseluruhan orang Melayu. Di bercakap seolah olah bercakap mewakili ahli Umno keseluruhannya. Persoalannya..layak ke Nazri Aziz bercakap begitu?
Adakah dia faham dasar asas perjuangan Perkasa?
Adakah dia sedar kenapa Perkasa wujud?
Adakah kenyataan Nazri dianggap mewakili keseluruhan ahli umno?
Asas perjuangan Perkasa adalah mempertahankan hak dan keistimewaan bumiputra seperti yang telah TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA..
* Nazri Aziz menteri yang bertanggungjawab berkenaan urusan Parlimen-seharusnya dia faham dan jelas apa yang terkandung dalam Perlembagaan negara.



(Mungkin disini dia sebenarnya tidak berapa faham tentang perlembagaan negara sebab itu dia tidak memahami asas perjuangan Perkasa. Tidak mustahillah BN pernah hampir terlingkup apabila sidang dewan tidak cukup korum suatu masa dulu. Kalau dia mahir dengan perlembagaan dan urusan parlimen perkara seperti itu tidak akan berlaku. Jelas dia memang tidak layak memegang jawatan menteri lebih lebih lagi urusan parlimen yang amat penting).



Perkasa wujud kerana ruang kosong yang sepatutnya di perjuangkan oleh parti yang menjaga kepentingan melayu. namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. bukan parti tersebut yang mengkhianati perjuangan tapi beberapa kerat pemimpin didalamnya yang mengkhianati perjuangan parti dan orang Melayu. Adakah Nazri Aziz salah seorang darinya? fikirlah sendiri...
Ahli ahli Perkasa terdiri hampir 50 peratus daripada ahli Umno. Kenapa mereka beralih kepada Perkasa? Perkasa sebuah NGO yang tidak mungkin dapat mengugat mana mana parti politik. Perkasa tidak boleh bertanding dalam PRU. Kalau perkasa dikatakan bukan keseluruhan suara orang Melayu,itu lumrah. Lagipun Perkasa baru berusia setahun jagung..
Adakah layak Nazri berkata bahwa Umno menolak Perkasa? Siapa Nazri untuk bercakap seolah olah mewakili keseluruhan ahli Umno.?
Adakah Nazri menang majoriti 100 peratus dam pilihanraya yang lalu.? Sudah tentu tidak..
Kemenangan Nazri dalam Pru bukan 100 peratus. Jadi layak ke Nazri bercakap seolah olah mewakili keseluruhan suara ahli ahli Umno?
Memang betul kata Datuk Ibrahim Ali. Umno kena tolak orang macam Nazri kalau mahu survival Umno terus hidup. Tak salah untuk buang satu kudis untuk menyelamatkan satu badan.

Nazri hanya satu individu dalam Umno, sedangkan Umno itu untuk perjuangan Melayu.

Kalau Nazri tidak perlukan Perkasa, Perkasa pun tidak perlukan Nazri. Ramai orang Melayu di luar sana yang berharap kepada Perkasa. Perjuangan Perkasa bukan untuk Umno atau mana mana pemimpin Umno, tetapi untuk orang Melayu dan Pribumi.

"Biarkanlah Nazri Aziz terjun bersama labu labunya"